ORIGINS (Team 2)

19 2 0
                                    

- INTRODUCTIONS

Tidak kah kalian tertanya-tanya, ada makhluk selain dari kita di galaksi ini. Kita memanggilnya ALIEN makhluk yang tidak berasal dari muka bumi ini.

   Jauh di dalam galaksi Andromeda ada satu planet yang kecil dan maju, populasinya pula boleh tahan banyaknya. Planet itu dikenali sebagai EXOPLANET, orang-orang di dalam planet ini mempunyai kuasa dengan bermacam-macam bentuk dan teknik.

   Bagaimana mereka boleh mempunyai kuasa kalian bertanya? ianya disebabkan Tree of Life. Tree of Life ialah pokok sumber kuasa bagi planet itu, tanpa Tree of Life planet itu akan musnah.

   Penduduk planet ini dibahagikan kepada 14 Clan iaitu Aquas, Avians, PSI, Chronos, Cyros, Iction, Fulgurs, Quadz, Spartials, Anemos, Agnis, Morbin, Mysto dan Assassins.

   Di EXOPLANET terdapat 8 negara yang dikenali sebagai Rdannaire, Lasia, Myleone, Zbepa, Hemeslands, Androewales, Niama Kingdom, dan Laudirdan.

      Setiap negara diduduki oleh 2 Clan kecuali negara Androewales dan Niama Kingdom. Penduduk di Androewales ialah Iction Clan manakalah penduduk di Niama Kingdom ialah Morbin Clan. Pusat bandar Androewales ialah Bright disitulah dimana tempat Iction Clan pergi berlajar mengawal kuasa mereka, disitu juga tempat dimana saintis Iction Clan mengkaji tentang Tree of Life. Kebanyakan orang di dalam Iction Clan ialah saintis.

   Niama Kingdom pula berbeza di sana keseluruhan negaranya ialah hutan. Pusat bandar nya ialah Ree, disitu sahaja tempat yang tidak dikelilingi oleh hutan dan disitu la dimana tempat untuk Morbin Clan berlajar menguasai kuasa mereka dan disitu lah terletaknya pusat perubatan terbesar di EXOPLANET.

   Kita berpindah ke negara Rdannaire. Di sini dimana Quadz Clan dan Anemos Clan menetap. Keseluruhan Rdannaire ialah padang pasir yang luas, kecuali pusat bandar mereka. Pusat bandar mereka terletak di Chipldenley. Di Chipldenley lah dimana tempat untuk Quadz Clan dan Anemos Clan berlajar untuk menguasai kuasa mereka. Tanah Chipldenley dipenuhi dengan minyak dan Rdannaire ialah negara yang terkaya di EXOPLANET disebabkan minyaknya yang berharga dan minyak di tanah itu tiada had nya. Sumber air di Rdannaire amatlah terhad dalam setiap 2 minggu mereka harus mengimport air dari negara Zbepa.

   Zbepa pula negara nya terletak di bahagian selatan jikalau kita bandingkan Zbepa dengan mana-mana negara di bumi ianya seperti Kutub selatan. Clan yang tinggal di Zbepa ialah Cyros dan Aquas, sumber makanan dan minuman untuk EXOPLANET kesemuanya datang dari Zbepa. Pusat bandar Zbepa ialah Aver, disitu dimana akedemi untuk Clan-Clan Cyros dan Aquas berlajar menguasai kuasa mereka dan disitu juga terletaknya port yang terbesar di dalam EXOPLANET.

   Lasia ialah negara yang dipenuhi dengan bukit-bukau dan dimana Chronos Clan dan Spartials Clan tinggal. Disebabkan negara ini penuh dengan bukit ianya juga penuh dengan aktiviti perlombongan berlian dan emas. Disini lah dimana mata wang EXOPLANET dihasilkan dan disini lah dimana kilang kapal angkasa dibina. Pusat bandar Lasia ialah Downnis, di Downnis terdapat akedemi untuk Chronos Clan dan Spartials Clan melatih kuasa mereka dan tempat dimana mereka berlajar tentang taktik strategi perang.

   Myleone ialah negara yang terletak di atas bulan EXOPLANET. Satu-satunya cara untuk ke Myleone ialah mengunakan kapal angkasa. Myleone ialah negara dimana keluarga diraja dan para menteri EXOPLANET tinggal. Separuh daripada populasi di Myleone ialah keluarga diraja dan separuh lagi ialah keluarga yang berpangkat seperti menteri dan lain-lain. Avians Clan ialah Clan diraja manakala PSI Clan pula Clan menteri jadi mereka tinggal di Myleone. Myleone juga tempat dimana ahli diraja dan menteri mengkaji tentang angkasa dan planet-planet yang lain. Pusat bandar Myleone ialah Therpicbound. Negara ini juga amatlah terhad dengan sumber air jadi dalam setiap 3 minggu mereka akan mengimport bekalan air yang banyak dari Zbepa. Di Therpicbound juga terletak akedemi untuk Avians Clan dan PSI Clan berlajar untuk menguasai kuasa mereka.

CEC Mini ProjectWhere stories live. Discover now