"Weh,Am bangun dah subuh ni bangun cepat" bahu Amran ditepuk-tepuk.
"Kau pergila dulu,nanti aku datang" selimutnya ditarik semula hingga menutup leher.Yusuf mula mendekatkan bibirnya ke telinga Amran.
"Wahai sahabatku andai suatu hari aku pergi meninggalkan bumi ini,kau carilah penggantiku untuk mengejutmu solat sebelum malaikat maut yang mengejutkanmu"."Ishhh Yusuf apa kau ni haa ya aku nak bangun ni" langkahnya diatur mamai.
"Hahahahah tahu takut.Aku kejut sebab aku sayang kau tau Am" Yusuf tersenyum.
"Ya tahuuu em I love you 3000" Amran memberi flying kiss sambil mengenyitkan mata.
Yusuf menangkap flying kiss dengan lagak seperti goalkeeper.Ei gelila Amran ni takpela brotherhood katanya jadi terima saja la.Sudah pertengahan penggal 2 di sekolah ini sebagai pelajar tingkatan 6.Tidak pernah aku sangka yang aku sanggup bertahan di sekolah ini sejak aku tingkatan 1. Di sini la bermulanya susah dan senang aku menempuhi hari demi hari tanpa kedua ibu bapa kandung.Tapi aku selalu bersyukur kerana mempunyai ibu bapa angkat dan Amran yang sentiasa memberi sokongan dan tempat aku berteduh kasih sayang.
Keputusan aku untuk masuk ke tingkatan 6 bukanlah satu keputusan yang mudah kerana peluang aku amat luas.Tapi pelajar straight A's seperti aku ini pasti tiada yang sudi berkawan dengan aku walaupun mendapat banyak tawaran belajar.Sejak kecil lagi gelaran anak pungut sudah melekat pada aku dan itu yang membuatkan aku tidak berani mengenali orang baru dalam hidup aku lagi.
Oleh kerana keluarga kandung aku asalnya orang cina jadi ayah dan ibu menamakan aku Yusuf Liu sewaktu menemukan aku di depan rumahnya.Aku sangat bersyukur dapat membesar dengan ibu bapa yang tidak pernah letih mendidik dan membentuk aku menjadi insan yang berguna.
"Weh Yusuf tengok tu weh tengok tu" lamunan Yusuf terganggu.
"Apa dia kau ni"
"Tu haaa tengok Sarah tu comel la dia pakai ikan bawal la pulak hari ni"
Yusuf memukul bahu Amran dengan bukunya.
"Sedap mulut kau je cakap ikan bawal tu tudung dia.Nanti aku bagitahu dia baru tahu" Yusuf mengacah di pagi hari.
"Jangan laaaa aku dahla minat kat dia dari hari orientasi lagi" mata Amran sengaja dikebil-kebilkan."Amran kau dah siap ke yang aku suruh tu" tanya Sarah sambil membetulkan tudungnya.
"Ohhh dah siap dah nanti aku bagi kau" Amran tunjuk ibu jari tanda good.
"Sarah tadi kan Am.. em erk" belum sempat Yusuf habiskan ayatnya Amran dah cekup mulutnya dulu.Sarah menunjukkan muka pelik dan menyuruh Amran melepaskan Yusuf.
"Tadi Amran ajak rehat kat tempat biasa nanti sebab kau kan asik sibuk je lately ni" Yusuf memberi pandangan tajam pada Amran kerana mencekup mulutnya.
"Tengokla dulu kalau aku rajin nak rehat"
Sarah melambaikan tangan dan masuk ke kelas sebelah kelas mereka berdua.
******"Audra tangkap pen ni"
"Audra nah buku kau"
"Tepi sikit korang,Audra terima kasih tau kalkulator"
"Weh Audra ambik ni minyak angin kau"Situasi yang sudah biasa dilihat oleh pelajar-pelajar 5Acc 2. Mereka seperti melihat perlawanan bola baling di dalam kelas sendiri setiap hari.Kebanyakkan pelajar lelaki hanya mampu menggelengkan kepala kerana aksi baling-membaling dari depan ke belakang kemudian belakang ke depan kadang-kadang ke tepi pon ada.Kena la terima hakikat kalau ada best player volleyball dalam kelas kau si Audra Safiah bt Luqman and the gang.
Bukan saja perform dalam gelanggang tapi perform jugak kat akademik. That's why most of the teacher tak heran kalau Audra tak ada dalam kelas.She is a genius gurl. Okey nanti dekat dah nak exam akan dikongsikan tips Audra boleh perform dua-dua ni.Macam tu jugak Aizat Safwan iaitu adik kepada Audra.
