Suara Hati 1

85 5 0
                                    


Hidup ini memang tidak panjang. Hanya sedetik waktu sahaja ia menjadi milik kita. Selebihnya adalah aturan takdir yang sukar dijangkakan. Namun kenangan semalam tidak mudah pergi, meskipun bertahun peristiwa itu berlalu, ia tetap wujud dan masih segar diingatan.

Kelihatan seorang gadis termenung dalam kenangan entah bila bakal hilang dari ingatan. Kenangan yang tidak pernah lari dari lautan mindanya. Waktu berganti waktu dan hari berganti hari, masa sudah begitu lama meninggalkan detik itu namun memori itu sering menghantui dirinya.

Sejujurnya,
Aku lemah....

🌸🌸🌸

Peluh dingin memercik tubuh Hani. Degup jantungnya kencang. Dia bermimpi rupanya. Hani meraup wajahnya berkali-kali sambil beristighfar.

'Allah' bisiknya.

mimpi itulah yang sering menghantuinya hampir setiap malam. Hani semakin resah sejak kejadian tersebut, hidupnya tidak lagi tenang seperti dahulu. Ingin diluahkan masalahnya tetapi kepada siapa dia harus luahkan?

dia mengeluh seketika.

🌸🌸🌸

"VICTORY"

"best ah main dengan kau ni, asal main dengan kau ja win win chicken dinner" ujar Dalia teruja.

"hahahahaha hmmm memandai ja kau" balas Hani tersenyum.

"lah betullah bukan macam tu si Syed, nama ja lelaki tapi asyik kalah ja main sama dia haihhh menyampah aku" sindir Dalia

"ahh kau diam, cerminlah juga diri tu sikit baru ja landing dah mati hmmmmmm tak pro ah kau" bidas Syed. Sumpah weh asal Dalia landing dah kena tumbuk malang betul nasib Dalia.

"hahahahahaha dahlah wehhh, esok aku tak join korang okay. Aku ada hal esok hehe. Kcauuuuuuuu" balas Hani lalu mengeluarkan diri dari permainan itu.

"alaaaa baru nak ajak main lagi hmmm bye"

"bye Hani"

"bye semua"

Habis sahaja bermain game bersama rakannya Hani membuka blognya untuk meluahkan isi hatinya. Hani mengambil cameranya lalu merakam dirinya bermain keyboard. Tanpa sedar jari jemarinya memainkan lagu memories. Dia termenung dan tanpa disedarinya air matanya menitis, mengingati memori lama. Berharap agar dapat memutarkan masa.

Ini merupakan kali pertama Hani post video diblognya. Selalunya dia hanya menulis ibarat blog itu adalah diarinya, diari untuk meluahkan segala isi hati yang selama ini terpendam.

Seperti biasa setiap kali Hani update ada saja yang komen, lucu pula membaca komen yang mereka hantarkan kepadanya . Dia baru perasan, tiada nama @hambaAllah yang selalu komen mengenai blognya. 'Mungkin dia dah malas nak komen atau dia tak berminat dengan video ini? . Haihh aku ni dah kenapa?' Keluh Hani.

"Daripada aku duk fikirkan dia yang belum tentu fikirkan aku baik layan Kdrama. Sambung tengok drama The fiery Priest." sambungnya lagi.

Hani suka tengok drama korea ni, tersangatlah lucu terutama bila crushnya turut ikut sama berlakon . "Ahh  Kim Namgil kenapa kau handsome sangat". jerit Hani .Sebenarnya Hani baru ja minat Kim Namgil. Dia minatpun sebab dia nampak Namgil menang daesang tahun lepas. Nonton punya nonton Hani pun terjatuh sayang dengan dia . Maaf Lee Minho , Hani dah ada pengganti baru. Namamu akan dia buang jauh-jauh!

Hani melihat jam di sisi ku. 'Dah pukul 3 pagi rupanya' bisiknya. Alamak dia lupa yang esok dia ada class pagi ! ALAMAKKK!!

🌸🌸🌸

"Woi! Asal kau lambat , Hani?" Soal Dalia apabila mereka tiba di cafe.

"Nasib lecturer takda tau. Ada kecemasan katanya. Kalau ada , tak tahulah keadaan kau sekarang" kata Dalia pula.

"Aku layan youtube semalam sampai pukul 3 pagi jadi memang sah-sah lah aku bangun lewat" balas Hani malas. Melihat dari raut wajahnya dia masih mengantuk lagi.

'Lecturer ni pun satu tak bagi tau awal-awal yang class dibatalkan.' bidas hatinya

"hmmm patutlah, ini mesti nonton kdrama kan?" ujar Syed.

"yes"

"hmmmmm Hani" panggil Syed

"apa dia?"

"kau nak ikut tournament?" Soal Syed

"tak" ujarnya sepatah

"whyyyy? marilah join. Kau ikut ja team aku, please" pujuk Syed

"taknak, kau pun taukan kenapa. don't ask me anymore" tegas Hani

"Fine"

"kau taknak ajak aku ka? soal Dalia

"TAKNAK" jerit Syed lalu berlalu pergi. Hatinya sakit ditolak mentah-mentah oleh Hani. Hani pro kottt.

Suara HatiWhere stories live. Discover now