°🄿🅁🄾🄻🄾🄶°

26 5 0
                                    

"Ini pelajar baru kita." kelas yang bising tadi mula sunyi bila guru kelas itu membawa seorang pelajar perempuan.

"Maya, perkenalkan diri kamu." Maya menganggukkan kepalanya sebelum memperkenalkan dirinya.

"Assalamualaikum, saya Nurul Maya Arrisa." kata Maya, bibirnya tersenyum manis dihadapan penghuni kelas itu.

Semua pelajar didalam itu sekadar mengangguk, terdengar juga beberapa bisikan daripada pelajar perempuan dan lelaki.

"Baiklah, kamu boleh d—"

"Sini cikgu ! Sini kosong !" jerit seorang pelajar lelaki.

Maya mula meliarkan pandangan ke seluruh kelas, memang sebelah pelajar lelaki itu sahaja yang kosong.

"Okay, Maya kamu boleh duduk sebelah Taehyung." ujar Cikgu Saleha, jari telunjuknya menunjuk ke arah tempat yang kosong bersebelahan pelajar lelaki itu.

"T-Taehyung ?" kenapa nama lelaki ini lain ? Mesti pelajar luar negara ni.

"Baik cikgu." Maya mula berjalan ke arah meja Taehyung itu dibelakang kelas.

"Hai ! Nama aku Taehyung." sapa Taehyung mesra sambil menghulurkan tangannnya. Maya memandang lama huluran Taehyung. Nak pegang haram.

"Saya Maya." Taehyung tersengih dan menarik kembali huluran tangannya, Maya mula melabuhkan punggungnya di kerusi bersebelahan Taehyung.

"Kau Islam ke?" tanya Taehyung.

Amboi kau Taehyung, mentang-mentang cikgu tak ada–

Maya mengangguk, dah sah-sah dia bertudung.

"Hati-hati tau." pesan Taehyung, pantas Maya menoleh bersama kerutan di dahi.

"Kenapa ?"

"Macam yang kau tengok, budak-budak dekat sini ramai tak bertudung walaupun diorang beragama Islam. Jadi, orang yang pakai tudung ni macam kuno kat sekolah ni. Kesimpulannya kau akan jadi mangsa buli tak lama lagi." ujar Taehyung ringkas serta padat.

Memang betul, pelajar yang bertudung pun boleh kira dengan tangan sahaja dekat sekolah ni.

"Kuno ?" Maya tertawa kecil, nak cakap lebih-lebih Taehyung ni bukan faham pun.

"Tak apalah."

"Kau pun mungkin tak akan dapat kawan." Maya memejamkan matanya rapat.

'Budak ni nak hasut aku supaya buka aurat atau apa ?' desis hati Maya.

Maya hanya mendiamkan, malas nak melayan. Sudahlah suasana kelas sedang riuh dan bising. Seorang pelajar perempuan yang duduk di bahagian hadapan kelas mula bangun, kakinya melangkah ke arah meja Taehyung.

"Hai, aku Neldia. Neldia Alysia-" Maya mendongak memandang perempuan tidak bertudung dihadapannya.

"And yes, aku Islam." terkebil Maya memandang Neldia yang berdiri dihadapan dia. Rambut diperangkan sedikit, skirt pun boleh tahan pendek.

"H-hai."

"Nak berkawan dengan kawan-kawan aku ?" soal Neldia, dia melabuhkan punggungnya diatas meja Taehyung. Taehyung pula menongkat dagu disisi pinggang Neldia.

"Tak ap—"

"Kau nampak budak dekat depan tu, yang bertudung." terus Maya meliarkan pandangan mencari budak yang dikatakan Neldia.

Ada dua orang.

"Yang sebelah kanan tu nama dia Siti Qaisara, kiri pula nama dia Umaiyah. Diaorang kawan aku." Maya menganggukkan kepalanya tanda faham.

Let Me Change You [ HIATUS ] Where stories live. Discover now