(13) Mendapat Maklumat 1

269 32 4
                                    

When the moon is out,
The shadows join in,
Now nightmares can begin

-

-

-

-

-

Cahaya terbenam matahari menyinari Pulau Rintis. Kelihatan Halilintar, Taufan, Gempa, Thorn dan rakan-rakannya masih berada di kedai Tok Aba kerana masih berbincang tentang sesuatu.

"Jadi malam ni kita pergi cari dia ?" Yaya tanya untuk kepastian. "Ya, Dah banyak kerosakan dah dia buat kat pulau ni. Kalau kita tunggu lama lagi, lagi banyak kerosakan dia akan buat dan lagi ramai yg akan tercedera." Gempa tunjukkan potongan daripada surat khabar terkini (Tok Aba masih belum siap baca satu surat khabar jadi dia kasi Gempa potong mana2 yg dia nak)

Kalau nak tau, surat khabar tu tunjukkan yg ada beberapa kerosakan bangunan mcm reban (betul ke aku eja ni?) ayam, garage rumah dan ada beberapa dinding diconteng dgn cat  warna hitam sejak tiga hari selepas pertemuan mereka dgn Solar.

"Kita akan mula periksa kat mana dulu?" Halilintar tanya. Belum sempat Gempa dapat jawab, ada seseorang tiba2 muncul entah dari mana dan menuju ke arah kedai Tok Aba yg kini dijaga oleh Ochobot. Dan orang tu pakai hoodie hitam dan selendang warna ungu cair.

"Tu selendang ungu kan?" Taufan bisik. "Nampaknya ya..."  "Rasanya tu penguasa elemental kegelapan tu ke?" Ying tanya. Semua berdiam seketika sebelum sambung memerhatikan orang tu.

Orang tersebut jalan terus ke counter dan melihat sesuatu. "A-a... nak order a-apa?" Ochobot yg ketakutan dgn gerak geri lelaki tu tanya. "Cawan." Orang tu sebut. Ochobot tak berapa faham jadi dia cuba untuk fikirkan apa yg orang tu sebenarnya mintak. Selepas beberapa minit menunggu, orang tu mendekati dia dan sebut semula apa yg dia mintak. Mata dia yg berwarna hitam yg ditutupi oleh hoodie nya kelihatan jelas kepada Ochobot.

"Bagi cawan tu."

Ochobot pusing ke belakang dan nampak sebuah cawan terletak atas meja dan seingat dia, dia tak letak kat situ. Dia terus ambil cawan tu dan hulurkan kepada orang tu. Sebaik sahaja orang tu memegang cawan tu, cawan tu bertukar menjadi seekor kucing bayang yg korang dah tau dan sayangkan (kot).

"Tolak lever tu sekarang Shadow." Orang tu arahkan. "Baik Lunar!" Shadow melompat dan menolak satu lever yg tersorok dlm kedai tu. Selepas lever ditolak, pintu masuk ke Tapops-U terbuka.

"Hoi! Apa yg kau nak buat hah?!" Fang menjerit dan mengaktifkan kuasanya. Idea yg teruk.  "Jari Bayang!" Kesemua jari bayang tu menuju kepada Lunar tapi Lunar tak takut pun malah dia tak cuba nak elak pun serangan tu. "Jari bayang, serang dia." Lunar kata dan semua jari bayang tu menuju semula kepada Fang yg selepas tu diikat dgn jari bayang tu. Jangan lupa pasal beberapa jari bayang juga ikat Ochobot.

"Apakah?!" Fang cuba lepaskan diri dgn hilangkan jari bayang tu tapi tak berjaya. "Dah, jomlah Lunar. Kita ada kerja untuk disiapkan." Shadow melompat ke atas bahu Lunar. "Cepat! Tahan dia! Dia nak masuk ke markas kita!" Halilintar keluarkan pedangnya.

"Daun Kebas dan Kejang!"  Thorn cuba tahan dia tapi jari bayang yg ikat Fang dan Ochobot muncul dan musnahkan semua daun2 tu. "Korang baik bagi aku habiskan kerja aku dulu sebelum kau menyesal" Lunar kata dgn matanya bersinar warna ungu. Malangnya yg lain tak faham bahasa dan terus serang dia. Sebabkan rasa tak selesa dan tau yg dia dah bazir banyak masa, Lunar aktifkan kuasa dia.

