1

6 0 0
                                    

 kecantikkan itu ibarat kata kata

yang boleh menterjemahkan seseorang

"sini , sini ! bagi lah bola tu ke sini !" teriak seorang budak lelaki ke arah rakannya. keadaan di padang hijau itu sungguh meriah dengan suara sekumpulan anak lelaki yang sedang main bola. 

"ye ye ! aku dengar kau tunggu di situ !" balas rakannya itu tadi. bola itu disepak dengan kuat sekali. maka bergegaslah sahabatnya tadi menggejar bola itu  sehingga langkahnya terhenti apabila bola itu melepasi pagar kayu yang tinggi itu. 

sekumpulan anak lelaki itu lantas menuju ke arah rakannya yang sudah berada di hadapan pagar kayu yang besar itu. mereka saling pandang antara satu sama lain. "apa korang tunggu lagi, cepat pikirkan cara untuk ambil bola aku tu" lalu mereka sekumpulan pun memikirkan cara bagaimana untuk mengambil kembali bola itu. 

"din !, apa kau buat tu ?" mail menanyakan din yang seolah olah sedang mencari ssuatu di bawah pagar. "aku cari lubang , mana lah tau ada lubang. boleh kita masuk" jelas din kepada kawan kawanya. mereka hanya memandang din. din memandang mereka lalu berkata "apa yang korang tercegat kat situ, tolong lah aku cari sekali." maka masing masing dari mereka terbongkok-bongkok mencari lubang. sementara dol memandang satu persatu ukiran yang terdapat di pagar ini. "ini seperti ukiran pagar para pembesar di rumah mereka" bisik hati dol. seketika matanya berhenti tepat pada salah satu pagar itu, dia memandang satu bulatan yang ada pada pagar itu, dia sedang mengingati gambar dalam bulatan tersebut.

"kalian ! ada lubang di sini."

"haa bagus sekali." 

tersentak dol dari lamunannya apabila rakan rakan nya telah menjumpai lubang di bawah pagar. mail sudah pun meniarap untuk menembusi lebang pagar itu tapi tangan nya disentak oleh dol. "kenapa !?" mail menengkingnya. "di balik pagar ini adalah kawasan larangan iaitu kawasan istana, adakah kalian berani untuk memasukinya" jelas din. keadaan menjadi sunyi seketika. "begini sahaja lah, mail masuk secara senyap dan kami  akan berjaga-jaga di luar, setuju semua ?" semua setuju kecuali dol. dol tampak gelisah akan rakannya kerna takut dia akan tertangkap oleh pegawai istana. 

lalu mail pun masuk dan mencari ke mana bola mereka telah jatuh. kawasan istana sungguh besar dan indah sekali. tumbuhan hijau yang menghiasi segenap ruang begitu mendamaikan.

mail memerhati kiri dan kanannya, tiba tiba pandangannya terhenti ke arah sebuah pohon dan di situ lah bola mereka telah jatuh. dia membongkok kan badan untuk mengambilnya seketika itu terdengar suara seorang perempuan yang mendayu "apa yang kau sedang lakukan ?". mail menoleh ke belakang, terdapat susuk tubuh seorang perempuan dengan kain songket yang telah menutup wajahnya. Dia menghulurkan tangan kepada mail. Bulu roma mail hampir kesemuanya menegang. "Jangan takut, aku ingin....." belum habis kata-kata tiba- tiba datang angin bertiup dan membuatkan kain songket jatuh dari atas kepalanya lalu menampakkan wajahnya.

"Ahhhhhhh !!!!!" Alangkah terkejut nya mail, bahawa sebahagian kiri wajah perempuan itu telah terbakar dan kulit nya telah mengupas. Dan itu sangat mengerikan. "Tolong !! Ada raksasa ingin memakanku !!" Mail lari lintang pukang menuju ke arah lubang itu dengan takut sekali.

"Aku hanya ingin... menolongmu" kata perempuan itu dengan nada sedih dan kesal.

****

"Raja agra mencemar duli masuk ke balairung istana !!!" Teriak seorang salah seorang para pengawal istana yang berada di luar pintu istana.

Maka kesemua para pembesar yang ada di dalam balairung itu berdiri menunjukkan rasa hormat mereka ke atas raja dan berkata "ampun tuanku"

"Duduklah kesemuanya, beta ingin memdengarkan kalian berbicara masalah yang ada di negara beta." Raja agra mengeluarkan titah.

"Patik tuanku" kata bendahara tun kamal. "Kerja kerja pertanian seperti menyemai dan menanam hingga lah kesuburan tanaman amatlah baik hingga ke harini. Dan ini sangat bermanfaat kepada rakyat. Akan tetapi patik mendengar bahawa ikan sudah semakin berkurangan." Jelas bendahara

"Ikan berkurangan ? Adakah ikan ikan itu telah diracun atau sebaliknya ? Tanya tuanku akan kenyaatan td.

Lalu bendahara berkata "patik masih menyiasat perkara ini. Mustahil bg patik ikan itu semua diracun kerna tiada ikan mati yg terdampar di darat semenjak 2 menjak ini"

Mendengar penjelasan itu, raja agra mula khuatir dan berfikir kenapa sumber ikan semakin berkurang padahal mereka ada saty tasik yg besar keluasannya. "Beta mahu kamu siasat akan perkara ini"

"Menjunjung titah , tuanku" lalu selepas pembicaraan itu selesai maka berangkatlah raja agra ke kamarnya.

*******

Tengku Mawar Merah sedang duduk di atas buaian masih memikirkan perkara tadi. Dia tertanya tanya adakah luka di wajahnya begitu teruk sekali hinggakan anak kecil sangat takut untuk melihatnya. Hidup nya tidak seperti gadis lain yang boleh ke mana mana tanpa menghiraukan apa apa sementara dia hanya duduk di rumah kerna takut akan cacian rakyat nya sendiri.

Lamunan mawar terhenti apabila pengawal memanggil dirinya "tuan puteri tuan puteri !!" Dia lantas menoleh ke belakang dan 2 org pengawal itu menarik beberapa orang budak untuk dibawa menghadapnya. Dan salah seorang daripadanya adalah budak yang telah melihat wajahnya.

Dia segera menyarungkan kain songket ke kepala nya semula. "Ada apa pengawal ?" Tanya mawar.

"Patik menemukan beberapa org budak di luar kawasan taman istana. Dan budak ini...." Dia menarik mail. "Tersangkut lubang kecil di bawah pagar ketika dia mahu melarikan diri. Jadi adakah tuanku mahu patik membawa mereka ini ke istana ?"

"Tidak perlu, ini cuma hal kecil. Mereka semua masuk akan bola itu." Kata mawar

"Aku manusia bukan raksasa,"kata Mawar kepada mail yang sudah terkencing dalam seluar. "kamu semua mau kuih ?" Kesemua budak itu mengangguk. Mawar tersenyum lalu memanggil para dayang untuk membungkuskan beberapa kuih kepada mereka.

Setelah kuih dibungkus, mawar memanggil budak itu. Salah seorang dari mereka bertanya "tuanku tidak akan memberitahu hal ini kepada raja kan ?" Mawar menggeleng dan berkata "tapi ada satu syarat, kamu semua janji tidak akan main dikawasan ini lagi, faham ?"

"Faham tuanku" balas budak budak itu. Lalu mereka semua dihantar pulang.

"Puteri itu seorang yg baik , kau je yang panggil dia raksasa." Kata din

"Tapi wajahnya masih mengerikan." Balas mail.

Mawar menghela nafas panjang.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 19, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

YOURS CURSE & MY FLAWWhere stories live. Discover now