8; kem

97 13 7
                                    

"ESAH!"

"OPOCOT MAK KAU MERTUA AKU ish!! Tak baik tau." Esah menepis tangan aku yang berada dibahunya. Jelas riak wajahnya kelat.

Aku tersenyum sumbing.

"Kau ready esah?" Tanya aku semangat. Pelajar lain yang berkumpul sibuk dengan hal masing-masing.

"YA! AKU READY!"

"CIKGU CEPATLAH CIKGU! SAYA TAK SABAR NAK NAIK BAS NI CIKGU!" Esah menjerit bila nampak beberapa cikgu muda yang diiringi beberapa beberapa orang..

Eh kejap. Tu ameer kan?

Aku mengecilkan mata. Tak percaya dengan apa yang aku lihat.

"Ok sila beratur mengikut kategori. Satu bas untuk form 3. Satu untuk form 5 dan satu untuk form 6. Clear?"

"ALAAA!! KENAPA TAK CAMPUR JE FORM 5 DENGAN FORM 6.."

Dan esah dipalau oleh guru muda tersebut walaupun dia dah protes betul-betul depan cikgu tu.

Kesian kau esah.

"Kau tak payah gedik esah. Gatal tak bertempat." Ayan yang datang entah dari mana memberi amaran. Ayan jeles la tu bila teman tapi mesra dia nak menggedik dengan orang lain dalam bas nanti.

Puii. Geli aku. Jeles lah sangat.

Tangan atas bahu mata juling ke atas.

Maka tercebiklah esah menahan sendu bila plan yang kitaorang nak buat tak menjadi. Awal-awal plan dah tak jadi, belum lagi masuk isi utama. Tak tahulah menjadi ke tidak.

Plan nak menggedik dengan abang carl dia dalam bas hanya tinggal angan.

Sekali lagi, kesian esah.

Kesian dekat aku jugak. Hm. Baru je niat nak usik Muhammad Seth yang malu-malu kucing tu.

Lain kali je kot.

Sebab sekarang tumpuan aku lebih kepada Ameer yang tengah bercakap dengan seseorang yang sebaya dengannya. Kawan Ameer kot. Tapi yang masalahnya ialah

KENAPA AMEER TAK BAGITAHU DIA ADA KAWAN HOT?!

"Ni sorang lagi. Kau tak malu ke pandang teruna sampai nak tembus?" Tak cukup dengan esah, sekarang Ayan tegur aku pulak. Aku pandang Ayan hujung mata. Elok je Adam sebelah Ayan tengah tersengih gembira. Tak tahu kenapa happy sangat. Sekali lagi nak tanya, diaorang ni spesis kunyit ke?

"Aku tengok abang aku je."

"Ameer join kem ni sebab cikgu tu abang kawan dia. Dia dengan geng dia semua join sebab tak cukup cikgu muda."

Aku pandang Adam. Huh?

"Mana kau tahu?" Mata dikecilkan.

"Ameer bagitahu haritu."

"Kenapa dia tak bagitahu aku?" Oh, kenapa ku terasa disisihkan?

Adam sengih meleret.

"Saje. Dia nak tengok perangai kau dekat sekolah. Dia tak bagi kau menggedik."

Ciss. Macam tahu-tahu je Ameer ni. Aku hanya mengangguk. Tapi mata disepetkan kembali.

"Bukan aku dah kata dah jangan kawan dengan Ayan?" Adam aku pandang geram bila dia hanya sengih tak bersalah.

"Biarlah dia. Aku baik apa."

Ya tuhan, selambanya ayan. Buatkan aku rasa macam.. ah lupakan.

"Kau baik?" Kening dijongketkan. "Baik apa kalau sampai prank aku guna--"

Mood mengungkit. ON.

"Sorrylah pasal hari tu."

Kening aku terjongket sebelah.

JERK'SWhere stories live. Discover now