chapter 16

40 4 1
                                    

Author pov

"Dah dapat tangkap pembunuh tu atau belum?" Soal CEO

"B-belum Boss" Kata Bodyguard

"Berapa banyak masa lagi kau nak aku bagi!? Jangan berani masuk ke dalam bilik ni selagi tak dapat penjenayah yang bunuh anak aku!!" Jerit CEO penuh ke malahan

"Baik boss" Kata Bodyguard lalu tunduk hormat dan terus keluar dari pejabat CEO tersebut

Kemudian CEO tersebut duduk di atas kerusi dan meletakkan kedua dua kakinya ke atas meja

"Aku akan tunjukkan kepada Psycho tu yang dia cari pasal dengan orang yang salah" Kata CEO

Dia kemudian mengangkat sebuah gambar di penjuru mejanya

"Ouh sayang, mintak maaf sebab tak dapat berjumpa dengan kamu buat kali yang terakhir dan buat kamu tertawa kali yang terakhir sebelum kamu pergi" Kata CEO sambil mengalirkan air mata yang pedih dan kerinduan dari dalam hati

Beberapa jam Kemudian

CEO tersebut sedang berkemas untuk pulang

Masa sekarang ialah 2:30AM

"Tolong sediakan kereta saya" Kata CEO agak kuat untuk Bodyguardnya dengar

Tiada yang membalas

"Hello? Ada orang tak kat luar? "Soal CEO

Masih tiada jawapan

CEO itu pun pergi ke pintu dan membukanya

"Aik, asal gelap" Kata CEO apabila berjalan keluar daripada bilik dan masuk ke dalam koridor yang gelap gelita

"Hello? Ada orang tak?takkan semua dah balik" Kata CEO sambil berjalan dengan langkah kecil di koridor tersebut

Secara tiba tiba dia terjatuh ke depan akibat tertendang sesuatu

"Aduh! Benda apa yang aku tersepak tu" Kata CEO sambil meraba raba benda yang dia tertendang tadi

"Kenapa benda ni basah? Dan benda ni macam badan......... Manusia?"

Secara tiba tiba lampu di koridor tersebut menyala

"Aaaaahhhh!!!" Jerit CEO sambil merangkak ke belakang dengan penuh ketakutan

Koridor tersebut telah di penuhi dengan badan badan Bodyguardnya yang telah di bunuh dengan kejam

Dinding koridor itu telah di cat dengan darah

Mayat mayat Bodyguardnya ada yang mata masih terbuka

Di Tikam

Di sembelih

Hanya melihat saja mayat mayat itu
Rasa ingin muntah kerana mual

CEO itu melihat tangannya

"Da-darah!" Jerit CEO

"Cantikkan warna darah tu?"

CEO itu pun bangun dan pusing ke belakang untuk melihat siapakah gerangan suara itu

"Sebab tu aku suka warna merah" Kata lelaki bertopeng arnab itu

"K-killer Bunny?! " Kata CEO

"Ouh!kau kenal aku! Hahaha aku tak sangka aku ni agak terkenal" Kata killer Bunny sambil tertawa

"A-apa yang kau nak? " Soal CEO menahan rasa takut

"Ouh.. apa lagi bunuh kau lah" Balas killer Bunny dengan tenang

"Ke-kenapa? " Soal CEO itu terketar ketar

"Sebab kau lah polis tengah cari kitorang sekarang ni" Balas killer Bunny

SERIAL KILLERWhere stories live. Discover now