TGS 4

196 9 0
                                    

Happy. reading dan sudi-sudikanlah untuk like dan juga komen..tqia :))


-------


BAB 4

"SAYA serahkan jawatan ketua pengawas kat awak bukannya untuk buat kerja-kerja macam ni. Tengok apa jadi sekarang? Ketua Pengawas dot dot dot dengan pelajar baru. Semua dah kecoh!" Teguran keras dari Cikgu Nazrul membuatkan bilik disiplin itu sunyi sepi. Aku dan Refhan masing-masing tunduk menekur lantai. Langsung tak berani untuk mengangkat muka.

"Tapi cikgu saya tak buat kerja macam tu." Tiba-tiba Refhan membela diri. Aku segera pandang ke arah Refhan.

"Saya pun tak buat kerja macam tu cikgu... Semuanya salah faham tadi." Tiba-tiba aku dapat kekuatan untuk bela diri jugak. Mungkin kerana Refhan? Heh tak adalah!

"Dah tu kau orang buat apa berdua kat sana? Saya nampak dengan mata dan kepala saya kamu berdua tengah bercium." Cepat saja Cikgu Nazrul membangkang. Tanganku sudah mula berpeluh. Segala yang terjadi beberapa minit tadi mula kembali terlayak di kepala. Aduh malunya!1

"Dahlah tengah-tengah hari buta macam ni... Tak ada orang lalu-lalang kat situ." Sambung Cikgu Nazrul lagi dengan nada garang. Dari ekor mataku aku nampak Cikgu Nazrul sudah mula terduduk di kerusi. Tangannya memegang kepala.

Aku angkat muka. "Cikgu try fikir logik... Takkanlah saya nak buat kerja macam tu pulak? Saya baru sampai sini separuh hari kut." Tiba-tiba aku membela diri. Refhan dan Cikgu Nazrul masing-masing berpaling ke arahku.

"Kalau minum air sekalipun, takkan kena berpeluk bercium? Kalau orang berdua tak tahan sangat, saya boleh panggil parent kamu berdua, biar je mereka kahwinkan kamu." Aku tersentak. Takkanlah sampai macam tu sekali?

"Saya tangkap dia ponteng kelas tadi ... Dia yang tak puas hati tu tolak saya... Tak sangka pulak kami berdua jatuh ke lantai... Tapi kalau cikgu rasa salah saya, cikgu boleh hukum je saya." Refhan menerangkan panjang lebar. Aku terpempan. Ek ele! Ni nak tunjuk gentleman ke apa ni?

"Cikgu, saya datang minum air kat water cooler tadi... Mana ada nak ponteng kelas.. Kalau cikgu tak percaya, cikgu boleh panggil kawan sekelas saya yang lain, kami berempat memang pergi kat situ untuk minum air." Balasku tak nak mengalah.

Cikgu Nazrul memandang aku tidak berkelip. Cikgu, saya ada saksi. Tak mainlah tuduh-tuduh tanpa bukti!

"Siapa kawan awak tu?"

"Nuwara Elya, Iman Suriani dan Iyara Eziani." Jawab aku laju. Serentak Cikgu Nazrul memandang ke arah Refhan.

"Kalau dia ada saksi, saya pun ada.. Tadi saya dengan Zayn, kami berdua dapat aduan dari pelajar yang ada pelajar lain sedang hisap rokok dekat Blok D... Sebab itu saya pergi dulu, Zayn datang kemudian sebab nak singgah ke toilet." Panjang lebar Refhan menceritakan alasannya. Aku mengerling sekilas. Ni dah boleh buat essay untuk SPM!

"Kalau macam tu, saya akan panggil semua kawan awak berempat tu." Cikgu Nazrul terus ke pintu. Aku menghela nafas sedikit lega. Akhirnya boleh juga bernafas secara normal.

Teringatkan Refhan yang ada juga di situ membuatkan aku kembali panas. Kenapalah aku selalu ada di tempat yang salah? Getus hatiku perlahan.


----


PENAT. Sungguh gila penat. Lepas je selesai kes aku dengan Refhan kat bilik disiplin, aku terus masuk ke kelas. Nasiblah aku hanya diberi amaran saja untuk kes tadi setelah mendengar penjelasan dari kawan-kawan sekelasku itu walaupun mereka bertiga kelihatan takut-takut dengan Cikgu Nazrul. Dan Refhan pula terpaksa menerima hakikat yang aku memang tiada tanda-tanda untuk ponteng kelas seperti apa yang dituduhnya. Mengingatkan hal itu aku sedikit lega.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 16, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

The Great Soulmate?Where stories live. Discover now