SECRET 1 : Dimanakah Aku?

175 34 4
                                    

Aku ada dekat mana ni? Kali terakhir aku ingat kepala aku terhantuk dekat jalan sebab kena langgar dengan budak lelaki tapi macam mana aku boleh ada dekat sini? Aku memadang sekeliling.

Sekarang aku berada di kelas aku. Tadi semua mimpi ke? Yang aku pelik, hiasan kelas aku lain daripada kelas ni. Mata aku ralit memandang sekeliling. Ya, begitu juga dengan rakan kelasku yang lain.

Aku tak kenal pun siapa mereka. Mungkin aku dah tak betul agaknya. Sah! Aku dah tak betul. Aku mengetuk kepala aku dengan buku supaya aku bangkit dari mimpi tapi sakit yang aku dapat. Rakan kelasku yang lain semua sedang memerhatikan aku.

Aku membuatkan membuat muka bodoh sahaja, tidak perlu layan mereka semua. Yang pasti aku keluar dari mimpi ni.

KRING...

Loceng sekolah berbunyi menandakan waktu rehat sudah bermula. Ramai orang mula berpusu-pusu keluar untuk ke kafe. Aku yang mula hendak bergerak ke kantin terkejut apabila terdapat seorang perempuan menahan aku.

"Yuna-ya, jom rehat sekali!" ujarnya dengan penuh teruja sambil tersenyum padaku. Aku membuat muka padanya. Tak faham, aku Eunji bukan Yuna.

"Sorry aku rasa kau dah salah orang ni...," kataku langsung bergerak dari situ tapi lengan aku dirangkul dan dahi aku dijentik oleh dia. Aku mengaduh kesakitan.

"Dah tak betul agaknya kau ni. Nama sendiri pun takkan tak ingat?" ujar dia bersahaja. Aku masih bingung.

"Kejap, kau siapa eh?"

"Takkan tak kenal kawan kau sendiri? Kau ni demam ke?" Terus dia meletakkan belakang tapak tangannya ke dahi ku.

"Tak demam pula."

"Ish, bagitahu jelah!" Aku rimas dengan dia lalu aku berkata lepas.

"Aku Naeun! Kawan baik kau lah!" Ha? Aku tak kenal. Aku tak ada kawan nama Naeun lah.

"Dah jom, kita pergi kafe! Aku dah lapar!" Tangan aku terus ditarik olehnya membawa aku terus ke kafe.

..........

Tiba sahaja di kafeteria, semua orang di sana memandang aku. Tahulah aku ni buruk, yang sibuk pandang-pandang kenapa? Cungkil biji mata nanti buta terus. Tak paham, orang buruk pun ada orang suka ke?

Banyak perkara yang aku tak faham jadi dekat aku sebenarnya. Pertama, nama aku Eunji. Dah kenapa orang panggil aku Yuna pula. Kedua, tadi aku ingat aku jatuh dekat luar kawasan sekolah. Dah tiba-tiba pula aku terpacul dekat sini.

Yang ketiga, dah kenapa pula semua mata pandang aku.

"Apa pandang-pandang!" Suara aku bergema di satu kafeteria. Mereka kembali buat kerja mereka semula. Baru kau tahu. Dengan tak semena-mena aku dipukul oleh Naeun.

"Kau ni kenapa? Buang tebiat?" Marah dia pada aku. Dah dia orang tengok aku macam nak terkam siapa je tak rimas.

"Pelik lah orang pandang-pandang aku," ujar aku padanya. Dia juga memberikan respon yang sama.

"Dah tu selama ni kau okay je dengan dia orang. Kenapa hari ni tak?" Aku okay dengan dia orang. Aku garu kepala aku. Apa jadi sebenarnya ni? Aku nak balik.

Naeun segera membuka telefon pintar miliknya dan aplikasi instagram dibuka. Lalu, dia terus tunjuk dengan aku sebuah akaun instagram.

"300k!" jerit aku dan segera Naeun menutup mulutku supaya tidak menjadi tumpuan ramai. What? 300k. Dengan muka buruk pun jadi famous dalam sekelip mata. Aku berangan sekejap.

Aku rasa ni semua mimpi, hihihi. Kalau macam ni hari-hari kan seronok, bukannya selalu aku menjadi tumpuan ramai. Kemudian, aku teliti semula akuan instagram di telefon Naeun.

Cantiknya perempuan ni. Mempunyai kulit putih bak bunga lily juga mata yang bulat yang mampu menarik minat orang untuk mendekati dirinya. Mempunyai rambut yang lurus juga wajah yang amat cantik seperti model di majalah.

Fesyen dan gaya rambut? Jangan cakap. Semuanya sangat moden dan terlihat sangat bergaya. Memang patut pun pengikutnya sebanyak 300k. Alangkah, bagusnya aku pun cantik macam ni juga.

Eh, kejap? Kalau ni akaun instagram aku jadi maknanya.... Aku terkedu seketika lantas aku mengusap rambut aku. Panjang dan lurus. Tak mungkin....

"Naeun, aku ke tandas sekejap tau. Aku pergi dulu." Aku meminta izin lalu kaki aku cepat berlari ke tandas. Mujur aku seorang sahaja ketika itu. Aku melihat diriku di cermin.

Hah! Tak mungkin. Maksudnya yang aku puji tadi diri aku. Cantiknya aku! Patutlah semua pandang! Ahahaha! Cantiknya. Aku berangan seperti aku memakai baju yang cantik dan berpusing-pusing mengayakannya.

Aku tersenyum sendiri dan segera aku keluar dari tandas. Aku dah cantik, aku dah cantik. Hahaha! Ketika aku sedang berjalan tiba-tiba masa seakan menjadi perlahan dan ketika itu juga nampak pelajar lelaki yang aku pernah nampak.

Ini mimpi aku, tapi macam mana dia ada dekat sini? Aku segera berlari ke arahnya. Dia pula semakin hilang dari pandangan aku disebabkan aku terhalang dengan sekumpulan lelaki sedang berjalan. Eh, lelaki ni karang. Masa aku kena langgar pun sebab lelaki.

Terus aku melibaskan rambut aku kepada mereka dan terus mereka memberi laluan. Inilah kelebihan menjadi orang cantik. Orang akan buat apa sahaja. Hahaha! Eh, tak ada masa cepat!

Kemudian, aku sampai di belakang banggunan sekolah. Hati aku terdetik dia mesti berada di sini dan segera aku masuk ke dalam.

"Hello ada orang tak?" jeritku. Mungkin ada orang disini. Mungkin la tapi malangnya tiada sahutan. Aku segera menoleh ke belakang untuk keluar dari sini. Tetapi seorang muncul secara tiba-tiba dan mukanya seinci dari mukaku.

"Eunji..." Aku yang terkejut terus menjerit kuat.

"Argh!"

Bersambung.

Shh... It's A Secret !Where stories live. Discover now