9; persoalan

90 12 0
                                    

Aku duduk sebelah esah. Lepas lunch dan solat zohor bagi yang beragama islam, kami perlu pasang khemah sendiri. Disebabkan aku, esah dan dua orang budak tingkatan tiga buat keputusan untuk tidur se-khemah, kami kena pasang khemah sendiri.

Aku ingat pasang khemah ni mudah je tapi..

Kenapa khemah kitaorang nampak pelik eh?

Aku pandang sekeliling. Melihat khemah orang lain yang nampak elok. Siap ada lagi yang hampir siap. Lepastu aku pandang dua junior yang bakal se-khemah dengan aku. Dua budak tu cuma tergaru-garu kepala. Pelik kenapa khemah kitaorang tak menjadi. Manakala esah dah acah nangis.

"Huhuuu.. tak tidurlah kita nanti, minah. Macam mana ni?" Esah kesat air mata palsu. Cis, kuat drama la esah ni. Tak malu ke? Budak dua orang tu dah sendu tengok esah. Turut meratapi nasib.

Disebabkan aku rasa yang akulah paling bijak dan matang disini, maka aku buat keputusan untuk menyelesaikan masalah ini dengan..

Jeng jeng jeng

Minta tolong Ameer. Apa fungsi Ameer kalau bukan untuk tolong adik dia yang comel ini kan?

Betul tak betul tak?

Seminit kemudian.

Ameer tak guna.

Ameer hodoh.

Ameer kejam.

Aku benci Ameer.

Masih terngiang-ngiang ucapan tak mesra Ameer dan sikap acuh-tak-acuh dia tu. Dia suruh aku berdikari. Dia kata jangan nak mengharapkan dia je mentang-mentang dia ada.

Dah tu apa fungsi kau jadi abang aku kalau bukan untuk tolong aku, Ameeerrr??

Why? Whyy?

Bila aku balik ke khemah dengan langkah longlai, kelihatan Ayan tengah membetulkan khemah kitaorang. Ayan pandang aku sekilas sebelum dia kembali tidak menghiraukan aku.

O..kay.

Aku mendekati esah yang hanya memandang Ayan sambil menongkat dagu. Mengambil tempat di sebelah esah dan turut menongkat dagu. Memandang Ayan yang bersusah-payah seorang diri.

Kesian..

"Ok. Dah siap dah esah." Ayan angkat kepala memandang esah. Langsung tiada senyuman dibibir lelaki itu. Cemberut. "Kau kata nak nak amik barang kau tu lepas aku tolong. Ni aku dah tolong, cepatlah amik. Semak je dalam beg orang! Menyusahkan betul!" Ayan pandang esah sipi-sipi.

Dahi aku berkerut.

Barang apa?

Kenapa esah letak barang dia dalam beg Ayan?

Esah sengih gembira. Ayan didekati.

"Thanks Ayan. Ni sayang ni. Alololo.." pipi Ayan dicubit geram kemudian diramas kasar sebelum dilepaskan.

Aku yang melihat dah tercenggang.

Esah..

"Mana beg kau? Jomlah!" Esah berjalan mendahului Ayan. Ayan di belakang makin cemberut. Tidak suka bila esah buat dia macam tu. Dia bukan budak kecik!

Esah selamba memasuki kawasan khemah lelaki. Khemah Ayan dituju. Kelihatan Adam dan seorang lagi budak lelaki yang tidak dikenali. Junior dia, mungkin kawan Adam.

Tahap selamba esah makin ekstrem bila dia selamba membuka zip khemah untuk mencari beg Ayan. Ayan yang tengok dah membulat mata. Tak sempat menghalang-

Khemah dah terbuka.

"WOI! APA NI?!"

"Upss sowryy. Hehe." Dengan muka tak bersalah esah menghulurkan kepala ke dalam khemah walaupun dia dah tahu ada makhluk tengah half naked dalam khemah yang sama. Tapi esah tak kisah.

Sejujurnya, esah sengaja.

Sebab yang tengah tukar baju tu crush dia, Abang Carl. Dan dia takkan lepaskan peluang ini untuk mengambil kesempatan dalam kesempitan. Ya, esah pervert. Tapi ada nampak esah kesah?

Ayan apa lagi, bila nampak esah yang acah nak masuk dalam khemah dah tutup khemah sebab nak berdua-duaan dengan Carl- cepat dia menarik lengan esah kasar.

"Esah baik kau behave sebelum aku bagitahu papa perangai tak senonoh kau ni." Esah dipandang tajam. Geram.

Lagi geram bila esah sempat mengintai ke arah khemah. Lebih tepatnya ke arah Carl yang tengah tutup dada dia tengan tangan dan sebelah lagi cuba untuk menarik zip.

Astaghfirullah esah. Liar sungguh mata kamu.

Dagu esah dipegang dan dihadap ke depan muka. Tak bagi esah tengok tubuh seksa Carl. Tanggungjawab dia untuk kekalkan esah menjadi suci.

Muka esah dirapati Ayan. Makin dekat. Makin dekat.

Kejap. Aku buat apa ni? Kenapa aku ikut Ayan dan Esah ke khemah lelaki? Kenapa aku intip Esah dan Ayan?

DAN KENAPA AYAN MACAM NAK CIUM ESAH TU WOII! BELUM HALAL LAGI LA GAMPANG!

Belum sempat aku menerjah mereka berdua, Esah terlebih dahulu menekup wajah Ayan sampai lemas budak tu.

Bagus Esah. Bagus. Kalau boleh tolong bunuh Ayan untuk aku.

Ayan menepis kasar tangan Esah.

"Gedik la kau ni! Aku bagaitahu papa nanti! Huh!"

Khemah dituju. Bag dicapai dan Ayan keluarkan sebungkus-

Eh jap.

Apa tu?

Sebungkus...

L.I.B.R.E.S.E

Librese; satu jenama tuala wanita yang agak popular. Wait.

Mata aku membuntang. Lagi-lagi bila Esah ambil bungkus tersebut selamba.

Kenapa benda tu Esah bagi dekat Ayan? Kenapa Ayan yang kena pegang benda tu untuk Esah? Dan kenapa Ayan, Esah? Kenapa kau tak bagi je dekat aku supaya aku pegang? Kenapa kau bagi lelaki, Esah? Kenapaa?? Kau tak malu ke Esah?

Aku dah meratapi kebangangan Esah. Terasa menyesal kerana membiarkan Esah memalukan diri sendiri dengan menyuruh lelaki memegang bungkus tersebut.

Aduu Esahh!















Please vote and comment ⭐️

JERK'SWhere stories live. Discover now