팙 1 : Kim Taehyung Kun

379 53 14
                                    

❝ Gyeun Cae ❞

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Gyeun Cae

Aku membaca buku di dalam perpustakaan sekolah seorang diri, semua pelajar dan guru-guru sudah pun pulang ke rumah dan hanya tinggal aku seorang sahaja yang masih belum pulang.

Sekarang jam sudah menunjukkan pukul 2:58 pagi, tinggal lagi beberapa minit sahaja untuk menunggu pintu misteri itu muncul.

Aku pun bangkit dari kerusi yang aku duduk dan mula berjalan kearah rak buku untuk meletakkan semula buku yang telah aku ambil tadi.

Aku meletakkan semula buku tersebut ke rak buku dengan baik.

Selesai sahaja meletakkan buku tersebut ke rak dengan baik, tiba tiba sahaja rak buku besar ini bergegar.

Aku terkejut dan kebelakangkan sedikit diriku dengan mulut yang ternganga luas.

Ada sebuah pintu dengan ukiran unik muncul dari celah rak buku. Aku terkesima melihat pintu yang agak cantik dan pelik ini.

Mungkin, inilah bilik misteri yang telah diceritakan oleh ramai pelajar itu.

Aku tanpa teragak-agak, terus masuk ke dalam bilik tersebut. Lagipun, pintu bilik ini tidak berkunci hihi.

Masuk sahaja aku ke dalam bilik tersebut, aku pun menutup pintu tersebut perlahan lahan agar tiada siapa dapat mendengar kehadiran aku.

" engkau siapa dan kenapa kau masuk ke dalam perpustakaan aku? " , soal satu suara.

Alamak! Ni mesti hantu yang jaga perpustakaan ni!

Eh tapi kenapa suara dia macam jantan? Hantu ni tomboy ke? Eh tapi tomboy pun tak bersuara garau macam ni.

Aku perlahan lahan memusingkan tubuh aku agar aku dapat menghadap dan memandang dia, hantu yang diceritakan oleh ramai pelajar.

Dan terlihatlah seorang pelajar lelaki berpakaian uniform lama sekolah kami yang sedang duduk diatas sofa kulit empuk sambil memeluk tubuh dan bersilang kaki memandang aku.

Dengan dua benda yang berbentuk seperti sperm terapung-apung di kiri dan kanan bahunya.

Dia ni ke hantunya? Tapi hantu tu bukan perempuan ke?

Ala ni mungkin abang dia kan? Manalah tahu.

" hai, saya gyeun cae— saya kemari sebab nak berjumpa dengan penghuni perpustakaan misteri ni " , jelas aku kepada lelaki tersebut.

LIBRARY BOUND KIM TAEHYUNG KUNWhere stories live. Discover now