INTRO

548 55 5
                                    

PROLOG

BAYU yang berhembus tenang seakan cuba untuk memujuk dirinya.

Rindu. Sedih.

Itu apa yang dia rasakan tika ini. Meskipun kekecewaan serta amarah itu turut wujud tetapi dia tidak berniat untuk mengetengahkan dua perasaan itu. Cukuplah dengan dua perasaan awal tadi, ia sudah cukup negatif.

Hidung itu menyedut bayu laut sedalam yang mungkin. Kini dia menghirup udara Amerika Syarikat dan bukannya Malaysia lagi.

Bunyi tapak kaki seseorang dari belakang langsung tidak membuatkan dia berpusing. Siapa pun dia, Aisha kenal.

"Aisha..."

Lihat? Aisha senyum segaris. Augie yang baru saja melabuhkan duduk dipandang. Tidak lama kemudian, Aisha buang pandang ke dada laut.

Entah mengapa tetapi duduk berduaan begini membuatkan dia teringatkan memori lama. Lantas, Aisha menggeleng kepala laju-laju sambil menutup mata.

Tuhan, bantu aku untuk lupakan semua ini. Terlalu sakit untuk aku terus bertahan, Allah Ya Syaafi!

"Aisha?"

Aisha buka mata. Dia menggeleng sekali lagi setelah melihat reaksi Augie.

"Aisha, lepaskan segalanya. Lepaskan apa yang dah terjadi. It has been over two years. Tentang Ulfah..."

Kepala Aisha jatuh menekur hujung kaki yang bermain dengan pasir. Sebak mula mencengkam dada. Tuhan, dia rindukan anaknya!

"Rindu Ulfah..." perlahan Aisha mengogoi.

Augie gertap bibir. Rasa sebak Aisha berpindah kepadanya. Dia juga rindukan anak kecil itu namun apakan daya, Allah lebih menyayangi anak itu.

"Kau tahukan yang Allah tak akan uji hamba-Nya melebihi kemampuannya. Aku tahu kau dah terlebih biasa dengan ayat ini tapi itulah... aku minta kau renungkan semula ayat itu. Percayalah, Sha. Kau wanita terhebat yang pernah aku jumpa. Dan jujur, aku bangga gila jadi kawan baik kau."

Aisha diam. Dia kembali menekur pasir pantai. Hujung kakinya mencengkam kuat pasir pantai itu.

"Aku kuat dan kau kuat. Ujian kita tak akan pernah sama dan itulah yang membuatkan kita hebat dan kuat dengan cara kita sendiri. Allah never created His servants all the same. There must be differences between us. Kita hebat bila kita berjaya harungi sesuatu ujian. Allah beri kau ujian kerana Dia percaya yang kau mampu untuk laluinya. We're never a loser, Sha. He trusts you, so why don't you trust yourself? He don't doubt you, so why you're doubting yourself? You're greater and stronger than what you think. Don't let it consume you, Aisha," nasihat Augie menyerap masuk ke dalam jiwa Aisha.

Setelah berjaya menghadam segalanya, Aisha menghembus nafas panjang. Benar, ayat kedua Augie tadi sangat cliche. Di mana-mana pun semua orang gunakan. Tetapi mereka tidak tahu bagaimana mahu mengaplikasikan ayat tersebut dalam kehidupan seharian.

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Itulah makna ayat tersebut.

Sedikit sebanyak, Aisha menjadi lebih tenang. Dia kuat, dia hebat dan Allah sayangkan dia.

Mata dipejam erat. Bibir mula mengukir senyuman kecil. Buat pertama kalinya dalam sebulan ini, dadanya yang mengetat mula melonggar semula.

"Aisha? Esok kau ada appointment dengan Rayyan. Jangan lupa pula."

Senyuman Aisha- mati.


















Jualan e-book ini akan bermula pada 23/2

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jualan e-book ini akan bermula pada 23/2. Sekira berminat, boleh tekan link di description.

The Bleeding Scars [EBOOK 2022]Where stories live. Discover now