『t w o

100 14 1
                                    


park chaeyoung

mataku meronta-ronta mencari kelibat anak jeon ni.

takdi bukan main cakap dah sampai ni batang hidung pun tak nampak.

jangan cakap dia tak datang sudah lah japgi aku baling teropah kang.

" ish! dah nak pukul 5 petang ni tak akan tak datang lagi tadi call cakap dah sampai lahanat la anak jeon ni. " bebelku sambil garu kepalaku tidak gatal.

nombornya aku tekan laju lalu letakkan ditelinga kananku.

dia tak datang sumpah aku cekik dia.

tutt-tutt

" hello rose? "

" kau kat mana bongok? "

" ouh! aku ada dekat area sini je aku tengah beli aiskream kau nak tak? "

" ish! cepat la, kau belanja aku aiskream special satu. "

" keyh, tunggu tau. "

" hm."

tutt-tutt.

telefon aku simpan di dalam beg semula.

hairan aku dibuatnya, sekala hari cuti ramai yang datang ini tak sorang pun tak ada dekat sini kecuali aku sorang.

padahal awal lagi baru pukul 5 petang memang pelik sangat waktu-waktu macam ni pasti ramai orang kan?

tapi tak ada orang langsung lalu dekat sini.

haish, makin fikir makin pelik jadinya.

kerusi kecil yang terletak di bawah pokok aku pandang lama.

daripada aku berdiri dekat sini baik aku pergi duduk dekat situ.

aku mula aturkan kaki menuju ke arah tempat duduk tersebut.

punggung aku labuhkan di atas kerusi lalu sandar sedikit.

" nyaman juga dong duduk di sini bikin gue mengantuk sih. " ujarku serta dialog idon datang secara tiba-tiba.

baru sahaja mahu mengambil telefon di dalam beg tiba-tiba...

Bruh!

air watercolor berwarna-warni selamat tumpah di atas kepalaku.

baju yang dipakai olehku kini sudah menjadi basah serta berwarna-warni sekali.

" HAHAHAHAHA! rose pandang sini buat pis yow! "

cetusan gelakkan besar dari jungkook aku dengar dari jauh.

bibir bawah aku ketap lalu pandang ke arahnya sambil hadiahkan senyuman kecil.

dia letak dalam baldi air watercolor lepastu gantung atas pokok bawah kerusi aku duduk tadi ya?

bijaknya anak jebon ni rasa nak tampor sampai senget.

" kook, kau ni kan... "

aku mula dekatkan diriku dengannya lalu dia mula mengundur kebelakang.

" HAHAHA, ala rilek la aku main-main je jangan marah nanti tak lawa. " pujuknya.

aku hanya tenung ke arahnya sungai han dibelakangnya aku pandang lama.

idea syaiton entah dari mana datangnya suruh aku tolak dia masuk dalam sungai tu.

tapi aku hairan kenapa air sungai ni warna oren? sedangkan tak masuk senja lagi?

tapi lantak la! yang pastu aku tolak dia jatuh dalam tu.

makin lama makin dia mengundur kebelakang aku mula tersenyum gembira.

" rose, kau ni dah kenapa macam joker aku tengk tak payah serius sangat seram titew. " tutur jungkook.

tanpa mendengar alasan dia aku mula tolak dada bidangnya.

satu tolakkan sedikit lagi mahu jatuh dengan cepat aku tolak dada bidangnya lagi.

tapi nasib malang menimpa aku tangan kiri dia genggam kemas lalu aku jatuh ke dalam sungai han bersama dengannya.

sempat lagi aku mencarut sebelum jatuh dalam sungai han ayat last aku cakap..

bodo la.

tbc

❀˚ιмуσυявσ∂у˚ Where stories live. Discover now