TGS 3

135 7 0
                                    


BAB 3

BINGIT. Bising. Dah macam tempat orang berperang pun ada. Namun semua itu tidak menganggu perbualan aku dan Syaz di koridor kelas. Menurut Syaz, ketika itu cikgu tak masuk. Mungkin sibuk dengan mesyuarat. Dan aku hanya mengangguk faham.

"Eh kau kelas mana?" Soal aku pada Syaz. Dah lupa nak tanya sebab sibuk bercakap hal lain sejak mula jumpa tadi.

"Aku kelas 4 PKA 3 lah... Kau?"

"Samalah dengan kau."

"Yeah!" Aku menjerit teruja. Syaz dah ketawa. Tiba-tiba baru teringat kami berdua di tempat terbuka. Erk.. Nasib tak ada cikgu!

"Mehlah masuk kelas...Penat lah sembang berdiri ni." Ajak Syaz. Aku terus membontotinya ke dalam kelas. Suasana riuh-rendah pelajar lain itu langsung aku tidak hiraukan. Dan mereka pula tak adalah sibuk sangat mahu memandangku. Okay-lah tu. Tak adalah segan sangat!

"Aku rasa kau duduk sini kut... Sebab sini je tempat kosong... Kat lain dah penuh." Tunjuk Syaz kepada dua meja di bahagian hadapan. Aku hampir terlopong. Alamak kena duduk depan ke? Masalah ni!

"Tak ada meja lain ke?" Soalku sedikit gugup. Yelah sebelum ni tempat kegemaran aku memang kat bahagian belakang kelas. Jadi kira hari ni pecah rekod dalam sejarah kena duduk kat depan. Adeh!

"Tak adalah... Lagipun kau masuk lewat." Aku mengeluh perlahan. Dah tu nak buat macam mana kan? Kena reda je lah ni!

TEPAT 10.15 pagi aku dah berada di kantin. Semuanya kerana Syaz. Nak belanja makan. Katanya mahu menebus kesalahannya kerana lupa memberitahu akan perpindahannya secara mengejut. Dan aku pula hanya tersengih saja. Siapa tak suka orang belanja oi!

"Sini mee sup dia memang terbaik." Beritahu Syaz lalu kami mengambil tempat duduk yang jauh sedikit dari sinki. Ketika aku baru aku perasan yang tak ada orang kat kantin. Sebenarnya waktu rehat kat sekolah ni pukul berapa? Lupa pulak nak tanya tadi.

"Eh kejap... Kenapa kita berdua je ada kat sini?" Aku mula curiga dengan Syaz. Dia ni main langgar peraturan ke apa? Setahu aku Syaz jenis budak baik. Berbeza sedikit denganku yang kadangkala buat perangai entah apa-apa.

"Ala awal lima minit je... Kira cincai lah tu." Aku pandang Syaz dengan rasa terkejut. Wah Syaz nampak berubah sekarang. Ni dah rebel ke apa? Tahulah dia dah ramai geng kat sini. Tak macam sekolah lama semua kena control. Al-maklumlah sekolah agama.

"Kalau kau dah cakap macam tu tak apa lah." Aku mula menyuap mee sup yang masih panas itu ke mulut. Memang sedap. Rasa macam tak berbaloi dengan harga tiga ringgit saja. Resepi apa dia orang ni guna eh?

"Jap... Aku nak ambil remote." Suapan aku terhenti. Syaz bingkas bangun dan terus ke kaunter. Dan untuk beberapa ketika dia kembali dengan sebuah remote tv di tangan. Eh?

"Tv ada baik bukak... Takkan nak buat reta pusaka je." Selamba Syaz menekan remote tv dan dihalakan kepada tv yang tergantung tidak jauh dari situ. Dan beberapa saat skrin kosong itu mula bertukar cerah. Wah sekolah lama aku jangan harap nak dapat tengok tv masa rehat. Tv pun tak ada kat kantin!

"Selamba je kau kan." Aku tegur Syaz. Dia tergelak dan tunjuk sign peace. Ketika itu barulah berduyun-duyun pelajar lain tiba. Suasana mula bising dan riuh-rendah. Ada juga sesi tolak-menolak ketika beratur. Macam budak-budak!

Aku kembali menyambung suapan mee sup ke mulut. Sambil memerhatikan tayangan rancangan kartun Jepun di kaca tv.


----


SETELAH habis semangkuk mee sup, aku duduk santai menghabiskan teh ais yang masih berbaki di dalam gelas. Sekejap-sekejap aku memandang ke arah sekeliling kantin. Penuh dengan pelajar walau ketika itu sudah hampir tamat waktu rehat. Kalau macam ni gayanya, memang kena datang awal ke kantin, getus hatiku membuat keputusan.

The Great Soulmate?Where stories live. Discover now