Bahan²:
1. Agar-agar (Satu peket).
2. Gula batu (Seketul tapi tak perlu besar sangat).
3. Susu pekat.
4. Susu cair (Satu tin).
5. Garam (secubit).Cara²:
1. Basuh dahulu agar-agar untuk 2-3kali basuhan.
2. Masukkan dalam periuk dan masukkan air sehingga agar-agar tenggelam di dalam air.
3. Panaskan agar-agar sehingga cair.
Biarkan untuk seketika.4. Masukkan gula batu.
Kacau sehingga larut.5. Masukkan susu pekat sehingga agak² setengah tin.
Sebenarnya agak² jugak kita nak masuk banyak mana tapi selalunya setengah tin.6. Masukkan susu cair.
7. Masukkan garam.
8. Kacau sehingga agar mula naik dan cepat-cepat tutup api.
9. Tuang ke dalam bekas menggunakan penapis.
10. Jikalau ingin buat 2 agar-agar, contoh, satu agar-agar susu dan satu agar-agar milo. Masukkan separuh adunan ke dalam bekas untuk agar-agar susu. Separuh lagi adunan, campur dengan milo, kacau adunan itu sehingga agak2 larut sebelum tuang ke dalam bekas.
11. Siappp!! 😋😋😋
YOU ARE READING
Masak Bodo²
Non-FictionResepi bodoh2 oleh saya yg tidak pandai memasak. Story ini sekadar diari masakan saya untuk mengabdikan resepi² masakan yg saya telah buat untuk rujukan masa depan.