DONK!!!
Sky mengusap kepalanya yang benjol setingkat seperti dalam kartun akibat pukulan kawan baiknya sambil merungut.
"Aduh....Sakitlah Ari!!Kalau ya pun,jangan pukul kuat sangat!!Habis benjol kepala comel aku ni!😫"
Ari,insan yang memukul tadi atau nama sebenarnya Akari Hana hanya diam sambil menyambung sesi pembacaannya yang tergendala akibat gangguan Sky a.k.a. budak pengacau yang entah datang dari planet mana tadi.
"Apa ni Ari-chan!Layanlah aku!Aku bosan ni....Dah lah tu baca buku tu...."rengek Sky lagi bagaikan budak kecil tak dapat mainan yang diinginkan apabila Ari langsung tidak melayannya.Bezanya 'budak kecil' ni berbadan remaja.Dasar fake.
"Jangan panggil aku Ari-chan,"sahut Ari dingin.Dia memang pantang kalau ada orang pergi tambah 'chan' kat namanya.Taulah nama dia ni ala-ala orang Jepun.Salahkan mak ayah dia yang bagi nama aneh-aneh.
"Dah tu...Nak panggil apa?Aku panggil kau Ari-chan pun dah kira cukup bagus tau!Sekurang-kurangnya aku takdelah panggil kau dengan nama aneh pun!Lagipun,siapa suruh nama kau macam orang Jepun?"
"Tch,apa-apa jelah,"ujar Ari dengan nada bosan tanda malas melayan sikap kawannya yang satu ni.Hairan juga dia sebenarnya,apasallah si Sky ni tak cari kawan lelaki?Orang perempuan jugak dicarinya...Ni spesis sotong zaman moden ke apa ni?
"Weh,Ari.Aku nak tanya sikit boleh tak?"tanya Sky,menukar topik perbualan.Nadanya bertukar menjadi serius umpama komanden askar tak berapa nak komanden.
"Apa?"
"Kau ni vampire ek?"
DONK!!!
"Aduh....Kepalaku....😭"
Sky mengusap kepalanya yang benjol dua tingkat itu perlahan.Sakit woo kena pukul kat kepala....Dahla pukulan tu kuat gilerrrr.Kalau hari-hari macam ni,rasanya dia akan mengalami amnesia kekal hingga akhir hayat ataupun berakhir di Hospital Bahagia.Hospital yang paling bahagia di Malaysia ini.
Manakala si pemukul,Ari hanya buat muka 'do you think I care?' dengan kawannya yang satu ini.Dia sendiri hairan sebenarnya.Macam manalah dia boleh berjumpa dengan makhluk macam Sky ni.Makin dilayan makin menjadi-jadi perangainya.Erghh!!!Rasanya kalau letak kat sebelah alien rasanya tak jauh beza kot.Oleh itu,Ari membuat sebuah jalan penyelesaian mudah lagi menjimatkan tenaga iaitu palau saja si Sky ini.
Rasanya sudah berapa kali entah soalan itu terpacul di mulut Sky.Ari sendiri tidak ingat.Asyik-asyik soalan itu je ditanyanya.Taulah kulit dia putih pucat,mata merah,gigi taring tajam tapi tak kanlah dia ni vampire.Lagipun vampire ni mana wujud.Mengarut je semua tu.
Tapi kalau betullah vampire tu wujud kan...ergh abaikan.
Sky yang melihat dirinya dipalau lagi mula menggerucut sebal.Nampak sangat yang dia ni macam halimunan atau senang cakap langsung tidak pernah wujud di mata Ari.
Lantas Sky hanya melangkahkan kaki keluar dari perpustakaan sekolah sambil membebel tak jelas.Haish...Macam perempuan betul membebel bagai.Orang perempuan pun tak membebel sangat tau tak?Betul tak?
Melihat Sky sudah pergi dan tidak mengacaunya lagi buat masa sekarang,Ari smirk.Yessu,berjaya buat Sky berhenti kacau dia!1-0!
Haih,Ari...Ari...Ingatkan matang sangat....
________________________
Pada masa yang sama di blok pelajar SMA,terlihat seorang pelajar lelaki tingkatan 4 sedang melakukan sesuatu di bilik robotik sekolah.Di kelasnya,dia dikenali sebagai nerd. Ini kerana penampilannya yang teramat-amat kemas mengalahkan orang OCD dan dia juga mengenakan cermin mata tebal.
Aktiviti membaiki robotnya terhenti apabila telinganya menangkap suara separa garau rakan karibnya.Jap,macam mana telinga tangkap suara?Dia....ada tangan ke?
"Emir!"
Pelajar tadi atau nama penuhnya Techmir Hadafi tadi menolehkan kepalanya 90° tak kurang tak lebih,memang tepat lagikan jitu ke arah sumber suara tadi yakni rakan sehidup tak pasti semati ke tak,Kaicho Ryan.
"Oh,Kai.Ada apa panggil aku ni?"
"Kau...Kau ada nampak Lia tak?Cikgu Mona nak jumpa dia,"ujar Kai straight to the point. Malas nak buang masa katanya.Masa kan lebih bernilai dari emas.
"Lia ke?Haih...Tak kan kau tak tau kot...Pantang ada masa lapang,ke mana lagi dia,pergi taman sekolah ler..."
Mendengar jawapan Emir tadi,Kai menepuk dahinya seraya berkata,"Aku lupa pulak..."
Ya...Kai,Emir dan Lia tadi adalah tiga sekawan manusia yang bersama sedari tingkatan 1 lagi.Makan sama-sama,belajar sama-sama,main sama-sama.Pendek kata,hampir semua benda mereka lakukan sama-sama.Dahlah mereka bertiga ni berjiran.
Kai,si ketua kelas.Sifatnya yang pandai memimpin dan tegas menjadikan dia menjawat jawatan sebagai ketua kelas dan pengawas sekolah sejak tingkatan 1 lagi.Walaupun tegas,tapi ada masanya dia akan menjadi ceria dan tak matang seperti Sky.
Emir,seorang yang gilakan bukan,maniak teknologi sejak kecil.Mahir dalam membuat,membaiki mahupun menggunakan apa-apa teknologi.Baginya,benda-benda macam ni hanyalah kacang hijau je.Ini kalau campak kat masa lalu ni,confirm mati awal ni.
Lia pula,seorang gadis yang sukakan tumbuhan dan haiwan.Pendek kata seorang yang mesra alam lah katakan.Dia juga mahir dalam bidang perubatan tradisional mahupun moden.Almaklumlah,mak dia doktor,nenek dia pulak perawat tradisional.
Kembali ke situasi tadi...
Lalu Kai segera meminta diri dan beredar ke taman sekolah manakala Emir meneruskan pembaikian gajetnya yang terhenti tadi.Untunglerr,boleh bawa gajet pergi sekolah...Jeles Leeya tau!
TO BE CONTINUE
(16/5/2020)
(815 words)
YOU ARE READING
L.I.M.A.
AdventureLima? Kata orang,kalau persahabatan itu melebihi 7 tahun bermakna ia akan kekal sampai mati. Kata orang juga,dalam persahabatan ini mesti ada suka duka pahit manis. Ini bukanlah kisah persahabatan biasa-biasa yang dilalui semua orang,tapi LUAR BIASA...