Pagi itu di dewan utama SMK Quri Indah,seperti biasa perhimpunan rasmi diadakan.Maklumlah,hari Ahad...Dan nampaknya pengetua sekolah itu sedang berucap lebih dari 180 patah perkataan.Memang sudah menjadi fitrah di mana-mana sekolah,pengetua berucap mesti panjangnya berjela-jela seperti tiada hari esok.
Kebanyakan pelajar mula menguap bosan dengan gaya tersendiri.Ada yang acah-acah ayu,tutup mulut malu-malu kucing dengan tudung dan ada yang menguap lebar sehingga terserlah aroma wangi seharum mawar sehingga menyebabkan apa-apa sahaja serangga yang melintasi mulut itu mati percuma.Semoga roh serangga tersebut dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang beriman.
Ada juga yang sibuk bergosip dengan kawan.Aip!Jangan kata perempuan je,lelaki pun sama naik je tau!Inilah lelaki zaman kini...
Dan ada yang masih kuat mendengar segala ucapan dan leteran pengetua dengan penuh khusyuk.Ni memang spesies jarang ditemui.
Dan juga yang berani mati dengan sesedap hatinya sahaja membuat tahi mata sebelum dilempang dengan 'lemah-lembut' oleh pengawas bertugas.
Walau apapun gaya pelajar tersebut,sudah dipastikan majoriti pelajar sekolah itu tidak menyukai sesi ucapan pengetua yang panjangnya.....ergh panjanglah...
".......bla,bla,bla,bla....dan untuk semua pelajar,saya ada pengumuman penting hendak diberitahu ni....buat yang masih 'bernyawa',tolong kejutkan kawan kamu semua dari 'mati sementara' ya?"
Serentak,pelajar yang masih 'bernyawa' terus saja membangunkan rakan-rakan mereka yang 'mati sementara'.
Sebaik merasakan hampir 95% pelajar mula fokus,pengetua itu mula berkata,
"Memandangkan masih awal tahun,saya mahu mengadakan sebuah perkhemahan di hutan terdekat.Penyertaan dibuka kepada semua pelajar tingkatan 1-5 dan terhad kepada 40 orang sahaja jadi first come,first serve~~ Untuk keterangan lanjut,murid-murid boleh bertanya kepada guru kelas masing-masing.Itu sahaja ucapan saya pagi ini...Oh,seperkara lagi.Saya nak tegur supaya tak rosakkan pintu tandas lagi.Lagi-lagi pelajar lelaki.Tau tak kos nak baiki tu bla,bla,bla,bla....."
"Cakap dah habis ucapan.Apalah pengetua kita ni...."kedengaran suara rungutan dari salah seorang pelajar lelaki di barisan tingkatan 5.Buat pelajar junior,tolong jangan contohi senior ni ya?
Lebih tak kurang 20 minit kemudian,perhimpunan pagi akhirnya selesai pada pukul 8.30 pagi.Menangislah cikgu-cikgu pada waktu yang tertinggal tadi.
Dan seperti biasa,para pelajar berjalan dengan pelbagai gaya menuju ke kelas masing-masing.Mujur takde yang merangkak atau terbang.
Di kelas 3A,suasana agak hingar-bingar seperti bukan kalah pasar kerana ketiadaan guru.Ketua kelas itu sudah puas menegur namun dia sendiri dijawab oleh anak buahnya sendiri.
"Woi!Tolonglah diam!Dan duduk kat tempat masing-masing!Cikgu nak datang dah ni!"ujar si ketua kelas dengan nada tinggi.Yelah,cakap slow-slow bukannya nak dengar pun.Pinggangnya dicekak seperti gaya mak-mak membebel sambil berdiri di hadapan kelas.
"Eleh,nak bising sikit pun salah ke?Lagi satu,kau pun bukannya duduk kat meja kau jugak kan?"bukannya menurut arahan malah pergi menjawab pula.
Si ketua kelas tadi hanya mengeluh kesal lantas duduk di tempatnya semula.Lantaklah kena marah pun nanti.
