Fatehah atau digelar Tehah selalu membantu ibunya membuat kuih . Namun , semuanya berubah apabila rakan rakan di sekolahnya mengejek dia dengan panggilan 'anak kuih' . Pada mulanya , Tehah tidak mempedulikan ejekan mereka . Tibalah suatu masa , rakan baiknya enggan berkawan dengan dia lagi . Dia berasa sangat sedih . Setibanya di rumahnya yang sangat kecil , melihat ibunya yang sedang membuat kuih , dia menghampiri ibunya
"Aku benci kau ! Penjual kuih x guna ! Memalulan Aku je ! Kau bukan mak Aku" jerit Tehah .
Dia terus masuk ke dalam bilik dengan menghempaskan pintunya . Ibunya sangat terkejut dan terkedu dengan sikap Tehah . Ibunya sedar bahawa dia Hanya seorang penjual kuih di tepi jalan . Selepas seminggu , Tehah masih tidak bercakap dengan ibunya dan membuat keputusan untuk pergi dari rumah .
"Ish , kesah ape aku dengan org tua tu , asyik menyusahkan orang je" bisik Tehah di dalam hati.
Dia pun keluar lalu pergi ke rumah rakannya,Syida, sambil makan roti gardenia sebagai alas perut . Ya , ibunya perasan bahawa dia telah melarikan diri namun ibunya tahu bahawa dia tidak akan berjaya menghalang anaknya . Sehinggalah tiba pada suatu masa , seorang pakcik tua berjubah putih datang ke rumah..
"Assalamualaikum , Fatehah ada ?" tanya pakcik itu.
"Waalaikumusalam , ade... sebentar ya . Saya panggil dia ." Balas Syida.
"Tehah , ada orang tu nak jumpe kau"
"Ha ok ok ."
.
"Ye saya Tehah . Kenapa ya"
"Kamu anak Mak Sal ya?"
"Ha kenapa"
"Pakcik nk bagitau , ibu kamu skrg sedang koma di hospital"
"ooo ye ke ? ok " balas Tehah
.
"Tehah , Aku dengar ape yang pakcik tdi ckp . Aku rasa baik kau pergi jenguk mak kau . Mak tetap mak weyh " cakap Syida
"Ha nantila Aku pikir"
.
Akhirnya , Tuhan mengerakkan hati Tehah untuk melawat ibunya . Setibanya di hospital , kelihatan saudara-maranya menangis teresak-esak .
.
"Pak long , kenapa semua nangis ni ? " Tanya Tehah kepada paklong yang duduk berdekatan dengannya .
"Tehah , mak kau dah meninggal dunia❗❗"
Tehah terkedu seketika dan berbisik dalam hati
"Ya Allah . Dosanya aku sebagai seorang anak yang durhaka . Ampunkan dosa Aku ya Allah . Mak , ampunkan dosa Tehah mak . Aku menyesal ya Allah😭😭"
.
.
Moral ; ingatlah rakan rakan , syurga terletak di bawah kaki ibu . Sesungguhnya berbuat baik dan sayangilah ibu masing ii .
YOU ARE READING
Mama , Maafkan Aku
Short StoryKisah ini mengisahkan tentang seorang anak kepada ibu tunggal yang hanya menjual kuih . Fatehah atau digelar Tehah menghina pekerjaan ibunya itu akibat selalu diejek rakannya. Sehinggalah sesuatu berlaku kepadanya , dia bertaubat dan memohon maaf na...