"BOLA KEGELAPAN!!!" Lunar baling bola2 tu dan terkena Thorn, Halilintar, Taufan, Yaya dan Ying. Gempa sempat keluarkan tanah pelindung dia jadi sebab tu dia dan Gopal tak terkena dan tertidur. "Hey! Apa yg kau buat kat diorang?!" Gopal tanya sambil sorok belakang meja dgn tangan bentuk mcm pistol. "Oh takde ape2. Cuma bagi diorang rehat jap lepas penat bekerja." Lunar senyum dan angkat tangan kirinya yg ada dua bola kegelapan.  "Korang pun nampak penat :)..."

"Cengkaman tanah!" Gempa cuba untuk tangkap dia tapi cengkaman tanah tu tembus dia mcm tu je. Tak tinggalkan sebarang kesan. Gempa dan Gopal terkejut sangat sampai tak perasan yg Lunar ada kat belakang dia.

"Selamat malam"

.....................................................

"Mana bilik tu?" Lunar tanya Shadow sebaik saja masuk ke dlm markas. "Sini ikut aku." Shadow mengaktifkan kuasanya dan mula berlari. Lunar pula ikut dia tapi dia terbang sebab malas nak lari. Sepanjang dia ikut Shadow, dia teringat kata2 tuannya.

"Betul ke tuan?!" Dia tanya. "Ya, lebih baik kita guna kuasa kau Lunar. Kau boleh kacau kuasa Fang dan boleh tidurkan semua orang. Jadi senanglah nak pecah masuk. Lagi2 bila ada Shadow yg boleh menyelinap masuk dan check kalau ada orang ke tak."

"Tapi kenapa tak guna kuasa tuan je? Kan boleh je tuan masuk dan dapatkan maklumat kita nak tu lagi cepat." Solar memusing kerusinya dan tidak memandang Lunar. "Aku tau tapi... Diorang dah tau sedikit kelemahan aku. Tapi diorang tak tau apa2 pasal kau. Jadi kau mcm instant win lah. Lagipun... Aku masih belum bersedia nak guna kuasa ni lagi... Sampai Adudu dan musuh misteri tu ditangkap."

"Musuh misteri? Tuan tak pernah cakap apa2 pun pasal dia."   "Ini yg aku dapat tau daripada pasukan burung. Diorang kata ada orang cadang nak ke bumi untuk dapatkan kuasa Elemental aku dan diorang tu. Terutamanya kuasa kau Lunar. Dan aku rasa, dlm footage cctv yg diorang simpan dlm markas tu ada terakam sikit pasal musuh ni sebab dia pernah datang sini untuk perhatikan kita semua waktu Adudu dan Probe muncul dgn Boboibot. Nampak sangat diorang tu bekerjasama."

"Tugas kau senang je Lunar. Gunakan badan aku dan musuk ke dlm markas dan cucuk masuk pen drive ni mcm dulu tapi kali ni, kau boleh buat apa2 je kat sesiapa yg halang kau asalkan kau tak bunuh diorang. Jangan bagi diorang nampak mcm kita ni musuh mereka."

'Dan aku dah fail bab 'jangan bagi diorang nampak kita ni musuh mereka'. *Sigh* Aku harap tuan tak marah.' Lunar kata dlm hati. Lepas apa yg dia buat, mesti diorang dah kena label jadi musuh ni.  Dia terus ikut Shadow bila dia ternampak satu bilik. "Shadow kejap!" Lunar bisik tapi cukup kuat untuk Shadow dengar. "Apa dia?"

Lunar tak jawab tapi jalan ke bilik tu. Senyap2 dia mengintai dan nampak Blaze duduk di sebelah Ice yg terbaring atas katil. 'hmm....Aku bawak tak benda tu..." Lunar periksa poket hoodienya dan keluarkan sebotol secair warna ungu dan sedikit kuning. Dia terus tersenyum. 'Dah jumpa dah cara nak pastikan diorang tak nampak kita ni musuh'.

Lunar memandang Shadow yg nampak mcm dah tau apa plannya. "Kau fikir apa yg aku fikir?".  "Tapi tuan tak bagitau kat kita untuk buat ni. Lagipun kau tak bagitau dia yg kau ada benda tu".  "Takpe. Aku yakin tuan takkan marah."

"Kau tahan dia. Aku tuangkan cecair eclipse ni."

............................................................

Selepas bercuti untuk entahlah berapa lama akhir siap jugak chapter ni. Sorrylah cuma bila tulis cerita ni, setiap hari terfikir ending berbeza-beza sampai tak tau nak akhirkan cerita ni mcm mana.

Dan sorry untuk buat sesetengah korang marah sebab lambat update. (Sorry)

Dan tak boleh janji bila chapter seterusnya publish so... Selamat menunggu?

Kerana Satu Salah Faham (Slow Update)Where stories live. Discover now