"Maya !!! Bangunlah ! Kau ni tak serupa anak daralah. Ini subuh dah ke belum lah ni ?!" kejut housemate Maya.
Ya, Maya Arissa. Umur 23, kerja ? Sedang diusahakan.
"Alah, lagi 5 minit." rakannya menjuih, terus dia mendekati langsir bilik Maya. Tanpa berlengah, langsir tersebut ditarik menyebabkan cahaya masuk ke dalam bilik.
"Dah 15 kali kau cakap 5 minit ! Kau nak datang lewat temuduga ke ?" marah rakannya sambil bercekak pinggang. Drastik tubuh Maya bangun daripada pembaringan.
"Pukul berapa ni ?!" kelam-kabut dia bangun dan menarik tuala masuk ke dalam tandas.
"UMAIYAH AKU TUMPANG KAU !!" jerit Maya dari dalam tandas.
Umaiyah sekadar mengumam, malas nak menjerit pagi-pagi. Umaiyah bergerak turun ke bawah.
"Hannah, nampak Neldia ?" tanya Umaiyah dan duduk di sebalah Hannah yang sedang makan sarapan miliknya.
"Entah, semalam malam dia keluar sampai sekarang tak balik." balas Hannah. Umaiyah mengangguk faham.
"Kau dah nak pergi kerja ke ?" tanya Hannah.
"Haah, tengah tunggu si Maya tu. Yelah tempat temuduga dia dekat tempat kerja aku" balas Umaiyah.
Gedebuk !
"Nangka busuk apa jatuh pepagi ni ?" soal Hannah dan bangun keluar dari dapur.
"WOI MAYA ! KAU NI NAK BERKEMBAN PUN JANGAN DEPAN AKU, LEPASTU JATUH TANGGA. NASIB TAK TERSELAK TUALA TU !!"
"Bising lah, bukan nak tolong aku." Maya bangun dan mengusap pinggangnya, dia masuk ke tandas yang berada di dapur, mengabaikan pandang pelik Umaiyah dan Hannah.
"Paip bilik air dia rosak kut." balas Umaiyah cuba bersangka baik.
Klerk !
Pintu utama di buka dari luar.
Seorang perempuan berambut perang masuk ke dalam, pakainnya cukup menyeksakan.
Tak sempat Umaiyah atau Hannah mahu menegur, dia sudah mengangkat tangan supaya diam.
"No ceramah, aku penat." singkat dia balas dan dia berlalu menaiki tangga. Keluhan terlepas dari dua perempuan tersebut.
"Pergi kelab lah tu." ujar seseorang yang baru masuk ke kawasan dapur, Amanda.
"Kau dah nak pergi kolej ?" Amanda mengangguk dan mengambil sekeping roti yang sudah disapu jem.
Mujur ada Hannah untuk membuat sarapan, dia hanya bekerja di rumah. Maya keluar dari tandas dan terus dia berlari naik ke atas.
"Itu lagi sorang, aku viral juga budak tu nanti." bebel Amanda dan terus pergi ke arah pintu utama.
Oh ya, rumah ni ada 7 orang penghuni.
Maya Arissa POV
Aku masuk ke dalam bilik tidurku, berpaling sahaja aku menjerit terkejut. Taklah kuat sangat, cukup untuk aku dan dia tu dengar.
"Kau pahal si*l ?!" marahnya dan membaling bantal kearah aku.
"Terkejut lah, sejak bila kau balik ni ?" tanyaku kepada Neldia, rakan sebilik, serumah dan rakan sehanatkurr.
Yelah, bilik ada 5 lima sahaja, jadi aku rela hati nak berkongsi bilik dengan Neldia dan Tiya. Bantal tadi aku campak ke atas katil milikku.
"Baru." balas Neldia singkat.
Aku mengeringkan rambut menggunakan hair dryer.
Relax lah, baru pukul 7. Umaiyah kejut aku macam dah lambat sangat je padahal temuduga tu pukul 8.30. Ha, aku pun dah siap pakai baju kat dalam tandas dapur k.
YOU ARE READING
Let Me Change You [ HIATUS ]
Fanfiction"Izinkan aku mengubah hidup kau." - Naufal Anaqi. • • • • START : 9 May 2020 END : - STATUS : On-going