PERJUMPAAN PENTING

9 2 0
                                    

“Hello,ha ada apa call aku?”Laila mengusap-usap matanya perlahan.Baru bangun daripada katil.
   “Datang office sekarang !”Arah Amanda keras di hujung talian.Tanpa menjawab,Laila lekas-lekas bangun dan menuju ke bilik air.

“BLACK.Geng ni dah beberapa kali terlepas dari tangkapan balai lain.Disebabkan diorang dah tak boleh nak tangani kes ni,pihak atasan dah serahkan dekat kita.Berdasarkan info yang kita dapat,esok geng BLACK ni akan mengedar dadah melalui sungai yang menghubungkan Kelantan dan Thailand”Panjang lebar Kapten Zuhir menerangkan kepada anak-anak balainya.
Amanda,Laila dan Qarshah mengangguk-angguk tanda faham.
“Ermm tuan,boleh saya tahu siapa ketua diorang”Laila yang dari tadi ingin bertanya,akhirnya membuka mulut.
“menarik soalan awak tu.Fariz Iskandar.Anak kepada pemilik syarikat LS holding.Berumur 29 tahun.Dia selalu keluar masuk ke Malaysia dan negara luar”
   “maknanya,dia anak Dato Luqman Sakri ?”
Kapten Zuhir mengangguk memberikan jawapan.“Anak dato,bapak kaya tapi still nak jual dadah”ngomel Laila sendiri.
   “Dia buat bukan untuk duit pun Insp. Laila.Tapi sebab dia rasa seronok”Beritahu Kapten Zuhir lagi.
   Amanda berdehem perlahan.“jadi tuan nak kami ke Kelantan esok?”
“ya tepat.Dan saya lupa nak kata sesuatu,akan ada seorang lagi inspektor ikut kamu bertiga.Pihak atasan hantar dia”
  “Okeyyy...no hal”Amanda,Laila dan Qarshah memandang sesama sendiri.

    “kau rasa kita boleh ke tangkap geng tu ?”Soalan yang diajukan Laila itu membuatkan Amanda sedikit naik angin.“Laila come on..kita boleh punya”Jawab Amanda.
“Tapi Am...Kalau kita tak dapat tangkap diorang macam mana ? Eh bukan sorang dua tau cuba tangkap dia.Ramai,tapi takde siapa dapat.Dia asyik terlepas setiap kali operasi”
    “Laila,awak kena lah yakin dengan diri sendiri kita mesti boleh punya”Qarshah cuba meyakin kan Laila.Setiap kali misi,Laila pasti akan membebel.Dia seolah-olah tidak yakin dengan diri nya sendiri.
   “hai guys ?”Sapa seorang lelaki yang berdiri sambil memasukkan kedua-dua tangannya ke dalam poket hoodie hitam dipakainya malam itu.
Masing-masing memandang pelik ke arah lelaki itu.“Yes ada apa?And kau siapa?”Soal Amanda.
    “oh hahaha.Aku Nizam.Inspektor Nizam.”Jelas lelaki itu sambil tersenyum manis.Mereka saling membalas pandangan.“ohhh ada-ada...Kapten Zuhir ada cakap yang ada orang baru akan join kitorang.So kau lah?”
Nizam mengangguk.“boleh aku duduk?”
“kau ada nampak tape orang kata tak boleh duduk ke?”Soal Qarshah pula.Melawak.Nizam tersengih-sengih sendiri sebelum duduk di sebelah Qarshah.
   “So...kau lah orangnya...Hmm..Nama aku Qarshah..Ini Laila..and yang cantik,kecik comel ni nama dia Amanda.kita bertiga ni bawah pada Amanda ni lah”
   Nizam menghulurkan tangan mahu bersalaman.Namun hanya dibalas jelingan oleh Amanda.Sombong !

Keluhan kecil dilepaskan.Qarshah duduk di atas kerusi malas yang berada di ruang tamu rumah nya itu.“Q,kenapa ni?”soal Puan Qistina,ibu Qarshah.takde apa lah ibu,Q penat sikit je
   “Kalau penat,pergi lah rehat.Kalau nak makan,pergi je makan.Ibu dah siap masak”Suruh Puan Qistina.Qarshah menggelengkan kepala.“takpe lah ibu Q makan karang sikit”
   “Adik mana bu ?”
“Adik kamu macam biasa lah dia.selagi tak pukul 12 selagi tu tak balik”
“Adrian tu baru 17 tahun bu...Tak lama lagi nak SPM.Kalau asyik melepak dengan member,main game sampai dua tiga pagi taknak study langsung,macam mana nak lulus SPM?”Ada nada kurang senang disitu.Ya la.Dia cuma mahu adik dia jadi orang yang berguna.Adrian itu bukan lah tidak pandai,tapi malas belajar.Dia sebagai seorang abang,ketua keluarga perlu lah menasihati.Bukan sengaja mahu mengongkong.
“ye la..nanti dia balik,ibu nasihatkan dia.Kamu pergi lah rehat”Qarshah mengangguk.

   “Ada apa papa panggil Fariz memalam macam ni ?”Fariz Iskandar,anak kepada pengusaha produk kecantikan berjaya di Selangor.Dato Luqman Sakri.
Dato Luqman memandang Fariz atas bawah.“duduk,papa nak bercakap dengan kamu”
“Tak kut.Pa cepat sikit tau,Fariz ada kerja nak kena buat.”Beritahu Fariz.Dia sudah boleh meng agak apa yang ingin disoal papanya.
“Fariz Iskandar,duduk”
“ish ye lah-ye lah”Fariz mengambil tempat berhadapan dengan Dato Luqman.“Razif beritahu papa,kamu tak masuk office esok.Kenapa?Nak kemana?”
Hahaha kan betul apa yang ditekanya.Tiada salah sikit pun.Keningnya diangkat sebelah.Fariz ketawa kecil sambil mengusap-usap lehernya perlahan.“Esok Fariz kena pergi Kelantan atas urusan kerja jugak pa.Syarikat Dato Helmi yang nak Fariz ke sana.Diorang tukar projek”beritahu Fariz.Jawapan yang terbaik dapat diberi waktu ini.“kan Nadia boleh pergi?”
“Nadia?Pa..Dato Helmi kan dah kata dia nak bina sekolah tu untuk orang-orang Asli kat sana.Pendalaman papa.Nyamuk banyak,pepijat lagi.Seriusly papa nak Nadia pergi tempat-tempat macam tu?Fariz rasa memang lari balik rumah la budak tu”
Dato Luqman menarik nafas panjang.“baik kamu boleh pergi sana,tapi jangan lama sangat.Papa risau tak ada orang akan back up syarikat papa nanti...”
“iye paa..tak lama pun..sebulan je Fariz kat sana..Pape Fariz contact papa okey?Argh tu je papa nak tanya ? Fariz naik dulu lah.Goodnight pa..”
Fariz beredar masuk ke dalam rumah.Malas lama-lama duduk dengan papanya.Nanti lebih banyak disoalnya.Dato Luqman hanya melepaskan keluhan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 08, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

KITA .Where stories live. Discover now