Changwon, Korea
Sebuah kereta mewah meluncur laju di atas jalan raya menuju ke tempat penginapan. Sepasang suami isteri yang menempati kereta mewah itu tampak bahagia dengan tujuan percutian mereka di Changwon. Sebuah hotel mewah menjadi pilihan mereka untuk menginap selama tempoh percutian tersebut. Setelah mereka 'check in', mereka mulai mengemas barang barang mereka dan berehat seketika.
"Chan, tengok sini! " Panggil sang gadis. Nayeon. Sang milik nama mendekatinya dan melihat pemandangan Kota Changwon petang itu.
"Yeon, saya ada perkara nak bagitahu awak, " ucap sang Chanyeol. Nayeon menoleh.
"Apa dia? " Soal Nayeon
"Saya bahagia sangat, akhirnya saya dapat habiskan masa saya dengan bercuti bersama orang yang paling saya sayang ni, saya sayang awak sangat sangat tau, " Ucap Chanyeol.Lewat petang itu, mereka keluar dari hotel. Tujuan mereka ialah sebuah restaurant seafood berdekatan pantai Changwon. Ketika di perjalanan, mereka melalui sebuah jalan yang sunyi dan gelap. Tak jarang kenderaan lain melalui jalan tersebut. Membuatkan Nayeon agak takut dengan perjalanan mereka ke restaurant tersebut. Chanyeol menggenggam tangan sang isteri untuk menenangkan.
Tiba-tiba muncul satu cahaya yang agak dekat dari depan mereka. Hingga membuatkan kereta yang dipandu oleh Chanyeol terbabas ke tepi jalan."eughhh" ringis Nayeon. Seketika ruangannya dipenuhi oleh ramai orang.
"eomma, " Panggil Nayeon
"Akhirnya, kamu dah sedar sayang, " Ucap puan Kim. Setelah doktor menerangkan keadaan Nayeon, semua orang mendesah lega. Akhirnya setelah hampir 1 tahun, Nayeon sedar dari komanya.******************************************
Di Incheon
Sebulan kemudian. Nayeon sudah dibenarkan pulang ke rumahnya, Nayeon juga sudah mengetahui tentang kematian suaminya. Nayeon sekarang berada di rumah keluarganya di Incheon.
Nayeon berada di situ dan memerhatikan tingkah laku eommanya yang memang seperti org gila. "Kenapa tak Yeon je yang berada di posisi eomma sekarang? Yeon tak sanggup tengok eomma macam ni.. Sekurang kurangnya Yeon boleh lupakan segala benda yang menyesakkan hati Yeon bila Yeon berada kat posisi eomma sekarang ni" kata Nayeon sedih di dalam hatinya. Nayeon kemudian bangun dan keluar dari bilik eommanya itu dan menuju ke ruang tamu.Di ruang tamu
Nayeon terjumpa appanya di situ yg sedang menonton TV "Eh Yeon, duduk sini kejap.. appa nak ckp sikit" kata appa Nayeon sebaik saja dia melihat Nayeon. Nayeon kemudian menghampiri appanya dan duduk di sebelah appanya. "Ye appa, ada apa?" tanya Nayeon sebaik sahaja dia duduk. "Hmm.. Jungkook ada call Yeon? mesej Nayeon ke?" tanya appa Nayeon pada Nayeon
Nayeon gelengkan kepalanya. "Sejak Yeon keluar dari hospital, Yeon belum jumpa jungkook lagi.." kata Nayeon dengan expresi sedih di mukanya. "Appa sebenarnya.. rasa bersalah sebab tak bagitahu Yeon pasal jungkook" kata appa Nayeon. Nayeon mula berasa risau. "Pasal jungkook? ke..kenapa dengan Jungkook?" tanya Nayeon dengan perasaan takut.
Sementara itu, di bilik Hospital. dalam bilik rawatan cemas, icu. Jungkook berada di situ. "Tak kan lah awak nak pergi macam tu je? Yeon macam mana? tanya Sunmi kepada Jungkook. "Yeon dah banyak terseksa disebabkan saya.. dah tiba masanya utk saya biarkan dia cari kebahagian dia sendiri" jelas Jungkook sedih di hatinya. "Yeon sayang sangat dekat awak sebagai kawan baik dia.. dan.. kalau boleh.. Saya nak sangat tengok awak rapat dgn Yeon semula, sebelum... sebelum..." Sunmi ragu ragu mengatakan hal yang sebenar kepada jungkook tentang penyakitnya.
"Sunmi..." Jungkook tiba-tiba pegang tangan Sunmi. "Awak sudi tak terima saya? saya janji.. saya akan jaga awak sampai nafas saya yang terakhir" kata Jungkook sambil memegang erat tangan Sunmi. Sunmi terkejut mendengar kata-kata Jungkook itu. "Awak sukakan saya kan? awak cintakan saya kan? Betul tak?" tanya Jungkook ingin tahu.
Sunmi mengangguk kepalanya sambil air matanya mengalir sendiri.*****************************************
Setelah terdengar berita dari appa Nayeon, Nayeon segera ke hospital untuk melawat Jungkook. Lalu Nayeon menuju ke ruangan bilik Jungkook di hospital, manakala Sunmi pula sedang tidur di sebelah Jungkook. Nayeon ternampak Sunmi, lalu terdiam di luar bilik Jungkook. Jungkook ternampak Nayeon, dan mempelawa Nayeon masuk. Kemudian Nayeon membuat isyarat tangan mengatakan "tak apa lah, ada Sunmi.. Saya tak nak dia tersalah sangka pula" Jungkook mengangguk menandakan dia faham maksud Nayeon.