RESAH. Satu perasaan itu menakluki hatinya tika ini. Dari duduk, dia berdiri dan dari berdiri, dia duduk.
Kuku berinainya digigit penuh kegelisahan. Keningnya yang terbentuk indah hampir bercantum dua. Sesekali matanya mengerling ke arah telefonnya yang terlangkup elok di atas katil.
Nak chat ke tidak?
Tak yah eh.
Ish chat aje lah!
Tak ya lah. Kan dah macam perigi mencari timba!
Hish, chat aje lah!
Akhirnya dengusan kasar Aisha lepaskan. Tangannya mencapai sedikit kasar telefon berwarna ungu pastel itu. Dia membuka aplikasi WhatsApp. Jari-jemarinya laju bercumbuan dengan papan kekunci. Lagaknya seperti bertumbukan dengan skrin pun ada.
Aisha: Assalamualaikum, awak. Awak pasti ke nak kahwin dengan saya?
Tidak puas hati dengan soalan sendiri, jari-jemarinya kembali bercumbuan dengan papan kekunci.
Aisha: Lepas dah sah ikatan kita, awak tak boleh berpatah balik tahu? Kita dah bincangkan syarat masing-masing. Dan awak juga masih ada masa untuk tukar bakal isteri awak.
Jantungnya yang normal saja degupannya tadi kini berubah rentak. Adwa online! Telefon itu Aisha terlangkup semula ke atas katil!
"Aisha, lagi 15 minit kita gerak ke masjid," beritahu Augie pada sahabatnya. Melihat Aisha yang tersentak dek kewujudannya di situ, Augie kerutkan dahi.
"Oh, okay. Terima kasih, Augie," Aisha senyum.
Tweet!
Tweet!
Tweet!
Wajah Aisha berubah riak. Dia diserang rasa gelabah. Nasib baiklah Augie sudah keluar dari biliknya, kalau tidak habislah dia dibahan oleh sahabatnya itu.
Telefon diambil dan chat Adwa dia buka. Sejujurnya, ini kali pertama mereka berchat sepanjang ini. Sebelum ini, mereka hanya chat tentang pengurusan perkahwinan. Itu pun setakat tanya, 'borang dah siap ke?', 'dah buat test HIV?' dan jawapan Aisha mesti akan 'ya, sudah'. Akhirnya dibiar bluetick sahaja.
Adwa: Waalaikumussalam, Aisha.
Adwa: Kau cakap apa ni, Aisha? Aku dah cakap tempoh hari kan... atau kau sebenarnya tak sudi aku jadi suami kau?
Adwa: Don't overthinking, wifey. Aku nak Puteri Aishalana dan bukannya Puteri Airalana.
Tweet!
Adwa: Doakan aku. Tangan aku dah mula berpeluh :).
Kali ini Aisha benar-benar terlangkupkan telefonnya dengan kasar. Entah apa yang dia bebalkan pun dia tidak mengerti.
Ya Allah, lapangkanlah dada kami, sekiranya ini jalan terbaik untuk kami maka Kau permudahkanlah ia untuk kami.
.
.
.
.
.
BUNYI mikrofon diketuk menghiasi seluruh masjid itu. Khutbah perkahwinan sudah selesai disampaikan. Kini...
"Test, test."
Mikrofon tersebut bertukar tangan. Abah bawa mikrofon ke bibir. Matanya memandang Adwa di hadapan.
"Ready?"
Adwa senyum sebelum mengangguk penuh yakin.
Abah berdehem. Tangannya yang terhulur ke arah Adwa kini dijabat oleh lelaki muda yang bakal menjadi menantunya lagi beberapa minit.
YOU ARE READING
The Bleeding Scars [EBOOK 2022]
Short StoryPuteri Aishalana × Adwa Rayhan . Cover @hazellora ©queenrvsieth 2021