8. Nightmare

417 59 248
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kereta Volkswagen Passat milik Hwayoung diberhentikan di hadapan sebuah restoran yang agak mewah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kereta Volkswagen Passat milik Hwayoung diberhentikan di hadapan sebuah restoran yang agak mewah. Selesai memarkir keretanya di tempat letak kereta, mereka berdua keluar dari kereta dan masuk ke dalam restoran tersebut.

Regular Restaurant

Mereka mengambil meja yang berada di hujung restoran dan bersebelahan dengan dinding. Selesai memesan makanan masing-masing, suasana di meja mereka sunyi sepi.

Hwayoung memandang ke arah sekeliling seolah-olah ingin mengelak daripada matanya bertembung dengan Jaehyun. Rasa kekok mula memenuhi ruang.

"Kenapa kau setuju untuk terima kerja ini?," soal Jaehyun memecahkan kesunyian antara mereka.

Hwayoung terus menoleh ke arah Jaehyun. Sejujurnya, dia pun tidak pasti kenapa dia boleh menerima misi ini. Sedangkan boleh sahaja dia menolak kerana Encik Jung tidak begitu memaksa dirinya.

Sudahlah dia telah melepaskan peluang untuk bercuti ke Pulau Jeju bersama Taeyong. Bukan senang untuk agen sepertinya mendapat cuti daripada melakukan sebarang misi.

Namun, firasatnya kuat mengatakan ada sesuatu yang Encik Jung tahu tentang dirinya yang dia tidak tahu. Kerana dari segi gaya percakapan, Encik Jung seperti mengenal dirinya lagi-lagi apabila dia sering menyebut tentang kedua ibu bapanya.

"Sebenarnya, saya pun tak tahu kenapa," balas Hwayoung sambil tersengih. Jaehyun membuat muka tanda tidak puas hati dengan jawapan Hwayoung itu.

"Kau ada ke ciri-ciri bodyguard tu?," soal Jaehyun sambil mengangkat sebelah keningnya.

Hwayoung mengetap bibirnya tanda geram apabila dirinya direndahkan sebegitu. 'Eyy kau belum kenal lagi siapa Seo Hwayoung!,' getus hatinya.

Kalaulah dia tak perlu sembunyikan identiti sebenarnya, sudah lama dia beritahu kepada Jaehyun sekarang. Biar lelaki itu tercengang apabila mendengar bahawa dia pernah menumpaskan sekumpulan lelaki seramai 7 orang seorang diri.

"Saya merupakan pelatih boxing sebelum jadi bodyguard awak," balas Hwayoung dengan harapan Jaehyun akan percayakan kata-katanya.

Tapi itu merupakan satu kenyataan. Hwayoung menjadi pelatih boxing yang termuda di NIS untuk melatih agen-agen baru. Jangan pandang rendah terhadap Hwayoung hanya kerana tubuh kecilnya.

[C] Bodyguard ➽ Jaehyun | Taeyong √Where stories live. Discover now