💘 Episode 1

175 11 0
                                    

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد

🌹 UMMUL MUKMININ AS-SAYYIDAH KHADIJAH AL-KUBRO ‎رضي الله عنها. 🌹

Dinukil dari Al Habib Ali Zaenal Abidin Alhamid

Dan bersumber kerja sama dengan Kalam Ulama (Malaysia)

Semoga yang sedikit ini bisa bermanfaat buat sahabat semua yg membacanya, dan membawa pengetahuan, kecintaan yg mendalam bagi kita semua kepada Rasulullah Shallallahu Alaihi Wassallam terutama juga ummul mukminin Sayyidah Khadijah Alkubro, yg kita akan ceritakan managibnya.

Aamiin...


📌EVISODE PERTAMA(1)

Sayyidah Siti Khadijah (ra) - Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid

SIAPAKAH SITI KHADIJAH (RA)?

Nasab dan Kelahiran

🌹 Beliau adalah Khadijah binti Khuwailid bin Asad bin Abdil Uzza bin Qushai bin Kilab bin Murrah bin Ka'b bin Luayy bin Ghalib bin Fihr.

🌹 Ibunya: Fathimah binti Zaaidah bin Al-Asham bin Rawahah bin Hajar bin Abd, bin Ma'ish bin 'Amir bin Luayy bin Ghaib bin Fihir.

🌹 Dilahirkan di kota Mekkah, 15 tahun sebelum peperangan Gajah berlaku, tepatnya 556 M.

Latar Belakang Keluarga dan Pernikahan Beliau

Beliau berasal dari keluarga mulia nasabnya, terhormat martabatnya, luhur budi pekertinya, bersifat pemurah, sangat menjunjung tinggi akan nilai-nilai murni, serta luas kekayaannya.

Secara amnya Siti Khadijah (ra) berasal dari keluarga yang berwibawa, ayahnya Khuwailid adalah salah seorang yang pernah berjasa dalam melindungi Al-Hajar Al-Aswad ketika ingin di rampas oleh seorang bernama Taba' dan di bawa ke negerinya. Maka Khuwailid yang berjaya menghalang niat Taba' tersebut.

Beliau juga merupakan saudagar wanita yang berjaya di zamannya, beliau sebagai penerus perniagaan ayahnya serta mewarisi kepandaian dalam berniaga.

Merupakan adat kebiasaan keluarga terhormat dari kalangan bangsa Quraish ketika itu adalah menikahkan anak-anak perempuan mereka pada usia muda. Tidak terkecuali Siti Khadijah (ra).

Siti Khadijah (ra) telah menikah 2 kali sebelum menikah dengan Nabi Muhammad (SAW). Mereka adalah:-

🌸 Atiq bin Abid bin Abdullah Al-Makhzumi, mendapat cahaya mata dari pernikahan ini seorang anak lelaki bernama Abdullah.

🌸 Hindun bin Zurarah bin Nabbash Al-Tamimi, mendapat 3 cahaya mata: Hindun, Harith, dan Zainab.

Orang Yang Berpengaruh Ke Atas Keperibadian Beliau

Terdapat dua (2) orang yang berpengaruh dalam kehidupan Siti Khadijah (ra), sebelum menikah dengan Nabi Muhammad (SAW):-

🌸 Hakim bin Hizam anak saudara Siti Khadijah (ra). Beliau rakan kerja Siti Khadijah (ra) dalam perniagaanya, beliau seorang yang bijak, sehingga kebijakannya menyebabkan beliau layak untuk di lantik sebagai ahli parlimen termuda di (Dar Al-Nadwah) yang dianggotai ahli-ahli dalam lingkungan 40-an.

🌸 Waraqah ibnu Naufal [anak bapa saudara Siti Khadijah (ra)], beliau seorang tua beragama kristian, beriman kepada Allah SWT, serta banyak mengkaji akan kitab Taurat dan Injil. Beliau sering berdiskusi dengan paderi-paderi di zamannya membincangkan tentang kehadiran penutup para nabi.

Dengan demikian, Siti Khadijah (ra) banyak terpengaruh dengan dua (2) orang ini kerana rapat perhubungan di antara mereka. Terpengaruh dengan Hakim dari sudut kecekapan dalam membangunkan ekonomi melalui perniagaan, dan Waraqah dari sudut membangunkan kerohanian, beliau merupakan guru kepada Siti Khadijah (ra).

Sumber:

📝@Kalam_ ulama

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

Ummul Mukminin As-Sayyidah Khadijah Al Kubro✔️Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang