tigabelas

49 12 4
                                    

21 februari, 2017
9.30 a.m.

aku terus mencapai love compass itu
dan segera keluar dari rumah
hanya untuk memastikan fungsinya sekali lagi
aku masih tidak percaya akan fungsinya
namun aku harap ianya betul
aku mengatur langkah
mengikut arah utara pada kompas itu
ianya seperti menuju ke rumah jiyeon
aku makin teruja
dan aku mempercepatkan langkah
akhirnya aku tiba
aku tiba betul-betul dihadapan rumah kau
aku lihat ada sebuah lori
kau ada tempah barang mungkin
aku baru sahaja mahu menekan loceng
kau terus keluar dari rumah
dengan sebuah kotak berisi barang di dalam pelukan kau
apa semua ini jiyeon—
kau seperti terkejut dengan kehadiran aku
dan kau terus menghampiri aku

“ kau buat apa ni jiyeon ? ”,
kau menghiraukan sahaja kehadiran aku
seperti aku tiada disini
kau langsung tidak menoleh memandang aku walaupun seketika
kau terus meletakkan kotak itu didalam lori
apa semua ini—
“ jiyeon ! ”, aku mengenggam tangan kau
dua belah anak mata aku menerkam mata kau
aku melihat ke dalam mata kau
ianya berkaca
dengan air mata yang tidak tertumpah
“ kau nak tinggalkan aku ? ”,
kau terus mengalihkan pandangan
“ maafkan aku jeongin ”,
kau terus menepis tangan aku
dan melangkah pergi
kau bukan sahaja tertepis tangan aku
malah hati aku juga tergerak
terkesan dengan perbuatan kau

“ tapi—kenapa sekarang ? ”,
kau masih tidak tertoleh
“ aku—maafkan aku, aku kena pergi ”,
tapi jiyeon
kita baru sahaja bersama
dan hari ini
kau mula tinggalkan aku ?
tanpa apa-apa berita
kau memang angin jiyeon
kau datang tanpa dipanggil
dan kau pergi tanpa disuruh

“ jiyeon... aku sukakan ka—”,
“ maaf jeongin aku terpaksa dan hubungan kita—sampai sini saja ”,
air mata mula menitis perlahan menuruni pipi aku
jantung aku seakan terhenti berdegup
dada aku sakit dan sempit
kenapa kau tinggalkan aku dengan cara begini
kenapa kau tinggalkan aku
saat aku mula sukakan kau
kenapa sekarang jiyeon ?

“ kau jangan cari aku lagi ”,

memory. yjgWhere stories live. Discover now