10

3.5K 551 80
                                    


"T-tiga minit, YENA."Jungkook menolak aku keluar dari bilik.

Ketakutan aku sudah mencecah level maksima. Sebenarnya, aku sempat berlari keluar bersama Jeon Jungkook.

Lif lambat sangat. Jadi, aku decide untuk guna anak tangga sahaja.

Lari, lari sehingga nafasku terasa sesak di kerongkong.

Dadaku menjadi sakit. Rasa takut kuat mencengkam diri.

"Anak papa, takut?"

Bunyi kapak bergesel dengan tempat pemegang tangga berdesup masuk ke dalam gegendang telingaku.

Aku toleh ke arah Jungkook. Mataku merenung kelibat jasadnya yang hilang ditiup angin.

"A-aku dah beri amaran Yena. Hari ni hari kau dibunuh oleh papa kau sendiri."

Satu demi satu lampu setiap tingkat anak tangga padam dengan sendirinya.

Klik.

Klik.

Klik.

Lampu terpadam di tingkat tiga.

Aku pula hampir menuju ke garisan penamat, iaitu tingkat pertama.

"Satu minit, YENA."suara Jungkook bertempik kuat disusuli derap tapak kaki seseorang menghampiriku.

Mulutku ditekup kuat. Tubuhku dirangkul seseorang dari arah belakang.

"Papa got you, YENA."

Zzap..Aku dapat merasa bilah tajam kapak terbenam kuat di atas kulit leherku.

tbc

[C]Snake | JJKTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang