[media] so tulah Han Dareum in real life guys real name dia Nam Dareum. You guys also can imagine the girl tu sebagai Han Soori.
PERHENTIAN BAS 06:30 AM
Sejak semalam lagi Dareum tidak berbual dengan aku.Selepas kejadian dia merempuh bilikku dan marah-marah di sebabkan gosip Doyoung dan Insung.
Bukan salah aku.Berulang kali aku cuba mempertahankan diri.Aku tahu dari orang lain dan aku dah minta maaf dengn Doyoung even aku tak salah.
"Dareum",aku cuba menegurnya.
Namun hambar,langsung dia tidak memperdulikan adik dia ni.
"Okay fine teruskanlah macam ni,kau sanggupkan marah adik kau sebab orang lain keep going Han Dareum",aku mula menjauhi dia dan duduk berasingan dengannya di dalam bas.
KELAS 3-B 08:00 AM
Aku murung sejak dari pagi tadi,Dareum langsung tak cuba nak berbaik dengan aku.Besar sangat ke apa yang aku buat ?
Guru mata pelajaran Sains merangkap guru kelas kami masuk ke kelas,selepas selesai memberi tunduk hormat dia tiba-tiba memanggil namaku dan Jaemin.
"Han Soori dan Park Jaemin , cikgu nak tanya kamu berdua tahu ke tentang gosip budak kelas 3-A",kami berdua saling berpandangan dan mengangguk kepada cikgu.
"Tadi teman lelaki dia datang jumpa cikgu dia kata budak kelas cikgu buat cerita bukan-bukan dan dah busukkan nama baik dia dan budak yang buat cerita tu Han Soori dan Park Jaemin ",aku hanya diam.Malas membuka mulut.Kenal sungguh dengan perangai cikgu ini.Silap-silap aku buka mulut berjurai air mata aku.
"Lain kali kalau tak tahu cerita jangan memandai sebarkan.Orang tak salah kena tuduh,kamu tahu tak pelajar yang bersalah tu budak yang acah naif dekat sekolah ni",aku dan jaemin mengangguk lagi.
Kami sudah tahu siapa pelajar sebenar yang terlibat dalam gosip tu.Pelajar perempuan itu sekelas dengan So Doyoung dan teman lelakinya pelajar di kelas 3 juga.
"Hal ni dah sampai ke guru disiplin dan kalau sampai ke telinga pengetua pandai-pandailah kamu",aku menahan air mata.
Aku memang jenis yang sensitif dan cepat terasa even bukan salah aku tapi sebab cikgu sebut nama aku membuatkan aku rasa macam pesalah dalam hal ni.
WAKTU REHAT 10:30AM
"Kau tak nak makan ke Soori ?",tanya Bora,aku mengelengkan kepala.
Tiba-tiba aku didatangi oleh Jo Insung,Teman lelaki So Doyoung yang difitnah itu.
"Aku nak cakap dgn kau sikit",aku mengangguk.
Hampir setengah jam dia berbual dengan aku soal kes ini.Aku juga menerangkan hal yang sebenar-benarnya terjadi.
"Aku mintak maaf,aku tak nak kita gaduh, aku pun tak tahu apa-apa tiba-tiba kena tuduh fitnah orang",Insung mengangguk.
"Lepas ni aku nak jumpa Jaemin pulak",dia bangun dan berlalu pergi.
Rakan-rakan aku mendatangi aku.
"Dia cakap apa wey ?",tnya suji.
"Tak de apa benda yang sama macam cg cakap dalam kelas",aku bangun selepas mendengar bunyi loceng.
Aku melangkah masuk ke kelas.Kelihatan pipi Jaemin sedikit kemerahan.
"Jaemin kau okay tak ?",aku meneliti wajahnya.
"Kau jangan buat-buat tanyalah,ni sebab kau la pergi petik nama Jaemin",Kyungsoo menarik aku ke tepi.
"Aku mintak maaf,aku cuma cerita apa yang aku tahu and dari mana aku tahu cerita ni",Jaemin hanya mengangguk lalu diam.
Aku diselebungi rasa bersalah.
Tiba-tiba pintu kelasku dihempas.
"Park Jaemin aku belum habis lagi dengan kau",ternyata itu Insung.
Bukan sendirian tapi bersama lebih dari 10 orang rakan sekelasnya.
Insung cuba untuk menyerang Jaemin namun tindakan pantas beberapa orang pelajar lelaki kelas aku berjaya menghalangnya.
Rakan-rakan Insung yang lain cuba untuk mendapatkan Jaemin.Pergaduhan kecil tadi bertukar menjadi besar selepas pelajar dari kelas lain turut sama ikut campur.
Insung dan Jaemin masing-masing mempunyai hubungan yang baik dengan rakan-rakan sebaya mereka.Oleh itu tidak heran pelajar lain datang untuk membantu keduanya.
Aku yang melihat suasana itu mengalirkan air mata.Aku takut.Adakah semua ini disebabkan aku ?
"YAAAA !!! BERHENTIII !!! APA SEMUA NI ?!"
tbc
VOTE
COMMENT
FOLLOW
SHARE
![](https://img.wattpad.com/cover/218127732-288-k427549.jpg)