Namun di sebalik suasana bising itu,masih ada yang mendengar kata dengan penuh patuh dengan duduk diam dan buat kerja sendiri.
Namun kita bukannya nak fokus kepada kelas 3A ni,tapi kepada watak protagonis utama cerita ini.
Kelihatan Ari sedang duduk di tempat duduknya di bahagian paling belakang sekali kelas sebelah tingkap sambil membaca buku AddMath,subjek yang paling digeruni dan ditakuti pelajar-bak kata senior Leeya.
Namun fokusnya terganggu apabila salah seorang kawan sekelasnya menerpa ke arahnya.Siapa lagi kalau bukan Sky a.k.a. budak terputus wayar
"ARI!!!!"
Jerit Sky dengan jeritan yang maha kuat umpama Ari itu berada di kelas sebelah.Padahal kat belakang dia je kot.Kecohlah.😑
Dan jeritan tadi berjaya menarik perhatian semua rakan sekelas mereka.Malah ada yang siap melatah lagi.Orang Melayu kan,tak lari dari melatah.
Kerana ramai memberi perhatian,Ari segera menyorokkan mukanya di sebalik buku AddMath yang dibacanya sambil berdehem keras.
"Ehem!"
Mendengar deheman itu,rakan sekelasnya yang lain terus menghiraukan mereka berdua dan menyambung kerja sendiri.
"Ada apa kau panggil aku?Macamlah aku duduk jauh sangat..."ujar Ari.Pandangannya tidak lari dari buku yang dibacanya dan langsung tidak memandang muka Sky.Jaga pandangan katanya.
"Ala...Aku panggil slow-slow takut kau tak dengar je..."
"Kau fikir aku pekak?"
Dush,setepek...
"Dahlah ubah topik,aku nak tanya ni....Kau kenal tak sorang senior kita ni?"tanya Sky.
"Senior mana?"
"Ala...Aku dengarlah kan gosip orang yang dia selalu ceroboh masuk bilik robotik untuk buat macam-macam alat teknologi!"kata Sky sambil tersenyum riang dan menggoyangkan kerusinya.
"Aku tak sangka kau ni jenis pak cik bawang"
Mendengar tuduhan tidak bermoral Ari,terus Sky menyangkal katanya,
"Eishh,aku bukan pak cik bawanglah!Bukan aku yang gosipkan.Orang lain!"
"Yelah...Tu je?"ujar Ari bosan.Kalau tu jelah,dia akan pastikan yang Sky tak akan dapat tengok matahari esok.
"Bukan tu jelah...Kau tau tak?Dia minat robotik!Kau dengar?Robotik weh!"ujar Sky lagi.Kali ini bukan kerusi yang digoncangnya tapi meja Ari yang digoncangnya.Habis bergoncang barang-barang Ari seperti buku-buku dan botol air di atas meja sehinggalah...
PRANGG!!!!!
Botol air My Little Pony kesayangan Ari jatuh dengan penuh dramatiknya dan selamat mendarat di atas lantai dalam keadaan pecah berderai.
Ari dan Sky hanya memandang lama botol air yang sudah tak nampak rupa botol air itu lama.Sepi menemani mereka berdua.
~Ark ark ark~
"Errrr....Heheh,peace?"kata Sky dengan muka tak bersalah dan terus memecut keluar dari kelas.
"Sky!Aku akan pastikan kau betul-betul takkan dapat tengok matahari esok!"
"Waaaaa!!!!!Cabut!!!!!!!"
"JAGA KAU SKY!!!!!!!!!!!!!!!"
TO BE CONTINUE
(17/5/2020) (895 words)
YOU ARE READING
L.I.M.A.
AdventureLima? Kata orang,kalau persahabatan itu melebihi 7 tahun bermakna ia akan kekal sampai mati. Kata orang juga,dalam persahabatan ini mesti ada suka duka pahit manis. Ini bukanlah kisah persahabatan biasa-biasa yang dilalui semua orang,tapi LUAR BIASA...