TGS 1

206 10 1
                                    

Note ;

- Cerita berdasarkan era 2000

- Segala perbezaan dan kekurangan harap dimaafkan.

--- zura asyfar ---


---

BAB 1

January 2001..

"CARI siapa?" Seorang budak perempuan berkulit sawo matang yang berada di tepi tingkap menyoalku. Aku kerling nama di teg nama. Nazihah. Tak kenal pun. Mungkin budak kelas lain yang ditakdirkan masuk ke kelas satu.

"Syazrina ada?" Aku jengukkan sedikit kepala ke kelas 4 AM 1 itu. Tak ramai pun orang. Padahal belum lagi waktu rehat. Dia orang semua pergi mana? Takkan dah pergi melantak kut? Macam tak logik je!

"Nayli Syazrina ke?" Soal Nazihah lagi. Dahinya sedikit berkerut. Mungkin sedang mengingati nama pelajar sekelasnya.

"Aah... Dia ada tak?" Aku kemAbali menyoal. Nazihah pandang aku sedikit pelik. Aku menaikkan sebelah kening. Kenapa dengan dia ni?

"Dia tak ada... Minggu lepas dia dah pindah masuk sekolah lain."

"What?" Aku jatuh rahang. Tak berkelip mata pandang Nazihah. Biar betul budak ni?

"Syazrina dengan separuh budak kelas kami dah pindah minggu lepas... Sekolah apa tu.... Haa, sekolah baru yang dekat dengan bukit tu." Sambung Nazihah nampak tenang. Aku dah tak tahu nak cakap apa. Speechless terus!

Tanpa sebarang kata aku terus melangkah longlai ke kelas. Syazrina atau nama penuhnya Nayli Syazrina ialah sepupu aku paling rapat. Dari sejak kecil lagi aku memang berdua saja dengan dia. Lagi-lagi kami sebaya. Semua benda nak sama. Baju raya, nak sama, kasut, beg dan pelbagai lagi benda lain. Pendek kata sampai sekolah pun nak sama.

Kecewa. Itulah yang dapat aku rasakan ketika ini. Sampai hati kau Syaz. Takkan tak beritahu aku langsung nak pindah. Tahulah masa PMR hari tu kau dapat 6A. Tiba-tiba aku rasa nak menangis. Aku menyambung langkah lemah ke kelas tiga. Kelas perdagangan. Kelas yang paling aku benci untuk ketika ini.

----

SUBJEK Bahasa Arab Tinggi itu langsung aku tak peduli walau menceceh Ustazah Aminah bercakap di depan. Aku pandang buku teks bahasa Arab dengan langsung tak ada nafsu. Huruf-huruf yang langsung tak ada tanda baris itu aku kerling buat tak nampak. Tak ada mood!

"Saya bagi lima belas minit untuk awak selesaikan soalan nombor dua tu." Kedengaran lagi suara Ustazah Aminah di depan kelas. Aku ambil pensel dan hanya tick soalan kedua yang memerlukan aku untuk letak tanda baris itu.

Sempat aku pandang keliling kelas, semua nampak khusyuk menjawab soalan. Mungkin aku sahaja yang langsung tak ambil kisah. Aku akui yang Bahasa Arab aku teruk masa PMR. Hanya dapat C sebab aku tak dapat nak jawab bahagian karangan. Itu pun main hentam saja campur English. Tak logik kan?

Aku tahu semua itu salah aku. Masa waktu Bahasa Arab je, aku bantai tidur. Sudahlah tempat duduk kat belakang sekali. Kelas pulak terlalu ramai pelajar. Empat puluh orang lebih. Memang tak terkawal lah biarpun aku duduk kelas depan. Lagi-lagi Ustaz yang mengajar tu jenis tak kisah. Memang separuh jugaklah kawan sekelas ku ke lau dalam keputusannya. Sekali lagi aku teringat kisah setahun lepas.

"Ezra Maysa." Aku tersentak bila nama aku dipanggil. Terkulat-kulat aku memandang Ustazah Aminah. Haila kantoi berangan!

"Berangan sampai mana dah?" Soalan perlian dari Ustazah Aminah itu buatkan hampir seluruh pelajar sekelasku ketawa. Aku gigit bibir. Sungguh aku tak ada mood nak belajar. Mak, May nak tukar sekolah boleh tak? May tak nak dah sekolah kat sini!

The Great Soulmate?Where stories live. Discover now