PERMULAAN

239 37 3
                                    

Sinar cahaya mula memasuki jendela kamarku. Semuanya disebabkan langsir yang sedikit terbuka membenarkan ia untuk masuk. Pagi yang cerah menyinari hari, namun aku tetap tidak dapat membuatkan hatiku melonjak gembira.

Segera aku bangun dari katilku. Aku merengangkan badan dan melakukan senaman pagi. Ah, leganya. Keluhan berat dilepaskan. Bosan nak pergi sekolah. Tak ada perkara yang menarik pun boleh dibuat.

"Eunji-ya, kamu dah bangun ke?" Laung emakku dari tingkat bawah memastikan anaknya sudah bangun dari tidur. Aku menjerit kembali menjawab soalannya.

Segera aku bersiap untuk ke sekolah dan turun ke bawah. Emak sedang tergesa-gesa menyiapkan sarapan untuk aku. Dari jauh, tengok macam emak sudah bersiap untuk pergi ke kerja.

Segera aku duduk di meja makan untuk menyantap makanan. Baru sahaja aku ingin menyuap masuk ke mulut, kata-kata emak memberhentikan aku.

"Harini mak mungkin balik lambat sikit sebab ada mesyuarat penting dekat pejabat. Jadi mak nak kamu kemas rumah, basuh baju, buat la apa yang patut dan perkara penting. Siapkan kerja sekolah sebelum kamu masuk tidur. Faham," ujar ibuku panjang lebar.

Puan Jiyeon, yang merupakan suri rumah dan pekerja pejabat yang berjaya. Walaupun umurnya sudah lanjut 40 tahun, namun dia masih meneruskan kerjayanya. Sanhat sibuk sehingga tiada masa untuk melayan anak-anaknya.

Aku diam sehingga satu bunyi pun tidak dikeluarkan. Faham sangat dengan perangai mak aku. Sudah lali jika dikatakan begini setiap hari. Boleh hafal juga dialognya.

Selesai makan aku terus meminta diri untuk pergi ke sekolah. Pergi ke sekolah dengan berjalan kaki, siapa je nak berkawan dengan orang bermuka hodoh ni?

..........

Tiba saja di sekolah, aku terus duduk di tempatku. Seperti biasa di sekolah ketika ketiadaan guru, riuh-rendah kelas di buatnya. Kelas aku merupakan kelas 5A1 merupakan kelas pertama dari 5 kelas yang lain.

Tiba-tiba pintu kelas dibuka, susuk tubuh guru kelasku masuk ke dalam kelas. Kelas yang dipenuhi dengan gelak ketawa terus menjadi senyap. Senakal-nakal mereka, mereka tetap hormat kepada guru.

"Selamat pagi semua...," ucap guru kelas kepada semua pelajar dia ataupun dikenali sebagai Cikgu Kim.

"Selamat pagi cikgu...," balas kami sebagai anak murid.

"Harini, kita ada pelajar baharu. Mari masuk ke dalam...," ujar cikgu Kim kepada pelajar tersebut. Apabila masuk sahaja semua pelajar perempuan mula berbisik antara satu sama lain. Pantang nampak lelaki kacak, mulalah mengeletis.

Dia mula memperkenalkan dirinya, namun aku tidak mengambil kisah tentangnya. Segera aku memakai earphone dan memasang lagu. Mata aku pula ralit membaca buku.

"Baiklah tempat duduk kamu ada di sana, kamu boleh duduk. Jadi itu sahaja, sementara menunggu guru matapelajaran kamu sampai, buatlah kerja kamu..." Segera cikgu Kim keluar dari kelas.

Pelajar itu mula mengambil tempat duduknya yang berada di hujung belakang di bahagian pintu. Jauh dari tempat dudukku yang duduk di hujung tepi tingkap menghadap padang sekolah. Kelas kembali riuh dengan kehadiran pelajar baru itu.

Namun, aku sedikit pun tidak mengendahkannya. Lebih baik buat kerja sendiri.

.........

Selepas tamat waktu persekolahan, aku ke perpustakaan untuk meminjam buku. Ya, aku seorang yang gemar membaca buku. Disebabkan itu juga orang memanggil nerda.

Fesyen dan gaya rambut aku tidak sesuai dengan masa kini membuatkan orang tidak ramai maju berkawan dengan aku. Serik nak berkawan dengan orang lain ni.

"Eunji-ya." Terdengar seorang lelaki datang berbisik pada telinga aku membuatkan aku terkejut. Lantas aku berpusing ke belakang melihat siapakah dia.

"Hai, hihi!" Dia tergelak kecil sambil menampakkan gigi sebaris putih.

"Ouh, Ji Hoon. Ye ada apa?" Segera aku bertanyakan soalan padanya. Rimas bila hanya berdua aku dengan dia. Ya, walaupun dengan sahabat karib aku sendiri. Bukan aku tak suka, cuma tidak gemar jadi bualan ramai.

"Aku nak tanya, petang ni kau free tak?" soal dia padaku.

"Tak, mak aku tak ada dekat rumah. Aku kena kemas rumah sebelum dia balik." Terus aku berkata padanya tanpa kiasan. Segera aku keluar dari perpustakaan.

Dia pula berlari ke arah aku sambil memujuk.

"Alah, kau ni! Jom lah! Sejak kebelakangan ni jarang kau nak keluar dengan aku." Dia membuat muka sedih tetapi hatiku aku langsung tidak terusik dengan kata-katanya.

"Hmm...." Hanya itu yang dikeluarkan oleh aku. Malas hendak melayannya. Mata aku dikerling ke atas dan langkah dipercepatkan. Dia masih lagi mengekori aku.

"Eh, Eunji! Jaga-jaga!" jerit Ji Hoon memberi amaran padaku. Aku segera memandang ke hadapan terlihat sekumpulan pelajar lelaki berlari tanpa pandang ke hadapan merempuh aku sehingga aku terjatuh.

Ditambah pula dekat bonus hentakkan di kepala membuatkan kepala aku lagi berdenyut-denyut. Mata aku berpinar-pinar. Nampak bayangan Ji Hoon mendekati aku dan terdengar nama aku dipanggil.

Tiba-tiba, pandangan aku semakin kelam dan aku terbuai dalam kegelapan. Beberapa minit kemudian, aku cuba membuka mata aku. Cahaya terang menyukarkan mata untuk membiasakan diri.

Aku terkejut dengan diri aku. Aku segera memandang sekeliling. Aku dekat mana ni!

Bersambung.

Shh... It's A Secret !Where stories live. Discover now