TANG!
Bunyi berdesing seakan besi bertemu besi kedengaran jelas di telinga Rizqi. Bunyi yang sudah sedia menjadi irama yang tidak lagi asing baginya
TANG! TANG! TANG!
Kali ini bunyi yang sama berlaku tapi kali ini semakin banyak. Rizqi semakin serius dengan lawannya kali ini.
Tapi lawannya kini bukanlah sama dengan Rizqi yang bersenjatakan pedang tunggal. Malah, lawannya juga bukanlah manusia dan makhluk biasa.
TANG!
Bunyi yang disangka besi bertemu besi itu rupa-rupanya bunyi pedang Rizqi yang dilibasnya dengan kulit keras bersisik lawannya.
Sudah tentu, lawannya itu bukan manusia.
Setelah menjarakkan dirinya daripada lingkungan pertarungan, Rizqi cuba mencuri nafasnya sedalam mungkin. Lawannya tidak melepaskan peluangnya lalu cuba menyerang lagi Rizqi dengan tangannya yang memiliki 4 jari yang tajam. Rizqi mengelak ke kiri serangan tersebut dan cuba melakukan serangan ke perut lawannya.
TANG!
Sudah pasti serangannya terdesak Rizqi tidak membuatkan satu libasan yang dalam, namun cedera kecil lawaanya di perut mungkin membuatkan lawannya itu terkejut.
Satu lagi pertarungan biasa Rizqi pada hari ini.
Lawannya merupakan kelas C, kelas ketiga terendah, bukan sahaja mampu berfikir lebih bijak daripada kelas bawahan yang lain, serangannya juga harus diberi perhatian.
Tatkala Rizqi leka, mungkin dirinya berada dalam bahaya.
Tapi Rizqi juga tidak boleh dipandang rendah. Pengalamannya selama setahun dalam bidang ini juga telah banyak membantu dia terselamat daripada ratusan situasi sebegini. Rizqi cuba mengatur langkah, mneyusun nafasnya, cuba memberikan fokus yang lebih pada saat ini.
Pedang Rizki bukanlah pedang biasa, pedang itu ditempa khas daripada sisik naga, dan mempunyai keupayaan tersendiri.
Lawannya juga menguatkan otot kakinya, memberikan satu rekahan pada tempat dia berpijak, merancang untuk menamatkan Rizqi dalam satu serangan. Kuku di tangannya memanjang, sepanjang pergelangannya tangannya.
Lawan Rizqi sebenarnya merupakan raksasa yang ditugaskan untuk menceroboh bandar Rayas manakala Rizqi berperanan sebagai musuh bagi raksasa ini.
Semestinya, Rizqi tugasnya menghalang penceroboh ini lantas menjadi pengawal keselamatan bandar Rayas ini.
5 saat berlalu tanpa ada sebarang pergerakan daripada kedua-dua pihak, sebelum masing-masing menyerang satu sama lain.
Satu serangan dilancarkan lebih awal daripada raksasa tersebut dan Rizqi terlewat kurang daripada 0.5 saat, namun Rizqi kekal tenang.
Pantas bukan penentu segalanya. Refleks dan tindakan susulan itulah jawapannya.
Pedang Rizqi mengeluarkan angin kencang mengelilingi pedang dari hujung mata pedang sampai ke bawah, menyerupai gerudi.
Rizqi menghalakan puting beliung tirus berbentuk gerudi itu ke arah raksasa tersebut lalu membenamkan angin tersebut menembusi perut raksasa tersebut dengan kelajuan angin
Tidak menghairankan kerana serangan Rizqi tadi ialah angin gerudi.
SUUPP!!
Sebelum sempat raksasa itu membenamkan kuku tajamnya ke kepala Rizqi, raksasa tersebut gugur ke bumi dan menjadi pecah seakan akan kaca yang bersepai setelah dihempaskan ke batu.
Rizqi memandang raksasa tersebut, sinis sebelum dia beredar dari tempat itu. Malam ini tugasnya sudah selesai.
Demikian tugas malam Rizqi, berakhir dengan matinya sang penceroboh raksasa.
Namun tugas ini akan disambung semula malam esok, dengan raksasa yang baru, dengan identiti yang baru.
Kegiatan malam Rizqi di bandar Rayas yang hanya dia, dan beberapa orang yang tahu.Demikian tugas Rizqi sebagai pengawal elemen angin.