Dari segi luaran, Aizat memang nampak riak dengan muka dah siap tu tetapi hakikatnya dia hanya la insan yang introvert.Dia pernah ditawarkan kelas sains tulen dulu, mentah-mentah dia tolak sebab sains sangat jauh daripada gaya hidupnya.Aizat lebih kepada penulisan sehingga dia terpaksa merayu untuk masuk ke kelas perdagangan.Di kelas perdagangan sekarang ini lah namanya mula diangkat di kalangan cikgu-cikgu bahasa Melayu.Tapi kena stay humble.
Audra melentokkan kepala di bahu Nisa sambil megusap-usap tangannya.
"Heyyo what do you want ?" Nisa menolak kepala Audra.
"Eheheheh Nisa emm nanti aku dah kena start training emm boleh tak kau.."
"Kalau kau tak cakap pon aku tolong. Ya nanti macam biasa lepas balik sekolah aku terus bagi kau list homework" Nisa langsung tak toleh ke Audra semasa dia cakap."Nisaaaaaaa aku sayang kau weh kau lah the one and only deskmate aku yang paling memahami" Audra terus memeluk Nisa dengan sengaja untuk tarik perhatian dia daripada membaca buku teks Sejarah tingkatan 5.
"Ish tepi-tepi tapi kau kena belanja aku pizza sebab nanti aku sunyi duduk kat sini sorang-sorang takde orang nak ajak gaduh" tangan Audra dirungkaikan kerana rimas."No hal small matter i love you 3000.Nanti aku free je kita pergi shopping okey"
"Are you serious Audraaaaa?" Nisa tak mampu lagi menahan keterujaannya.
"Yes i am! Nanti aku belanja kau satu barang yang kau nak beli kau cakap je" teriakan mereka berdua kerana teruja membuatkan semua orang di dalam kelas itu seperti ingin memulakan perang dunia 4.Jam telah menunjukkan pukul 1:30 petang.
Hari itu Audra dan Aizat kena balik awal kerana mereka perlu mengambil adik bongsu mereka di sekolah.
Tanggungjawab ini sudah sebati dengan Audra sejak dia berusia 15 tahun dek kerana kedua ibu bapanya menjalankan sebuah perniagaan buku untuk kanak-kanak.Jadi mereka terpaksa ditinggalkan atas faktor kerja and be more independence day by day.Tetapi tak mengapa masih ada Cik Yah yang setia menemani.
"Angahhhh , Yayaaaa turun cepat makan dulu ni" sebagai kakak sulung sudah tentu Audra kena memastikan Aizat dan Alissa dijaga dengan rapi.
"Along nanti ajarkan yaya sains" Alissa mengomel sebelum makan.
Audra menepuk dahinya perlahan kerana perlu mengajar subjek yang tidak dia gemari."Okey nanti lepas solat along ajarkan" senyum kambing terpaksa ditunjukkan.
"Takpe nanti angah ajar sebab hari ni angah tak ada kerja sekolah" Aizat ikhlas korbankan rancangannya bermain bola petang tu apabila dia terlihat senarai kerja sekolah Audra sehingga dua muka surat.
"Betul ke ni angah yeyy" Alissa riang.
"Terima kasih banyak angah" segaris senyuman terbentuk di bibir Audra menandakan kelegaan dalam hatinya."Audra tadi ada posmen hantar barang untuk Audra.Cik Yah letak kat meja depan" Cik Yah menunjukkan tempat bungkusan itu diletakkan.
"Ohh orite terima kasih" Audra bergegas setelah selesai basuh pinggan.Emmm siapa bagi ni? Aku tak ada beli barang pon rasanya. Mama ngan abah yang post ke ni? Apa eh agak-agaknya ?
Muka Audra sangat teruja tetapi berkerut apabila dia melihat isi dalam bungkusan itu ialah sebuah planner dan sebuah buku puisi bertajuk Milk & Honey yang ditulis oleh Rupi Kaur.Siapa yang bagi untuk aku ni? Ehh ada surat.
*pergi check gambar background*
Muhd Fairuz? Muhd Faiz?
Muhd Faris? Maisarah?
Mawar?Ughh okey i will think about it later but now homework first.
YOU ARE READING
Your First Love
FantasyCerita ni cuma keluar bila tiba2 imaginasi aku datang. Enjoy this love story and support aku tau.TQ