Suara Hati 3

37 6 0
                                    

Dari jauh Hani terlihat seorang lelaki yang sedang duduk termenung di tepi pantai. Dia kenal sosok tubuh itu. Hatinya turut meronta ingin tahu siapakah gerangan itu. Selangkah demi selangkah kakinya menuju ke arah lelaki itu. Tanpa sedar dia memanggil nama yang sudah lama terpendam di dalam hatinya.

"Amsyar Haziq?" panggil Hani.

Lelaki itu menoleh ke arah suara wanita yang memanggilnya.

Hani terkesima. Air mata jatuh membasahi pipinya..

Dia memang Amsyar Haziq!

"Am?" panggilan manja lelaki itu.

Lelaki itu hanya sekadar mengukir senyuman sebagai tanya mengiyakan panggilan itu.

"Am, ni betul Am?" soal Hani. Dalam fikirannya kosong. Yang dia tahu hanya Amsyar dah balik!

"yes , its me" balas Am, mengangguk.

"i thought that youuu...." tidak mampu menghabiskan ayatnya, Hani menangis teresak-esak.

"heyy, heyy look okay. I'm fine, I'm totally fine." pujuk am. Hancur hatinya melihat keadaan Hani seperti ini.

"Are you okay? I'm worried about you. Kenapa awak tak pernah nak call saya, inform saya dengan keadaan awak. Awak sihat ka?" bertubi-tubi soalan yang dipertanyakan oleh Hani. Dia risau dengan keadaan Amsyar.

"Saya okay. Saya cuma nak cakap yang saya sayangkan awak dengan sepenuh hati saya. I love you till my last breath Falia Hani" ujar Amsyar sayu.

"Kenapa dengan awak ni? Ni bukan Amsyar yang saya kenal" Hani tidak membalas kenyataan Amsyar sebaliknya mempersoalkan dengan perangai Amsyar sekarang. Ya Amsyar yang dia kenal dahulu tidak seperti ini, yang bermulut manis.

"Tunggu saya, jangan pernah lupakan saya Lia" selangkah demi selangkah kakinya melangkah meninggalkan Hani.

"Am nak pergi mana? AMSYAR HAZIQ JANGAN TINGGALKAN LIA!" jerit Hani. Laju kakinya mengejar Amsyar namun semakin lama bayangan Amsyar sudah tidak kelihatan lagi.

"AMSYAR!" jerit Hani dan kali ini lebih jelas jeritannya.

'Allah, mimpi ini lagi' monolog Hani. Namun kali ini mimpu itu lebih jelas. Dahulu dia hanya bermimpi dimana dia melihat sosok tubuh Amsyar di tepi pantai dan acap kali dia mahu menegur Amsyar, Hani terjaga dari mimpi itu. Dan saat mimpi itu semakin jelas Hani yakin bahawa....

"Aku yakin Amsyar masih hidup"

🌸🌸🌸

"ada apa-apa update tentang moonlight?"

"Kami dah try contact moonlight tapi moonlight tak bagi respon. what should we do?" kata Ryan. jujur ini adalah kali pertama syarikat itu ditolak atau tiada sebarang jawapan yang diberikan sejak syarikat itu dibangunkan.

Siapa sahaja yang tidak kenal Hazfive Co. Syarikat itu tidaklah sebesar mana namun dengan kehebatan lima sekawan itu mereka mampu menempah nama di negara sendiri. Nama Hazfive ni merupakan gabungan nama Haufan (Haz)za dan terdiri daripada lima orang yang bersusah payah menubuhkan syarikat itu.

"hmmmm kita terpaksa guna plan B" kata Haufan. Ikutkan hati dia tidak mahu menggunakan plan B sebab itu merupakan kesalahan undang-undang walaupun dia melakukannya dengan niat yang baik dan Haufan boleh saja pilih orang lain untuk jadi ambassador tapi moonlight telah mencabar dirinya secara tidak langsung. Siapa moonlight ini sampai berani menolak mereka.

"yaaa aku pun rasa begitu. dah takda jalan lain lagi." Ujar Daus pula, menyokong pendapat Haufan. Tidak sabar rasanya untuk melihat rupa sebenar moonlight.

Suara HatiWhere stories live. Discover now