Chapter 5 : Bukan Lagi Rahsia

1.4K 49 1
                                    

Jam telah menunjukkan pukul 4.30 petang sementara aku masih menunggu ketibaan anak Saman..

"Assalammualaikum" kedengaran orang memberi salam di luar rumahku..

"Waalaikumussalam, haa Ujair. Datang pon kau, aku ingat dah lupa jalan rumah aku!" kata aku dengan nada gurau..

"Hahaha xdela, sorrylah lambat cikett aku ada hal sikit tadi" kata Ujair dengan bersalahnya..

"Haa yela. Jom lah kita pergi" aku mengajak..

"Hadiah kau mana? Takkan kau nak pergi dengan tangan kosong" Ujair bertanya..

"Haahlah nasib kau ingatkan, hahah" Sungguh cuainya aku..

Aku memakai topi untuk berteduh daripada matahari. Aku ni tak suka panas nanti burn pulak muka aku..huu..

***************************

Ketika dalam perjalanan ke rumah Cikgu Wahid, aku memulakan perbualan..

"Haa kat mana rumah dia, Ujair" aku bertanya..

"Tak jauh pon dari sini. Kau jangan risau aku ingat rumah dia" Ujair menjawab..

Aku pon ikut saje lah si Ujair ni ke mana2 sampai lah aku merasakan sesuatu yang pelik di kawasan itu. Jalan terasa sunyi dan semakin jauh daripada rumah aku. Setahu aku jalan ini tidak pernah dilalui oleh aku sebelum ini..

"Ujairr, betul ke ini jalannya. Aku dah rasa lain macam ni. Aku tak pernah pulak tengok kawasan sebegini sebelum ini" ujarku kepada Ujair..

"Haa tuhh rumah cikgu!!" sambil Ujair menuding jarinya ke dalam hutan yang agak kelihatan tebal bagiku..

"Dalam tu, ada rumah cikgu" kata Ujair..

"Wei kau gila ke? Mana ada rumah dalam hutan2 mcm ni, dahlah aku nak balik" aku berasa tidak tenang dengan suasana di hutan itu..

"Alahh chill aku kan ada, kau takut ke? hahaha" Ujair dengan semberononya berkata..

Aku dan Ujair pon mula memasuki hutan itu. Suasana di hutan itu agak menyeramkan tapi aku tak takut. Aku kan ada Ujair.. huuu...

Setelah 5 minit berjalan dalam hutan itu.. Tiba-tiba..

"Kita dah sampai. Inilah rumah cikgu Wahid" kata Ujair..

"Haa? Kau sure ini rumah cikgu? Besarnyaa!!" aku kagum melihat rumahnya tapi agak muram sebab tiada langsung jiran berdekatan di situ..

Aku dan Ujair berjalan bersama-sama menghampiri rumah tersebut. Belum apa2 lagi tiba-tiba..

"Hai Naufal dan Ujair, kamu ada apa datang ke sini?" Kata cikgu Wahid daripada belakang kami berdua..

"OPOCOTT!!" aku melatah terkejut..

"Ohh, hai cikguu, kami datang sini sbb Naufal ada something nak beri kepada cikgu" Ujair menjawab..

"Ohh, mari masuk dalam rumah cikgu" cikguku mengajak..

****************************

Suasana di rumah cikgu agak pelik dan sangat kelihatan aneh. Di dindingnya terdapat koleksi2 pistol malah senapang juga ada. Perkakas tajam seperti kapak dan pisau lipat juga kelihatan. Aku kian curiga. Tapi aku positifkan diri. Aku duduk di sofa cikgu sambil meletakkan topi aku di atas meja bersebelahan dengan sofa..

"Jemput minum, cikgu tak sedia apa2, ini saja yang ada kat rumah cikgu" cikgu mempelawa kami dengan air oren dan sedikit karipap..

