HAHSHSHS HEHEHEHE.NAK TANYA, korang nak panjangkan lagi ke tak story ni? 😎
.
.
Jimin dan Nara sudah nyenyak tidur. Sedangkan 2 makhluk jahat sedang cuba melakukan sesuatu yang berbahaya di rumah mereka!
"Cepat la!" Sarah memukul kuat bahu sahabatnya, Jackson.
"Ye, ye, ye! Boleh sabar tak?" jawab Jackson. Selepas itu, dia menuang mintak petrol di ruang tamu rumah Jimin.
Sarah tersenyum sinis. Jika dia tak boleh memiliki Jimin, orang lain pun sama!
"Okay dah siap, sekarang kau pulak" kata Jackson selepas habis menuang kesemua minyak petrol itu di lantai.
"Hehehe" Sarah mengambil kotak mancis di dalam koceknya.
Batang mancis itu diseretnya di kotak biar bernyala dan dibuangnya ke lantai.
"Eh jom jom!" Jackson menarik tangan Sarah apabila api itu semakin marak.
"Selamat tinggal Park Jimin" Sarah mengesat air matanya di pipi dan meninggalkan kawasan perumahan Jimin.
.
.
.
Nara terbangun apabila mencium bau asap. "Jimin! Park Jimin!"
"Hmmm?" Jimin menggosok matanya dalam keadaan mamai.
"Awak ada cium bau asap tak? Uhuk! Uhuk!" tanya Nara dan dia terbatuk-batuk.
Jimin tersedar dari mamai, "yelah. Sayang, kita keluar sekarang!"
Jimin memegang tangan Nara, dia membuka pintu bilik mereka berdua. "Ahh!"
Jimin terkejut apabila api sudah marak masuk ke bilik mereka berdua. Kayu rak buku di sisi bilik mereka berdua yang telah terbakar terkena lengan Jimin.
"Jimin!!" Nara memegang lengan Jimin yang melecur.
"Saya okay... Kita kena keluar sekarang!" Jimin menarik tangan Nara semula untuk keluar.
"Ji...jimin... Uhuk! Uhuk!" Nara memegang dadanya apabila terasa sesak. Kemungkinan kerana terlalu banyak menghidu bau asap.
"Nara! Ani! Ani! Tahan Nara.. " Jimin menjerit kuat apabila Nara terduduk di hadapannya.
Nara tidak memberikan respon cuma mampu menarik nafas panjang.
"Nara- argh!.." Jimin mengadu sakit apabila belakangnya terkena hempap dengan rak buku tadi.
"Ji..Jimin!" Nara mengeluarkan semua kekuatannya untuk memeluk Jimin, dia menangis.
"Pergi Nara! Pergi!" Jimin menolak kuat tubuh Nara.
"Tak! Saya takkan pergi tanpa awak!" Nara menggelengkan kepalanya.
"Pergi! Aku kata pergi Nara!" jerit Jimin, matanya berkaca menahan sakit.
"Hiks!" Nara pergi dari situ seperti yang disuruh oleh Jimin.
"Argh..." Jimin baring secara meniarap kerana dihempap oleh rak.
Nara menuruni anak tangga dengan laju sehinggakan kakinya tersadung dan jatuh.
"Arghh!!" Nara menjerit kuat sehingga badannya terkena dengan serpihan pasu dan kepalanya terkena dengan bucu anak tangga.
Keadaan mereka berdua amat sadis ketika itu.
Sesiapa mohon memanggil bomba.
.
.
.
"Berita terkini. Park Jimin dan isterinya, Park Nara sudah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian iaitu rumah mereka kerana rentung kebakaran. Sebab kebakaran masih lagi disiasat."
Sarah tersengih mendengar berita itu dipapar di televisyen.
"Lepas ni kau nak buat apa?" soal Jackson.
Sarah memandang wajah Jackson, "kita lari. Aku takut ada orang syak kita! Cepat kemaskan barang"
"Rileks, nah minum air ni dulu" Jackson menghulurkan air manis yang sudah diminumnya sedikit kepada Sarah.
Sarah mengambil dan meminumnya, "dah ah, pergi la kemas! Nah ambik gelas ni!!"
Jackson hanya menurut kata kerana dia sudah lama memendam rasa cinta terhadap Sarah.
Langkah Jackson terhenti, dia mengangkat kedua-dua tangannya. "Kau dah gila ke Sarah?"
Ya, Sarah sedang mengacukan pistol di belakang Jackson. "Kau perlu mati, kau semak"
Jackson tersenyum sinis, dia mengalihkan tubuhnya menghadap Sarah. "Sudah terlambat sayang, kita berdua perlu mati bersama"
"Apa yang kau merepek?! Hergh!! Uhuk! Uhuk!" Sarah terkejut sambil memegang lehernya. Hidungnya menggeluarkan banyak darah.
"Kau minum racun tadi, sama macam aku..." Jackson mendekati tubuh Sarah.
"K..kenapa? AKU TAK NAK MATI LA!" Sarah terduduk sambil memutahkan darah.
Jackson tersenyum kecil, dia juga turut memutahkan darah. "Sebab aku sayangkan kau.."
"T..tak.."
Sarah terbaring lemah dan tidak bernyawa. Jackson mendekatinya, "Saranghae"
Jackson juga terbaring lemah di sisi Sarah, sempat tangannya memegang erat tangan Sarah.
Kini, kedua-dua nya sudah tidak bernyawa.
Itulah dipanggilnya, cinta mati. Hmm.
TBC; ♡♥.
.
.
Omg, Sarah...
Jimin and Nara? 😶
YOU ARE READING
Suami Perangai Syaitan: Park Jimin
FanficDia jejaka yang memiliki segalanya, termasuk la perangai macam syaitan. " Heh. Aku tak nak la ada isteri otak dungu macam kau ni "