INTAI

3 1 0
                                    

     Aku ada seorang kawan ni,Mamat namanya.Dia tinggal di kampung ayahku.Dia ni ada habbit pelik sikit.Dia suka mengintai orang ! Ada orang kampung kata dia sudah jadi gila semenjak kematian ibunya enam tahun lepas.

    Mahu dijadikan cerita,suatu hari,aku pulang ke kampung ayahku.Saja mahu menjenguk nenek dan atuk.

   Malam itu aku tidur di bilik hujung sekali.Disebabkan rumah nenek ku itu rumah papan,ada lah sedikit lubang-lubang yang tertempel.Aku ambil bantal dan berbaring di atas katil.

    Entah mengapa rasa tidak selesa.Sekejap aku pusing ke kiri,kejap ke kanan.Dan akhirnya aku tidur menghadap dinding bilik.Ada 5 6 lubang juga di situ.

    Aku baru hendak melelapkan mata,tiba-tiba aku terusik dengan mata yang berwarna merah menyala yang sedang mengintaiku di sebalik lubang-lubang itu.Gila ke apa Mamat ni?aku yang lelaki pun kau nak intai?

   Aku sekadar buat bodoh dan meneruskan tidur seperti biasa.

    Pagi itu aku bangun agak lewat daripada atuk dan nenek ku.Di dapur nenek sedang membancuh air teh.

   “Ermm nek,Mamat ada datang intai Akim semalam”beritahuku.

Nenek yang sedang mendulang jug kaca,melepaskan dulang tersebut ke lantai.Habis pecah segalanya.Air muka nenek berubah.aku hairan.

“Akim,lepas minum kamu terus balik KL ye?”.Eh dah kenapa pula nenek aku ni.
 
“Mamat dah meninggal dua bulan lepas.Lepas dia meninggal,takde sape-sape mengadu kene intai”

Gulp!!!!

HORROR Where stories live. Discover now