"Takpe cikgu, kami datang sini pon nak bagi hadiah sahaja kepada cikgu" kata aku sambil mengambil sebiji karipap..

"Ini hadiahnya, cikgu. Maaf lah hadiahnya taklah seberapa sangat tapi ikhlas daripada hati saya, cikgu" kataku sambil menghulurkan hadiah tersebut..

"Terima kasih ya. Cikgu sangat hargai" ujar cikgu Wahid..

Kami duduk seketika di dalam rumah cikgu sambil menikmati hidangan yg disediakan. Ujair kelihatan kenyang lalu aku yang menghabiskannya. Suasana agak janggal seketika apabila tiada yang memulakan perbualan.

"Kenapa diam" cikguku bertanya..

"Takdela cikgu, hehe" aku tersengeh sekejap..

"Kamu nampak tak pistol itu?" cikgu Wahid mula menyoal..

"Nampak! Hebatlah koleksi cikgu" kata aku..

"Pistol tu cikgu dah lama tak guna, rasa rindu pun ada" cikguku berkata..

"Apa maksud cikgu ni, giler ke apa? Dia ingat pistol benda main2 ke? Kat malaysia dah lah haram simpan benda2 gini" aku bermonolog di dalam hati sambil tersengeh-sengeh depan cikgu..

"Kamu nampak tak kapak kat situ?" cikguku mula menyoal soalan pelik..

"Nampak" kata aku dgn nada yg perlahan kerana agak terkejut dgn soalan2 yg tidak sepatutnya ditanya..

"Kapak tu banyak berjasa dengan cikgu. Sudah tumpul rupanya" kata cikguku..

"Ohh..." soalan semakin lama, semakin kurang keselesaan aku untuk menjawab dan duduk di rumah cikgu lama2..

Jam telah menunjukkan pukul 6.45 petang menandakan maghrib akan tiba. Jadi aku dan Ujair berhajat untuk beredar dari rumah cikgu..

"Ok lah cikgu, kami balik dulu lah, dah lewat ni, nanti mama saya bebel pula" kata aku lalu lantas keluar daripda rumah cikgu..

"Awalnya nak balik, cikgu baru nak bersembang dengan kamu berdua" ujar cikguku..

Aku dan Ujair mengangguk lalu kami pon beredar secepat mungkin daripada kediaman cikgu..

"Weh Ujair, kau tak pelik ke dengan soalan2 cikgu tadi?" kata aku kepada Ujair..

"Pelik apanya, biasa je" dengan relaksnya Ujair membalas..

"Ishh kau ni, dah lah tadi diam je, aku sorang je yg jawabnya" aku berkata..

"Takde topik yang aku nak cakap dengan cikgu, sebab tu aku diam" ujar Ujair..

"Weh kau ada rasa pape yang tinggal tak? Aku rasa macam aku tertinggal sesuatu doh" aku hairan seketika seperti aku ada tertinggal sesuatu di rumah cikgu..

"Takde pon" Ujair menjawab..

"TOPIIII, haa aku lupa doh topi aku letak sebelah sofa tadi atas meja. Aduhhh!!" aku mengeluh seketika..

"Lahaii, bertuah hidup kau ye, so sekarang mcm mna?" kata Ujair kepadaku..

"Kena patah balik lah gi ambik" aku menjawab..

"Dah lewat kot. Aku nak balik dah ni nanti bapak aku marah sebab balik lewat" keluh Ujair..

"Hmm, takpela, kau baliklah dulu, biar aku pegi sorang2" ujar aku kepada Ujair..

"Kau boleh ke ni? Aku rasa bersalah pulak tinggalkan kau" Ujair menjawab..

"Boleh aje, lagipon dekat je rumah cikgu daripada sini" kata aku kepada Ujair..

"Haa kalau mcm tu aku balik dulu lah ye" kata Ujair..

Bersambung ~

Nafsu Seorang Psiko [HIATUS]Where stories live. Discover now