Aku cuba menipu diri sendiri yang bahawa aku okay.
Aku menipu diri aku yang sememangnya sedang sedih, lelah, hancur dan hampir putus asa.Aku senyum, aku ketawa untuk menutup semua perasaan yang sedang aku rasakan.
Tapi siapalah yang dapat meneka disebalik bibir yang tersenyum dan ketawa ini.Tersembunyi seketul hati yang sedang menangis.
Kalau boleh nak aku campakkan segala kenangan,
Nak padamkan semuanya.
Tapi itulah semua memerlukan masa.
Aku tahu Allah ada sentiasa dengan aku.Terkadang aku fikir mungkin lebih mudah kalau aku tiada hati dan perasaan untuk semua di sekeliling .
Mungkin masanya untuk aku menghiraukan semuanya,
kebalkan hati, jadi seorang yang kejam.
Tetapi aku tidak mampu menjadi sekejam itu.
Itu bukan sifat aku.Aku hanya minta supaya aku dapat menjadi kuat untuk menempuhi semua ini.
Semoga Allah memberi aku kekuatan :')Wednesday, 22 April
- 04:47 - a.m.
YOU ARE READING
Luahan Hati
PoetryMonolog Hati Yang Pedih Baru ingin menjinak-jinak untuk menulis, meluahkan segala perasaan yang pedih disini..