Alhamdulillah, saya akhirnya telah selesai menulis novel yang berjudul 'CYNTHIA' ini. Sepanjang dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan disebabkan oleh penyakit COVID-19 yang menimpa bukan sahaja di negara ini malah ke seluruh dunia, saya menggunakan masa yang terluang untuk menyiapkan novel ini.
Idea mengenai novel ini bermula apabila saya melihat satu babak dalam sebuah drama yang memaparkan sebuah feri terbakar. Dari situ, timbul lah idea untuk mengarang cerita pasal Laura, Neisha dan Cynthia yang merupakan Laura dalam wajah baru.
Saya karangkan dan memikirkan idea ini hari demi hari sambil membayangkan apakah yang akan berlaku selanjutnya. Saya juga ingin menegaskan disini bahawa tiada sebarang cedokan idea daripada bahan-bahan atau drama-drama lain mengenai novel saya ini. Ini adalah hasil idea saya kepada pembaca yang amat saya kasihi.
Akhir sekali, saya berharap agar para pembaca dapat menyukai novel ini. Segala kesilapan di dalam novel ini saya memohon kemaafan dan sudah pasti sebarang kritikan atau penambaikan amat saya alu-alukan. Hal ini kerana saya juga merupakan insan yang sedang belajar dan masih bertatih dalam dunia penulisan. Ingin saya ingatkan juga disini, bidang penulisan bukan satu minat permanent tetapi ia sebagai hobi di masa lapang. Sekian, terima kasih.
YOU ARE READING
Hilang Yang Kembali
RomanceSatu kejadian nahas feri meletup menimpa kepada dua orang pasangan kembar seiras yang bernama Laura dan Neisha. Disebabkan nahas itu, satu identiti baru telah muncul yang bernama Cynthia. Dalam malapetaka yang dihadapi oleh mereka berdua ini juga...