2
qalid
Aku baru bangun, jam menunjukan pukul 10 pagi. Aku memang selalu bangun lambat kalau hari minggu. Aku Menggeliat sebaik bangun, aku padang katil aqil dengan bagas. Takde orang. "pelik, selalu aku dulu yang bangun." Aku terus ke meja belajar dan mencapai iphone, terus aku buka whatsapp untuk Tanya aqil dengan bagas. "Mana korang ni pergi". Lama aku tunggu langsung takda respond. "biarlah"
Aku capai tuala dan baldi yang berisi sabun, pencuci muka, berus gigi dan colgate. "daripada aku tunggu diorang reply,baik aku mandi. Sabun pun baru beli haaa"
Bila aku buka pintu "surprise . . . ! ! ! happy birthday bro" aqil – bagas – ical di depan pintu, ical memegang kek, bagas meniup noise party blowers . rupanya dah lama diorang kat depan pintu tunggu aku keluar. Mereka tarik tanggan aku berdiri di koridor asrama. Aku tengok semua pelajar asrama dah berdiri dekat depan pintu bilik diorang.
Bagas berdiri di koridor " sedia semua 1 – 2 – 3 "
Satu penghuni asrama blok kasturi ni menyanyi lagu happy birthday untuk aku. Tak pernah lagi aku sambut hari jadi macam ni.
Setelah selesai diorang menyanyi, bagas dan aqir sama- sama mengucapkan terima kasih kepada semua penghuni. Aqil menarik aku masuk ke dalam bilik sambil nyalakan api pada lilin " sekarang waktu untuk tiup lilin" aku tiup lilin.
"terima kasih korang, aku tak pernah sambut macam ni.kalau la parent aku macam . . . " bagas meniup noise party blowers tu depan muka aku "udah, gak perlu mikir"
Aqil memberitahu aku "harini special kami buat ni untuk kau, hal parent kau letak tepi dulu" bagas memberi pisau kek "mendingan sekarang potong kuenya" ical langsung mencelah " kuih? Ini kek? Dah 2 tahun duduk Malaysia pun tak pandai lagi ke"
------------------------- --------------------------
Setalah penat siang hari menyambut hari lahir aku, malam ni kami hanya duduk di dalam bilik. Sebelum ni setiap malam ahad, kami ke kedai mamak. Aku di meja belajar sambil mendengar lagu HIVI – remaja. Malam tu aku menerima pangilan dari nombor tidak dikenali. "nombor siapa pulak ni . . . hello "
Suara cemas seorang perempuan. " hello qalid, tolong ibu qalid" itu suara ibu aku. bertapa cemasnya aku bila aku tahu itu sura ibu " ibu! Ibu! Kenapa" . aqil dengan bagas terkejut melihat tingkah aku lalu mereka menghampiri aku.
Aku tidak dapat mendengar dengan jelas suara ibu. Aku terus cuba mendesak ibu "ibu! Kenapa cakapla". Ibu hanya membalas " villa tok ayah! qalid!" talian terputus. Aku dial semua nombor telefon berkali-kali tapi tidak dapat.
Aqil menenangkan aku. "kenapa qalid . . kenapa dengan ibu kau". Bagas mengambil air kosong untuk aku. "minum sedikit airnya, biar bias tenang"
Aku menceritakan "ibu telefon aku, dia dalam kecemasan. Aku tak pasti apa yang berlaku. Tapi ibu ada cakap villa tok ayah".
"villa tok ayah? "
"ya villa tu peninggalan arwah tok ayah aku, rumah tu dekat Pahang. Tapi rumah tu dah enam tahun kami tak balik sejak tok ayah meninggal."
"jadi, apa kamu mau kesana . . . "
"kami boleh teman kau . . . "
Aqil dengan bagas mahu membantu aku, aku bingu. Hari dah larut malam. Aku masih dalam keadaan terkejut dan tertekan dengan semua ni. Tapi ibu dalam bahaya, aku tetap kena pergi.
"betul korang teman aku . . "
Mereka serentak menjawab " Betul . . "
"tapi kita takda kenderaan"
Keadaan kembali rungsing. Bagas baru teringat. " salma – "
" - dia kan punya mobil"
------------------------- --------------------------
Kami terpaksa tunggu sehingga subuh untuk berangkat. Peraturan asrama pelajar tidak boleh keluar selepas 11 malam. Salma dan ical awal-awal lagi sudah menunggu kami. Ical teman baik salma. Dia lelaki yang agak lembut. Tapi dia baik.
Muka salma leihatan marah mungkin lama menunggu "korang kata lepas subuh. Lepas subuh aku dah kat sini dengan ical. " aqil memujuk salma " sorry la salma, kami semua tak cukup tidur dari semalam."
"sudah, ayo kita berangkat " .
Kami bertolak dari universiti ke Pahang. . .
"jadi, bila kamu sampai apa yang terjadi" aku bertanya aqil. Tapi dia tiba-tiba menitis air mata.
"bila kami sampai . . ."
bersambung
YOU ARE READING
A"Z"WANG
Mystery / Thrillerkisah lima pelajar universiti menyiasat apa sebenarnya yang terjadi pada orang tua qalid. semasa mereka di villa pelbagai kejadian eneh yang berlaku. kelibat-kelibat yang berkeliaran di kawasan villa. apa kaitan kejadian aneh ini dengan kehilangan...