Hampir dua minggu berlalu sejak kali terakhir dia jumpa Alan dan sejak dari itu juga Anne rasa dia sudah buat satu keputusan paling besar dan berani sepanjang lima tahun ini. Mungkin juga ebih berani dari waktu dia terima lamaran Alan suatu ketika dahulu. Teringat kembali perbualan telefon pertama selepas dia kirim kek lemon kesukaan lelaki itu tempohari. Walaupun jenuh dia menepis segala soalan dari Fazlee akhirnya kek itu selamat jugak sampai.Upon receiving this super yummy cake, I assume that....we are good now?
Anne menganggukkan kepala di hujung talian. Suaranya seakan tersekat di kerongkong.
"I tak nampak you angguk kepala Anne."
Dangg!
"yeah.. we are good."
"A friend then?"
"Not more than a friend." Dia dah boleh agak hala tuju dialog Alan tu nak membawak ke mana kalau dia tak bagi amaran siap-siap.
"Okey then, that should be more than enough I think. Hello girlfriend!"
"Alan!"
"Eh, betul la kan? Friend is kawan in malay. You perempuan. So, kawan perempuan... girlfriend?"
Dan selepas itu dia cuma dapat dengar ketawa Alan yang memenuhi corong talian. Pada Anne, dia sendiri masih tak pasti keputusan yang dia buat untuk berkawan dengan bekas suami sendiri ini.. betul atau tidak? Adakah dia hanya menempah masalah? Adakah dia terlalu membiarkan perasaan yakin menguasai diri? Atau mungkin juga otak dia ada short dekat mana-mana fius. Tapi.. buat masa ini...biarlah... yang Anne tahu, dia cuma mahu berterima kasih. Tak lebih dari itu.
"Hah! berangan!"
Anne tersentak apabila bahu kirinya tiba-tiba ditepuk perlahan dari arah belakang. Dia melemparkan senyum apabila melihat kelibat Kak Suhaini menyapa pandangannya.
"Kak Su ni... nasib baik saya takde sakit jantung tau!"
"Yelaaa. Kak Su saja jeeee tengok kamu tu termenung jauh sangat entah sampai ke mana la tu." Wanita separuh abad itu melabuhkan duduk di kerusi kosong bersebelahan kubikel Anne.
"Dah tarik kerusi tuuuu... ada la nak ajak gossip tu." Anne mengomel perlahan sambil turut memusingkan kerusi beroda yang sedang didudukinya menghadap Kak Suhaini.
"Ala, kalau gossip pun bukan pasal orang lain. Pasal kau je pun Anne oii."
"Eh! Pasal saya? Kak Su jangan nak join group bawang rangers sekolah ni pulak eh. Tak nak kawan Kak Su dah." Anne pura-pura merajuk.
"Kak Su dah beberapa kali nampak Idlan datang jumpa Anne."
Gulp. Anne telan liur. Alaaaa semacam je intro kawan baik umi ni. Jangan kata umi yang suruh Kak Su siasat apa-apa pulak.
"Oh.. haa..aa.. dia datang fasal kes Anne tu Kak Su.. lagipun kebetulan dia ada kerja dekat Seremban." Hish dah kenapa kau nak berdebar pulak Anne oi. Memang betul pun Alan datang fasal nak uruskan kes dia kan?
"Yela.. Kak Su tau.. tapi dari apa yang Kak Su nampak masa kamu berdua makan dekat kantin haritu... Alan bukan datang semata-mata sebab nak uruskan kes ni je kan?" Dia nampak Kak Su mengenyitkan mata dan ketawa kecil. Anne? Macam nak lari menyorok bawah meja kut. Rasanya dia dah cukup yakin dah tak ada orang lain yang datang makan dekat ruang makan guru waktu tu sebab dah lewat sangat... kantin pun dah hampir nak tutup....
Anne baru hendak buka mulut membela diri apabila Kak Suhaini terlebih dahulu memotong. "Patutlah Idlan tak jual rumah kat hujung lorong tu sampai sekarang."
YOU ARE READING
CINTA, UNTUK SEKALI LAGI - Tajuk asal Five Years Of Love (SUDAH TERBIT)
RomanceKebanyakan kisah cinta romantik bermula dengan 'Love at the first sight' dan berakhir dengan 'they live happily ever after'. Sama seperti kisah cinta Anne - Alan. Cuma sayangnya, mereka tak jumpa klausa happily ever after tu sebab, kisah cinta merek...