BAB 8

4.2K 261 38
                                    

Anne yakin dan pasti yang telinga dia masih belum tersumbat dan dia tak tersilap dengar sewaktu lelaki di sebelah dia ini tiba-tiba mengaku jadi suami dia sebentar tadi. Tapi, bila Anne cuba bangkitkan hal itu, jawapan Alan hanya menambah bara di hatinya.

"I cakap ex-husband. You yang salah dengar kenapa nak marah I? Ke you memang rindu nak dengar I sebut perkataan husband tu sebenarnya?"

Ayat yang hujung itu dituturkan Alan separa berbisik sambil mendekatkan sedikit mukanya ke arah Anne di sebelah tempat duduk penumpang.

Anne menarik nafas dalam, sungguh dia berharap dia tak akan mengakibatkan kecederaan kepada peguam yang akan mewakili dia di mahkamah ini kelak. Memang dia geram sangat hari ini. Sudahlah malu dengan Ustaz Safuan yang ditinggalkan tercengang tepi koridor tadi. Tambah 'horror' bila belum pun reda kes dia dengan anak Dato' Aliff tempohari, Tiba-tiba je satu sekolah dah dijamu dengan berita terbaharu. 'Anne dah kahwin lagi senyap-senyap dan suami dia datang serang Ustaz Safuan dekat sekolah sebab cemburu'. Kau rasa? Boleh botak kepala pengetua dia yang memang rambutnya dah tak berapa banyak itu tak lama lagi nak handle seorang cikgu yang terlalu hot stuff dekat dalam sekolah ni.

Dan sekarang, entah jampi apa yang lelaki bernama Idlan Zuhairi ini hembus dekat dia tadi agaknya, sampaikan tahu-tahu je dia dah duduk dalam kereta lelaki ini yang entah menuju ke mana pun dia tak tahu. Tak, dia bukan kena pukau dengan Alan. Tapi dia tak ada pilihan untuk ikut masuk dalam kereta bila terlalu banyak mata yang memandang mereka ketika itu. Macam artis baru lepas buat sidang media ya.

"You nak kidnap I ke? Nak bunuh I lepas tu sumbat dalam bonet kereta? I kerja cikgu je, tak banyak duit. You lawyer lagi banyak duit kan?"

Apa yang Anne dapat selepas ayat itu keluar dari mulutnya adalah, bunyi ketawa lebih kuat lagi dari Alan yang sedang memandu itu. Anne yang hanya mengerling dari ekor matanya boleh nampak mata lelaki itu yang mengecil setiap kali dia ketawa dan semestinya, arghhhh that damn dimple. Ada pisau tak? Dia patut tunaikan hajat dia tempohari dan toreh lesung pipit yang sangat menganggu emosi dia ni sekarang!


__________________________


Alan tak pasti samada dia sedang berada pada keadaan mental yang betul atau tidak dengan tindakan drastik yang dia buat, mengheret Anne masuk ke kereta dan bawa dia keluar dari sekolah. Nasib baik dia dah beritahu awal-awal pada tuan pengetua tadi yang dia memang nak minta pelepasan guru bernama Aini Dahlia itu untuk keluar dan menguruskan perihal kes anak guamnya yang sedang berlangsung ketika ini. Walaupun sebenarnya agenda bawa keluar ni tak termasuk langsung dalam senarai perkara yang dia nak buat hari ini dan langsung lah tak ada kaitan dengan skop tugas dia sebagai seorang peguam. Pada asalnya, dia datang ke sekolah Anne untuk bertemu dengan beberapa orang guru dan pelajar yang mungkin boleh menjadi saksi kepada kes yang sedang berjalan ini. Tapi.... itulah. Entah kenapa dia rasa ego lelakinya tercabar tiba-tiba bila dia melihat keprihatinan ustaz yang dah terlebih dahulu mendahului Alan dalam membantu Anne itu.

"Give me that phone."

Alan memberhentikan kereta di sebuah stesen minyak. Dia menghulurkan sebelah tangannya kepada orang sebelah yang memilih untuk memandang ke arah tingkap. 'Eleh, pandang tempat lain konon, macam lah kita ni tak nampak dia menjeling beberapa kali macam nak terkeluar biji mata tadi.'

"Bagi 10 sebab kenapa I nak kena bagi you telefon ni. You tak bagitau pun lagi kita nak pergi mana." Anne masih lagi bercakap tanpa memandang ke arahnya. Telefon pintar di tangannya itu masih dipegang erat.

"I'll give you a 10-in-1 answers then. I'm your lawyer. Thankyou." Alan dengan pantas menyambar telefon bimbit itu dari tangan Anne dan perbuatannya itu menyebabkan dia dengan tidak sengaja tersentuh tangan wanita itu.

CINTA, UNTUK SEKALI LAGI - Tajuk asal Five Years Of Love (SUDAH TERBIT)Where stories live. Discover now