SECRET 5 : Berjumpa dia..

108 23 2
                                    

Kami berdua tiba di rumahnya. Saiz rumahnya agak kecil dan seperti usang. Mungkin disebabkan dia tinggal seorang diri. Tak mustahil boleh kotor macamni. Biasalah lelaki.

"Betul ke ni rumah dia?" tanya aku kepada Ji Hoon. Gila ke rumah macam rumah hantu. Nak aku masuk. Mahu tak keluar-keluar aku nanti. Ji Hoon hanya berdiam diri.

Ha sudah, kena rasuk ke mamat ni.

"Hello? Ada orang dekat dalam tak?" Jerit Ji Hoon di luar rumah. Macam manalah aku boleh sampai dekat sini dengan dia.

Flashback.

"Teman aku kejap, jumpa budak baru tu. Aku nak tanya dia tentang sesuatu," ujar Ji Hoon padaku.

"Kenapa pula nak jumpa dia?"

"Aku nak lawat dialah. Aku dengar dia tinggal seorang diri. Saja nak tanya kenapa tak datang. Tak boleh ke?" Itu je ke alasan dia nak jumpa budak baru tu? Seriuslah.

"Setakat itu je baik tak perlu." Kemudian aku terfikir sesuatu. Ada bagus juga kalau aku tanya dia pasal mimpi tu. Kalau dia tak tahu, maknanya betullah itu mimpi.

"Ish, yelah-yelah!"

End of Flashback.

"Hello? Hello? Hello! Hello! Hello!" - [BTS ( War of Hormone )] gurau Ji Hoon ketika itu juga. Aku terus menepuk bahunya memberhentikan kelakuannya.

Tiba-tiba pintu di hadapan aku terbuka dengan sendiri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tiba-tiba pintu di hadapan aku terbuka dengan sendiri. Bunyi rel pintu yang berkarat kedengaran. Berapa lama lah tak basuh. Suasana di dalam rumah tersebut gelap gelita. Sampai tidak perasan bahawa ada seseorang sedang berdiri di hadapan pintu.

"Hello, ada orang tak?" soal aku.

"Aku ada dekat pintu ni..." jawap seorang lelaki yang berdiri di hadapan pintu. Maaf tak nampak gelap sangat.

 Maaf tak nampak gelap sangat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Masuk lah dulu..." jemput dia menyuruh kami masuk ke dalam rumahnya. Apa yang pelik dekat luar macam rumah lepas kena tempias dengan ribut taufan tapi lepas masuk dalam rumah, cantik dia macam rumah Dato Datin.

"Silakan duduk..." Kami berdua pun melabuhkan punggung ke sifa empuknya.

"Saya Eunji, kawan Ji Hoon dan Kita rakan sekelas..." Aku memperkenalkan diri aku padanya.

"Aku dah tahu semua tu. Ada apa sebab datang?" tanya Wonwoo segera.

"Ni, si Ji Hoon ni nak tanya sesuatu." Aku terus menepuk bahunya. Ji Hoon terus memandang mukaku. Tadi kata nak tanya sangat, cepatlah tanya. Dan Ji Hoon dan Wonwoo pun berbuallah tentang hal mereka.

Aku hanya duduk di tepinya hanya menunggu sahaja perbualan mereka tamat. Sementara itu, akal fikiran aku ligat berfikir tentang bagaimana Wonwoo ini hadir dan apa yang cuba dia maksudkan itu.

"Apa yang awak tengah fikir tu Eunji?" Pertanyaan Wonwoo menghapuskan lamunanku.

"Ye, apa?" soal aku semula padanya.

"Saya rasa, saya tahu awak nak tanya apa..." Aku memandangnya dengan riak terkejut. Macam mana dia tahu?

"Tentang mimpi awak kan?..."

"Macam mana awak tahu?"

"Tak semuanya awak boleh rahsiakan Eunji." Dia terus mengambil air yang dia hidangkan dan terus dihirup.

"Jadi, betullah itu bukan mimpi..."

"Mungkin?"

"Saya mahukan penjelasan..." Aku dah tak boleh tahan. Aku nak tahu juga sebabnya.

"Apa yang awak alami sekarang ini dipanggil 'Sleep Split Time' di mana apabila awak jatuh otak awak bergegar dan menghasilkan frekuensi yang tinggi menyebabkan otak awak membawa diri awak ke dimensi yang diciptakan oleh awak sendiri," jelas Wonwoo panjang lebar.

"Tapi apa yang buatkan saya tertanya, saya tak tahu bagaimana otak saya boleh menghasilkan frekuensi yang sama dengan awak."

"Saya masih tak faham," ujar aku padanya.

"Tak perlu faham, cuma awak perlu alami perkara ini. Saya akan tunjukkan."

Terdengar bunyi tapak kaki menghampiri kami berdua dari belakang. Cepat-cepat kami berdua berpusing. Terdapat seorang lelaki memegang kayu menghentam ke arah Ji Hoon.

"Ji Hoon!" Aku yang ingin ke arahnya tetapi dipengang dan ditarik kuat sehingga aku terjatuh dan kepala aku terhantuk pada dinding.

Mata aku kelihatan kabur, terlihat dua bayang jejaka di hadapan aku. Nampaknya dia tidak tinggal berseorangan...

Bersambung.

P/S : Thanks korang sebab baca , walaupun slow update❤️ btw jangan percaya teori sains tadi tak betul tu fiksyen je HAHAHAHHA jangan lupa vote😍

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 09, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Shh... It's A Secret !Where stories live. Discover now