~Satu~

8 0 0
                                    

Dear, diary.
Ini cerita aku..
Aku Aisha. Aisha Darina. Aku ada dua orang kakak, Aisha Safiya dan Aisha Maheera. Waktu dekat rumah family aku panggil aku Darina, ataupun adik. Tapi dekat sekolah, orang panggil aku Aisha. Mungkin kalau orang lain ditanya 'kalau kau boleh jadi disney princess, korang nak jadi apa?' mungkin orang akan jawab nak jadi Belle,Elsa,Anna,Snow White atau Ariel. Tapi aku, aku akan jawab Cinderella.
Sebab hidup aku sebijik sejibik macam Cinderella.

Okay.... Cerita dia macam ni...

Suatu hari ada seorang gadis bernama Aisha Darina. Dan ketika itu Aisha baru berumur 6 tahun. Dan wujudlah seorang budak lelaki yang sebaya dengannya. Nama budak itu Irh...ehem ehem...
adalah nama dia tu...mana boleh bagi tau..top secretlah..
mereka berdua adalah kawan yang rapat sejak lahir lagi.
Macam mana? Kedai ayah Aisha dan kedai ibu budak itu bersebelah. Sejak kecil mereka memang selalu bergaduh.
Hinggalah...

4 tahun kemudian

'hm,hm,hm,hm,hm... malasnyaaaa harini sekolahhhh...2 tahun lagi nak upsr pulak tu..first day sekolah tahun ni. Alah bukannya ada papepun, sama je setiap tahun mengadap muka orang yang sama jugak'. Hari itu Aisha mengorak langkah baru tahun baru ke sekolah. Dia masuk ke dalam kelas dan duduk di meja kosong yang tidak berpasangan.
Oh! Lupa nak cakap. Cinderella kita ni tak ada kawan melainkan si Irh... tu. Memang dia sentiasa alone kalau tak disebabkan kawannya itu. Aisha adalah seorang yang pemalu, dia hanya menunjukkan dirinya yang sebenar kepada orang yang dia selesa.

Dengan ini, hari pertama persekolahan pun tamat.
Eh kejap. Mana Irh...!!! Kenapa dia tak ada harini??!!!

Selepas balik rumah, kisah Cinderella ini semakin kritikal.
"Adik, adik tau tak Irh... pindah."kata ayah.
Aisha hanya menggeleng. Eh jap......
"APA??!!!!!"

CinderellaWhere stories live. Discover now