PART 1

1 0 0
                                    


1

Dr Malik

Aku malik, aku baru sahaja dilantik sebagai Psikiatri di Hospital Mesra Bukit Padang. Baru minggu pertama aku bekerja, aku diarahkan untuk merawat seorang pemuda tanpa pengenalan diri. Sudah dua seminggu dia disini.

Seorang pemuda tidak dikenali dijumpai oleh penduduk kampung. Tubuh pemuda ini dijumpai terbaring di celah-celah semak-samun seperti orang yang ditingalkan tanpa sebarang maklumat diri. dia dibawa ke hospital dengan keadaan lemah tidak sedarkan diri.

Sejak dia sedar, dia langsung tidak bersuara. Bila malam dia duduk bersila tengah-tengah ruangan bilik yang gelap hanya diterangi samar-samar cahaya bulan, memandang jendela dan seluruh tubuh diselimut.

Sudah tiga hari aku cuba berinteraksi dengan pemuda ini, tapi tiada respon. Hari ini aku sengaja datang waktu malam untuk berinteraksi dengan dia. Aku masuk ke bilik pemuda ini, seperti biasa setiap malam dia akan duduk di lantai melihat di luar tingkap.

Aku duduk di sebelahnya, pita rakaman aku letak ditengah-tengah antara aku dan pemuda ini. Aku mula perbualan.

" cantik bulan malam ni, kamu suka tengok bulan?"

Pemuda itu langsung tidak memberi respon. Aku cuba lagi.

" malam-malam macam ni,orang-orang muda macam kamu mesti selalu lepak mamak kan?"

Kali ini dia respon tapi dengan senyum. "kalau senyum macam tu betul la orang muda ni suka lepak mamak"

Aku teruskan lagi " kamu selalunya lepak dekat kedai mamak dengan siapa?"

Senyum yang tadi ada di wajah dia,bertukar seri menjadi sedih. Aku tak pasti adakah kejadian yang menimpanya ada kaitan dengan orang yang dekat dengan dia.

"maaf soalan saya macam tak kena kan" aku buntu nak Tanya soalan apa lagi. Tapi dia respon.

"kami" dengan suara yang perlahan dan lemah. Aku terus dekatkan pita rakaman supaya suaranya jelas.

"berlima - " dia tiba-tiba duduk sambil memegang lutut, tangan kanan dia memegang kepala macam orang kena migraine.

Aku cuba tenanngkan dia, aku bangun untuk panggil jururawat bertugas. Tapi pemuda ini menghentikan pergerakan aku. Dia menarik uniform aku. Dia macam nak mulakan cerita. Aku duduk kembali.

dia pandang aku "kalau – saya – cerita – doktor bantu – saya"

"boleh!" aku menunggu sampai dia bersedia untuk cerita kejadian tu.

"kami berlima belajar di universiti borneo – " dia duduk bersila semula.

"Aqir – bagas – salma – ical – aku qalid – " dia mengambil nafas.

"semuanya bermula dari aku . . ."

bersambung . . .

A"Z"WANGWhere stories live. Discover now