Setia itu mahal .
Cinta ?
Dua bende tu dah tak bermakna bila lelaki yang dicintai Mika khawin dengan perempuan lain. Takdir menentukan dia bersama dengan rakan sekerjanya. Bukan lelaki itu.
Rahsia yang disimpan Mika terbongkar membuatkan Amir benci...
Cerita ini tiada kena mengena dengan orang yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Jalan cerita daripada admin sendiri dan direka semata-mata.
********
Hujan gerimis yang turun pagi itu membuat sesiapa sahaja terasa mahu kembali tidur ditambah dengan angin sejuk.
Berlainan dengan suasana di balai bomba yang terletak di kota metropolitan itu,para anggotanya menikmati waktu terluang pagi itu. Sepatutnya pagi ni diorang kena mesin rumput tapi sebab hujan,terpaksa dibatalkan dan tunda ke hari esok.
"Ni donut dah siap dah ni. Meh makan. Ada teh panas lagi ni Alex buat." Firdaus yang muncul dari dapur bersama Alex dengan dua pinggan donut menarik perhatian anggota bomba yang lain.
"Makan dekat dalam situ lah." Hakimi terus keluar dari bilik kawalan bila dengar Daus cakap donut dah siap. Dia menunjuk ke arah bilik rehat anggota lelaki. Lapar senanya.
Firdaus menggangguk kecil. Pintu bilik rehat lelaki ditolak menggunakan kaki kanan.
"Waaa breakfest dah siap. Jom makannn." Izzat yang seronok baring di atas sofa sambil main game terus bangun. Semangat bila makanan dah siap. Untung ada member laki yang pandai masak.
"Makan. Makan."
Amir terus mencapai sebiji donut buatan Firdaus. Well,setakat ni masakan Firdaus tak pernah mengecewakan. Lagipun, antara diorang semua,Firdaus je yang pandai masak.
Dekat balai tu semua anggota nya lelaki. So,bila ada sorang anggota lelaki yang pandai masak,kena manfaatkan sebaiknya.
"Ada dengar tak yang ada sorang pegawai bomba ni nanti join kita dekat balai ni?" Soal Izzat tiba-tiba.
"Tak de. Siapa bagitau?" Amir memandang Izzat tapi tangan dia masih 'sibuk' suap donut dalam mulut sendiri.
"Ni semalam aku dengar Haji Din cakap." Jawab Izzat. Semalam masa dekat bilik kawalan,dia dengar Haji Din cakap dekat Wadi. Tu yang dia tanya diorang semua. Mana tau kalau diorang pun tau.
"Encik Din tak de bagitau pun. Nanti-nanti lah tu dia habaq kat kita." Firdaus mencelah laju.
"Perempuan laki? Ganti Ciklin ke?" Soal Hakimi atau Kimie,anggota paling tinggi di balai itu. Tinggi plus putih macam orang cina.
"Tak tau. Aku cuma dengar ada anggota baru. Tu jeeeee."
Dalam masa yang sama,sebuah kereta Honda Civic putih memasuki perkarangan balai. Dengan pantas,kereta terus diparkingkan di tempat parking kereta.
Rambut yang diikat dibetulkan dengan bantuan cermin. Dasboard kereta dibuka dan mask hitam dicapai.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Nak korang tau macam ni gaya rambut dia :)
Gadis berbaju kemeja jeans biru pekat yang dipadankan dengan seluar jeans dari warna yang sama tersenyum di sebalik mask yang dipakai.
Dia melangkah ke arah dalam balai. Cermin kecil pada dinding menyakinkan dia bahawa itu pasti bilik kawalan.
"Err hello?"
Azlan yang sibuk menulis laporan mengangkat muka memandang ke arah suara itu. " Ya saya. Cik siapa?"
"Saya Syirah. Nak tanya boleh?" Nama pendek atau nama samaran diberi kerana identiti diri yang mahu dirahsiakan.
"Tanya apa ye cik Syirah?" Dengan ramah,Azlan bertanya kembali.
"Pejabat dekat mana ya? Saya nak jumpa dengan ketua balai ni. Dia ada?" Secara direct Syirah terus bagitau tujuan dia. Malas nak berlama-lama dekat situ.
"Ada apa nak jumpa dengan ketua balai ni? Maaf lah banyak bertanya tapi orang awam memang tak boleh masuk tanpa tujuan cik." Terang Azlan lembut. Takut ada yang melenting jap lagi. Syirah senyum kecil disebalik topeng muka yang dipakai.
"Saya ada hal penting nak jumpa dia. Dia kenal saya."
"Kejap. Saya call dia dulu."
Syirah kembali berdiri tegak memandang sekitar balai sementara menunggu pegawai bomba bertugas tu buat panggilan ke pejabat.
"Aduhai lecehnya..."
"Cik Syirah?"
"Ya saya."
"Cik Syirah boleh naik jumpa dia. Sekejap saya panggilkan orang tunjukkan jalan." Azlan bangun dan menuju ke arah pintu. Bilik kawalan berdepan dengan bilik rehat lelaki. Pintu bilik itu dipulas.
"Sedap korang mencekik dekat sini eh?" Azlan memandang kawan yang lain 'berseronok' memandangkan hujan renyai-renyai ni.
"Nak makan tak? Sini lah." Pelawa Alex. Azlan menggeleng perlahan." Tak pe. Aku dah makan yang lain dekat bilik kawalan."
"Dah tu kenapa ke sini?" Potong Amir laju.
"Siapa sukarela nak tunjuk jalan dekat cik adik dekat luar tu?" Tak mahu buat gadis itu menunggu lama,Azlan terus memberitahu hal sebenar.
"Siapa?"
"Orang. Cepatlah. Izzat dengan Amir air batu burung siapa kalah dia tunjuk jalan pergi pejabat." Amir memandang Azlan tak puas hati. Kenapa nama dia yang dipetik? Orang lain kan ada.
"Aku mesti menang. Jom zat." Amir dengan semangat memandang Izzat. Izzat menggangguk.
Syirah mengangkat muka. Sementara tunggu Azlan,dia tengok talefon jap. "Ni Amir. Dia akan bawak cik Syirah terus ke pejabat ketua balai ni."
Amir memandang Azlan kecik besar kecik besar je. Memang nak kena si Azlan ni.
"Ohh okey."
"Jom cik. Ikut saya."
Amir berjalan di hadapan diikuti Syirah dibelakang. Sampai di depan pejabat ketua balai, Amir memandang Syirah.
"Ni pejabat dia. Saya pergi dulu."
"Terima kasih Amir." Syirah senyum kepada Amir disebalik mask namun Amir dapat menangkap mata Syirah yang seakan menunjukkan dirinya tersenyum. Amir mengganguk dan berlalu pergi.
Syirah memandang Amir dari belakang sekilas. Dia mengetuk pintu. Setelah mendapat balasan,dirinya terus masuk ke dalam pejabat ketua balai.
🔥💦
.
.
.
Don't forget to vote,comment guy's. Kalau boleh follow lah sekali heee😁😂nanti saya followback semula.