ㅡ sebelas

1.4K 192 59
                                        

" Papa dah tak marah Qeef kan ? Qeef tahu , Qeef kan comel

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

" Papa dah tak marah Qeef kan ? Qeef tahu , Qeef kan comel . Papa tak boleh nak marah Qeef "

Selamba anak kecil itu bercakap , garfu dan sudu dimainnya sementara menunggu aku menghidangkan makanan untuk bersahur .

" Kalau Qeef itu comel sangat , Qeef baca niat puasa . Papa nak dengar " ujar Jimin sambil berpeluk tubuh .

Comel je bergaduh dengan budak - budak .

Bila Jimin peluk tubuh , Qeef ikut sama siap silangkan kaki dia . Bibirnya muncung sedepa sebelum dia mengomel lagi , " Papa ini kan main tipu ah . Tahulah Qeef masih tak hafal niat puasa . Dengan budak kecil pun taknak beralah . Papa itu dah besar , dah kahwin dengan mama , dah ada Qeef masih juga nak menang . Ego betul , bukan boleh bawa pergi mana - mana pun "

Dekah teruk aku dengar omelan Qeef ditambah lagi dengan wajah masam mencuka Jimin .

Nasiblah dapat anak petah bercakap macam Qeef .

ramadan with qeem & qeef | pjm Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang