Popia Carbonara

56 3 2
                                    

Gambar sumber ilham dari Google.

Bahan²:

1. 1/2 ulas bawang Holland (potong dadu).
2. 3 ulas bawang putih.
3. Hotdog (3 biji sosej). Ada resepi yg letak ayam dan hotdog tapi saya sekadar letak hotdog sebab taknak loaded sgt isi tu, nanti muak.
4. Sos Carbonara (300g)
5. Cheddar Cheese (1 keping). Ada orang letak 2 keping. Depend on you sebenarnya, keluarga saya cepat muak makan cheese banyak so saya sekadar letak sekeping.
6. Black pepper (secubit).
7. Garam (Secubit).
8. Carrot (Main agak sendiri, kalau suka carrot banyak² letak la banyak2).
9. Kulit popia.
10. Putih telur.

Cara² memasak:

1. Masukkan minyak.
Bergantung sebenarnya mengikut preferences seseorang. Saya tak suka berminyak sangat jadi sekadar letak seperti ingin goreng telur.

2. Masukkan bawang Holland.

3. Masukkan bawang putih.
Tunggu sehingga bawang keperangan sebelum proceed to next step.

4. Masukkan hotdog.
Kalau nak letak ayam jugak, masukkan ayam terlebih dahulu. Kemudian, baru hotdog. Biarkan seketika.

6. Masukkan sos Carbonara.
Biarkan seketika.

7. Masukkan cheese kemudian kacau bagi betul² cair baru masukkan black pepper.

8. Masukkan garam.
Biarkan seketika.

9. Masukkan carrot apabila sos hampir mendidih.

10. Tutup api dan biarkan sejuk seketika.

11. Sediakan kulit popia.

12. Mulakan menggulung.

13. Sapukan putih telur di hujung kulit popia yg telah digulung.

14. Dan popia carbonara sedia untuk digoreng. Pastikan goreng dengan api yang perlahan. 😋😋

Masak Bodo²Where stories live. Discover now