"kau nak alasan apa lagi hah, aku tak suka kau" sengaja perkataan tak suka itu ditekanya.
"Nick, sampai hati awak buat macam ni dekat saya. Kenapa Nick, Kenapa" Wanita itu mulai menghamburkan tangis.
"Sebab kau gemuk, ish jijik lah. Tolonglah Sya, sedar diri tu sikit. Aku cuma dekat dengan kau sebab aku nak dekat kakak kau" ujar Nick langsung tiada rasa bersalah.
"Awak cakap awak nak jadi kawan saya, sanggup awak kata macam ni kan" Tangis Sya makin menjadi-jadi.
Kenangan mula terlayar di fikiran Sya.
"Hai Sya, can we be a friends" tanya Nick manis dengan senyuman.
"Hah.. aa bo.. boleh aja" malu-malu Sya menjawab.
Semakin hari, hubungan mereka semakin rapat.
Sehingga ada yang menyangka mereka sebuah pasangan.
Apabila orang mulai bertanya, Sya semakin berbunga hatinya.
Perhatian dan layanan yang diberikan Nick membuatkan hatinya dipagut sayang.
Separuh hatinya sudah menyayangi lelaki itu.
"Nick, kalau kita gaduh atau awak tak nak kawan dengan saya. Tolong jangan hina fizikal saya. I had enough of it" pinta Sya mungkin kerana tidak mahu hatinya terluka dengan saiznya.
"Ish, takkan saya nak buat macam tu. Awak kawan saya, saya janji saya takkan kutuk awak" janji Nick bersungguh-sungguh meyakinkannya.
Tapi kenapa hari ini awak mungkiri janji awak Nick.
"Kau tu gemuk tau, aku ni dah kerja as modele kau rasa. Aku ni sesuai dengan kakak kau saja" sungguh angkuh Nick berkata.
Tidak tahan dengan jawapan Nick lagi, Sya berlari keluar dari restoran itu.
Dia berlari melintas jalan itu tanpa melihat lampu isyarat yang masih hijau itu.
Diseberang jalan itu, terdapat kereta yang sedang memecut laju apabila lampu sudah bertukar kuning.
Tidak mahu menunggu lama, lantas pemandu itu memecut tanpa melihat kiri kanan.
"Hati-hati" kata seorang lelaki yang daripada tadi melihat Sya yang sedang berlari dari atas bumbung.
Belum sempat lelaki itu berkata Sya sudah melambung dan terseret ke jalan tart yang kasar itu.
Badannya yang terseret menyebabkan bajunya koyak dan menampakkan hancur daging pinggangnya.
Wajahnya bengkak akibat terhantuk di bumber kereta itu.
Orang ramai mula mengerumuni kawasan itu.
Ada yang kalut menghubungi ambulans.
Lelaki itu hanya memandang dari atas, tanpa berkata apa-apa.
Cuma dia tertarik dengan perempuan itu.
|||||||||||||||||||||||||||||||||
"Sya, bangunlah" ujar seorang wanita tua di sebelah Sya yang terbaring kaku.
"Sudahlah, jom nanti pandai-pandailah dia bangun sendiri" ujar Sofiyya kakak kepada perempuan yang terbaring itu.
Sofiyya menarik lengan ibunya, dan mereka keluar tanpa sedikit pun berpaling kearah Sya yang pucat lesi itu.
Lelaki itu mulai muncul di tepi katilnya.
Dia meneliti wajah perempuan itu.
Dari wajah yang membengkak, kepala yang berbalut.
Perempuan itu masih hidup, kuat betul semangatnya.
Dia dapat rasakan raut sedih wajah perempuan itu semasa berlari tadi.
Apa yang berlaku ?
Jarinya mula mengusap kepala Sya dan kemudian satu-satu memori perempuan itu terlayar di mindanya.
"Gemuk.. gemuk.. ee gemuk lah kau ni. Kau tak takut eyh, kalau gemuk sangat nanti susah lari." Kata seorang budak lelaki bersama sekumpulan kawannya yang lain.
"Biarlah, tak kacau kau pun" teresak-esak suara budak perempuan itu menangis.
"Ee.. dahla gemuk, pendek. Macam paus, eyh.. aaa kalau kau pijak kami mesti lenyek. Kaki pun gemuk" sambung ketawa mereka berempat sambil mengejek budak perempuan montel itu.
Kemudian datang satu lagi memori datang menggantikan peristiwa tadi.
"Ibu, jangan tinggalkan Sya sorang-sorang" pinta seorang remaja perempuan sambil memegang tangan ibunya.
"Kau boleh tak faham, aku ni geli la.. jijik la dengan kau. Buat malu ja aku bawak kau pergi jumpa kawan-kawan aku tu" tangan wanita itu diangkat bagi menepis tangan yang dipegang.
"Baik aku bawak Sofiyya, dia baru layak nak datang majlis mewah macam tu. Eh, kalau kau pergi majlis kenduri dekat kampung pun, diorang pun taknak tengok kau" bergitu hina sekali tubuh montel itu dijelingnya.
Bayangan keluarga tadi hilang dan diganti pula dengan seorang wanita yang sedang menunduk memegang file.
"Kau ni, tak boleh buat kerja langsung kan. Kau asyik makan sebab tu lupa. Makan tu kau tak lupa pulak" tengking seorang lelaki sambil menunjal-nunjal kepala wanita itu.
Bukan besar pun kesalahannya, cuma terlupa untuk meletakkan digit pada proposal itu.
Tak semena-mena lelaki itu naik berang.
Tiba-tiba pintu diketuk dan dibuka oleh seorang perempuan seksi.
Pantas lelaki itu tersenyum, marahnya sudah hilang digantikan pula dengan pandangan gatal.
"Encik, saya tak siap lagi. Tapi malam ni saya penat, saya taknak stay. Bolehkan?" tanya perempuan itu manja sambil mengliang-liukkan tubuhnya.
"Eyh boleh, Sya. Kau sini, kau jangan balik malam ni. Aku nak file ni esok pagi tujuh tepat atas meja aku" lelaki itu membaling file dari perempuan seksi itu ke wajah Sya.
Lalu terbang segala kertas-kertas dalam file itu.
Lelaki itu mula menarik jarinya daripada bersentuhan dengan dahi perempuan itu.
Tanpa sedar, setitis air mata jatuh dari kelopak wajahnya.
Memori wanita itu penuh duka dari bahagia.
Dia mulai geram.
Medengus sahaja nafasnya ketika itu, membuak-buak amarahnya.
Badannya mulai mendidih panas. Matanya mulai menjadi perang bercahaya.
Badannya mula membesar tiga kali ganda dari tubuh asalnya.
Tanduk panjang bewarna merah gelap mulai keluar dari dahinya.
Giginya pun mulai memanjang dan menajam di bahagian taring.
Tujuannya satu, ingin mencari siapa wanita ini.
YOU ARE READING
Devil's love
FantasyKisah seorang syaitan yang terjatuh cinta pada seorang manusia biasa. Sehingga sanggup dihukum demi cintanya kepada wanita tersebut.