"Sei Jun ah~"
Aku dengar suara memanggil aku. Tapi aku biarkan mata aku berat. Aku masih nak tidur lagi
"Awak bangun la~" aku merasakan ada tangan yang menyentuh muka aku lembut
Tangannya yang hangat membuatkan aku rasa...
SELESA!
Aku Mula membuka mata
Membulat mata aku!
"Yahhhh!! Jung Kook!!! Apa awak buat kat sini!?!"
Badan aku, aku tarik jauh dari jungkook
Mamat ni pahal doh pagi pagi dah ada dlm bilik aku dia nak goda aku ke apa!
"Jun, awak jagan la jerit nanti orang lain ingat saya apa² kan awak pulak."
"Dah tu apa awak buat kat sini? Masuk bilik saya pagi²" aku cuba untuk bertenang
"Ishhh awak lupa lah ni!"
"Lupa apa?" Aku melentokkan kepala ke kepala katil cuba memproses tetapi gagal
Aku pandang ke arah Jung Kook dengan muka yang sudah cemberut dan memuncungkan bibir
Lah ngajuk ke? Aduhhh aku dah lah tak reti pujuk orang
Aku bersila di atas katil menghadap dia tapi masih jauh jarak kami
"Jung Kook mianhae. Saya tak ingat la. Awak bagitahu kenapa dengan arini saya lupa" kataku cuba memujuk
"Awak ni pasal kita pon tak ingat! Omma suruh saya kejut awak tadi. Saya ketuk pintu awak tak respon pon saya masuk la. Patu tetiba awak ilang ingatan! Dah la siap cepat saya tunggu kat kereta!" Jung Kook keluar dari bilik dengan keadaan geram. Pintu ditutup
Jelas Jung Kook sedang merajuk! Abislah Sei Jun nak pujuk haha
"La aku tak ingat la tetiba nak merajuk pulak! Macam budak kecik pulak tu! Aduh macam mana ni aku tak reti pujuk lelaki" rungut Sei Jun
Handphone nya dicapai aplikasi google dia buka, ditaipnya 'Cara memujuk lelaki' dibaca setiap perkataan yg keluar daripada cariannya
Maklum lah Sei Jun mana pernah bercinta. Kalau malaun 2 ekor tu mengajuk pon dieorg yang elok sendiri Sei Jun tak pernah pujuk!
Membulat mata Sei Jun apabila terbaca cara efektifnya ialah 'ciuman'
Sei Jun mencampakkannya fon nya atas katil memang tak masuk akal tips tu!
Bingkas badannya bangun ke arah bilik air untuk bersihkan diri. Dia perlu cepat kalau tak merajuk lagi Jung Kook nanty.
Hampir 15 minit, sudah siap!
Aku terdiam sejenak sebelum membuka pintu bilik.
Patut ke?
Patut ke aku pujuk dia dengan cara tu?
Dia bergegas ke dapur untuk mencari kelibat omma nya.
Kakinya ligat berjalan ke arah omma nya selepas melihat omma nya sedang memasak
"Omma~"
"Ya?" Omma tak pandang aku dia sibuk memasak
"Arini kenapa Jung Kook datang? Jun ada janji pape ke dengan dia?" Kata ku perlahan
"Yahhh!!! Kau ni kenapa la pelupa sangat! Semalam kan omma ada cakap arini kau kene pergi amik baju wedding yang atuk dah sediakan untuk wedding hang kat butik tu! Apahal la otak kau ni?? RAM slow ke??" Omma membebel panjang.
"OMMA!! JUN LUPA! BUDUH LA JUN MACAM MANA BOLEH LUPA NI! MATI AKU!" Aku menampar dahi aku berulang kali. Ya, akhirnya kepala aku sudah boleh memproses apa yang aku perlu buat arini.
Aku cium pipi omma sekilas lalu langkah ku laju menuju kereta Jung Kook!
Ketika melangkah kepala aku asyik berfikir
Patut ke?
Patut ke aku pujuk dia dengan cara begitu?
Pintu kereta Jung Kook aku dibuka. Aku duduk di sebelah seat pemandu. Muka Jung Kook aku pandang sekilas, muka dia masih menunjukkan reaksi merajuk.
Jung Kook mula memandu. Tangan Jung Kook ternampak urat urat miliknya disebabkan memegang stereng kereta dengan kuat. Sexy! Aku menelan air liur.
Tapi mukanya masih tiada senyuman. Aduh! Jung Kook benar benar merajuk.
Dalam kereta sekarang ni sunyi.
"Awak~"aku cuba bersuara nak cuba pujuk dengan kecomelan aku ni
"Hmm"
"Awak merajuk lagi ke?" Aku start pandang dia dengan harapan dia cair
"Mana ada. Saya kan tak penting, sampai awak tak ingat arini awak kena keluar dengan saya. buat apa saya nak merajuk" katanya tanpa mengendahkan aku dan menumpukan perhatian kepada pemanduannya
"Alaaaa~ Mian mian saya janji tak buat lagi" aku cuba menongkatkan dagu.
Muka Jung Kook kekal diam tanpa sebarang reaction.
Sei Jun mengalihkan pandangan ke luar tingkap
Cissss tak jalan jugak! Dia perlu memikirkan jalan terakhir. Dia rasa bersalah
Kepala Sei Jun ligat memikir..
Patut ke?
Aduh!!! Buat jelah bukan orang lain pon, jadi laki aku jugak nanti.
Kereta yang dipandu Jung Kook berhenti di hadapan sebuah butik.
Masa untuk beraksi!
"Jung Kook-ah~" Sei Jun menarik baju lengan milik Jung Kook
Jung Kook yang mahu membuka pintu kereta itu menoleh Sei Jun lantas memberhentikan segala tindakannya
"Jangan merajuk lagi yea~ " kata Sei Jun sambil tersenyum manis
Jung Kook tidak dapat menolak apabila muka Sei Jun mula mendekatkan mukanya dengan Jung Kook.
Chupp~💋
Jung Kook terkaku
°•°
Berani betul si Sei Jun ni hahaha
Kesian Jung Kook kena heart attack!Semut2 lah aku tengok dieorg ni alaaaaa jap ah nak pi kedai cari ubat ilangkan semut2 ni hahhaha
SELAMAT BERPUASA ❤️
How your first day fasting?😋°24 April 2020°
YOU ARE READING
That Sir is My Husband!
Fanfiction'jap apa suami aku tu buat Kat sini?' 'apahal dia diri kat dpn dewan kuliah tu!' Jung Kook mengenyitkan matanya ke arah Sei Jun Muka Sei Jun mula memerah disebalik buku yang didirikan untuk menghalang dia bertentang mata dengan Suaminya Tidak keruan...