Mikayla Wardihah termenung sendiri. Terlakar senyuman manis di bibirnya setelah membaca pesanan ringkas itu. Hatinya mula berbunga riang.
Auch! Encik tunang hantar mesej berbunga laa. Hati perempuan mana yang tidak cair. Berulang-ulang dia membaca isi pesanan ringkas itu. Tidak sabar mahu mengenali si tunang misteri itu dengan lebih rapat.
"Assalamulaikum, Kayla. Awak apa kabar? Sihat? Saya harap awak sentiasa sihat dan sentiasa dalam jagaannya. Jaga mata dan hati awak untuk saya kerana saya selalu jaga hati dan mata saya untuk awak. Selamat bertemu hujung minggu nanti. Saya harap awak dapat menerima saya seikhlas hati awak.
Salam perkenalan dari tunang mu,
HR...
Dalia yang berada di meja belajar sebelah kiri itu khusyuk mengulangkaji pelajaran tanpa menyedari kawan baiknya itu sudah berangan hingga ke bulan.
Klak!
Pintu bilik dibuka kasar dari luar. 4 pasang mata terarah ke muka pintu itu.
"Korang-korang, tengok nii..super senior kita nak datang minggu depan..yeah! Tak sabar aku nak jumpa dia." Jerit Mira sambil melompat-lompat memberitahu kawan-kawannya kehadiran super senior fakulti kolej mereka, Haqif Rayyan. Berita kampus yang baru saja tersiar itu ditunjuk pada Dalia dan Kayla dengan perasaan teruja.
"Yer ke wei? Wah..seronok nya..tak sabar nak tengok abang Haqif. Auch!" Sambut pula Dalia sambil menepuk tangan. Teruja. Siapa tak teruja untuk bertemu lelaki hebat, kacak dan idaman semua perempuan di kampus itu. Untung-untung boleh jadi kekasih hati. Ghehehe. Dalia sudah berangan jauh.
Lain pula respon yang diterima daripada Mikayla Wardihah. Gadis cantik dan manis itu hanya mencebik. Tak berminat. Datanglah beribu lelaki yang kacak dan hebat pun, cinta dan setianya hanya pada tunang dia saja. Tunang yang dirahsiakan identitinya oleh keluarganya. Dia tidak kenal siapa tunang misteri dia itu. Mereka akan berjumpa pertama kali pada makan malam hujung minggu nanti bersama keluarga masing-masing.
"Siapa tu? Aku kenal ke?" Soal Kayla dengan nada acuh tak acuh saja sambil menjongketkan kening.
"SERIUS KAU TAK KENAL!?" Lantang Mira dan Dalia menjerit dengan muka terkejut. Bulat mata mereka berdua. Kayla ni biar betul?!
Kayla tak kenal siapa super senior kampus kita?
"Kau tak kenal super senior fakulti kita? Super senior Haqif Rayyan?!" Soal Mira lagi.
"Yer..tak kenal, tak nak kenal dan tak penting. Aku dah ade cik tunang hehehhe." Jawab Kayla dengan sengihan tak bersalah. Bangga dengan status dan kewujudan tunang misterinya.
"Untung laa..encik tunang yang seminggu sekali hantar chat tapi tak pernah berjumpa dan kenal kan..misteri sangat..aku harap dia kacak macam super senior kita tu." Ucap Dalia. Teruja juga mahu mengenali tunang kawan baiknya itu. Kacak ke tak? Baik ke tak? Harap-harap secocok dengan kawannya yang cantik dan baik hati itu.
"Aamiin..aku harap mulut kau masin. Ghehehe." Kayla tersenyum malu. Dia juga tidak sabar mahu mengenali tunangnya itu.
"Ceh-ceh..malu-malu kucing pulak dia. Geli aku. Aku rasa nak muntah hijau je. Baldi! Mana baldi?" Seloroh Mira. Sengaja mahu mengusik Kayla yang pipinya sudah bertukar merah seperti tomato itu.
.
.
Kring! Kring!
Bunyi nada dering alarm pada iphone milik Kayla berbunyi dengan kuat. Kayla terjaga dari lenanya. Dikerling pada skrin iphonenya, terpapar jam 8.10 pagi. Matanya terbeliak besar.
YOU ARE READING
Himpunan Ceritera Pendek
RomanceHimpunan ceritera pendek yang pelbagai tajuk. Jemput baca dan komen yer. Harap sudi baca karya saya ini.