"Tiga saat, dua saat, sat-"Suara Jungkook bergema-gema dalam fikiranku.
Kelopak mataku yang terbuka separuh menatap satu daun pintu rumah yang terbuka separuh.
Kelibat Jungkook berpakaian serba hitam. Bertemankan wajahnya yang sugul menatap wajah malangku ini.
"Too bad, kau naif sangat untuk elakkan takdir kejam ini, Yena."
Kudrat tubuhku dikerah ke pintu utama. Fikirku sempat untuk melarikan diri dengan keadaan leherku yang separuh nazak ini.
Ttap. Ttap. Ttap.
Nafas gementar berselang-seli dengan degupan jantung di luar rentak normal.
Aku lihat papa berdiri di hadapanku dengan senyuman penyayangnya. Kapak dihayunkan sesuka hatinya.
Dengan nada berbunyi riang, daun pintu ditutup rapat. Papa merangkak laju mendekati keadaan diriku yang lemah.
"Anak papa sudah sedia untuk join mama ke syurga?"
T-TAK. PAPA KASI PELUANG YENA UNTUK HIDU-
Sekali libasan kapak, hanya tuhan tahu sakit yang bukan kepalang itu.
Pandanganku berbalam-balam sebelum seluruh imej bertukar gelap. Lengan aku papa tarik menuju ke dapur.
"Goodnite Yena. Anak kita d-datang menemani awak, sayang."
-end-
A/N:
Menulis selama sejam sahaja. Saya harap short ff thriller saya ini menjadi percubaannya.
How?
Okay ke fanfic segera ini?
<3
